Tips Bahan Kisar Tahan Lama
Masakan, Pendidikan

Tips Bahan Kisar Tahan Lama Sehingga 3 Bulan!

Pernahkah anda tidak sempat menyediakan hidangan untuk tetamu? Nak keluar untul membeli, tapi tiada sesiapa di rumah. Haa, mari Sis Min kongsikan tips bahan kisar tahan lama sehingga tiga bulan! Jadi lepas ini, mudahlah untuk anda memasak walaupun ada tetamu datang secara tiba-tiba. Terus cedok saja, tak perlu susah-susah kupas bahan lagi. Masa pun lebih jimat…

Petua ini Sis Min dapat dari Facebook.

Cara buat cabai kisar | Tips bahan kisar tahan lama

  1. Gunting cabai kering kecil-kecil, lebih kurang 1 inci. Kemudian, buang biji cabai tersebut.
  2. Rebus cabai tersebut sehingga lembut. Jangan lupa masukkan garam dan sedikit minyak agar lebih cepat lembut ya.
  3. Tapis cabai tadi dengan air. Kemudian, masukkan cabai tersebut ke dalam pengisar. Kisar sambil masukkan air bertapis sedikit, sekadar untuk bagi pengisar tersebut boleh berputar.
  4. Apabila sudah siap dikisar, masukkan cabai kisar ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping. Kemudian, simpan di dalam peti ais.

Cabai kisar ini boleh tahan sehingga tiga bulan ke atas.

Cara buat bawang besar kisar

  1. 1kg bawang besar dihiris kecil-kecil, supaya lebih mudah untuk dikisar.
  2. Kisar bawang sikit-sikit dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. (Tips tambahan: Jika anda ingin gunakan air sahaja pun boleh. Pastikan air yang digunakan sedikit sahaja)
  3. Apabila sudah siap dikisar, masukkan bawang kisar ke dalam bekas kering. Letakkan sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum disimpan dalam peti ais.

Petua ini dapat bantu simpanan bawang kisar untuk bertahan selama sebulan hingga dua bulan.

Cara buat bawang putih kisar

  1. Kupas 1/2kg kilo bawang putih. Kemudian, cuci dan hiris kecil-kecil.
  2. Kisar bawang bersama air bertapis. Anggaran air adalah tak sampai separuh daripada jumlah bawang tersebut.
  3. Setelah siap dikisar, masukkan bawang kisar ke dalam bekas kering.

Bawang putih kisar ini boleh tahan sehingga dua bulan.

Cara buat halia kisar

  1. Buang kulit, cuci dan potong kecil-kecil 1/2kg halia. (Tips tambahan: Wajib potong kecil-kecil supaya mudah dikisar)
  2. Kisar halia dengan sedikit air. (Tips tambahan: Kisar separuh halia bersama suku air dahulu. Setelah halia lumat, masukkan baki halia yang lain sedikit demi sedikit)
  3. Setelah siap dikisar, masukkan halia kisar tadi ke dalam bekas kering.

Halia kisar ini boleh tahan sehingga dua bulan.

Tips bahan kisar tahan lama

Tips Bahan Kisar Tahan Lama
Sumber: Facebook

Setiap kali ingin menggunakan bahan-bahan ini, pastikan anda guna sudu yang kering dan bersih. Jangan gunakan sudu yang sama untuk cedok bahan-bahan tersebut. Cara ini dapat elakkan bahan kisar daripada cepat berkulat tau.

Sis Min berharap, tips bahan kisar tahan lama yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *