Protokol Bagi Kes dan Kontak Rapat COVID-19

Walaupun pandemik ini sudah setahun lebih terjadi, ini tidak bermakna anda boleh ambil mudah protokol bagi kes dan kontak rapat COVID-19. Hal ini dikatakan demikian kerana, dulu Sis Min selalu dengar kes COVID-19 ni jauh, tetapi makin lama makin dekat dan ada dalam kalangan ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19.

Perkara ini Sis Min dapatkannya dari channel Telegram Dr. Samhan. Banyak perkara yang anda boleh ketahui melalui Telegramnya. Boleh klik pautan ini.

Tiga Perkara dalam Protokol Bagi Kes dan Kontak Rapat COVID-19

Terdapat tiga perkara penting yang perlu anda ketahui bagi kes COVID-19 ini, antaranya jika disahkan positif, kontak rapat yang sudah lengkap divaksinasi dan kontak rapat yang tidak lengkap/tiada vaksinasi. Setiap tiga peringkat ini mempunyai protokol bagi kes dan kontak rapat COVID-19 yang berbeza.

Positif COVID-19

Jika anda disahkan positif COVID-19, apa yang perlu anda buat?

  • Kuarantin diri selama 10 hari
  • Tidak perlu mengulangi ujian saringan

Anda boleh kuarantin diri di rumah sekiranya anda tidak bergejala atau hanya bergejala ringan. Selain itu, rumah anda juga mempunyai tempat pengasingan daripada ahli keluarga yang lain. Misalnya, mempunyai bilik yang lengkap dengan bilik air.

Sekiranya anda mengalami sesak nafas dan gejala bertambah teruk, anda perlu menelefon talian kecemasan 999 untuk rawatan selanjutnya. Kebiasaannya anda akan dibawa ke hospital atau pusat kuarantin berdekatan seperti MAEPS, Serdang.

Protokol Bagi Kes dan Kontak Rapat COVID-19

Kontak Rapat yang Lengkap Vaksin

Protokol bagi kes dan kontak rapat COVID-19 yang seterusnya ialah anda merupakan kontak rapat yang lengkap divaksinasi. Perkara yang perlu anda buat adalah seperti berikut:

  • Kuarantin diri selama 7 hari
  • Buat ujian RT-PCR atau RTK Antigen pada hari kelima

Bagaimana pula jika anda kontak rapat dan duduk serumah dengan kes positif COVID-19? Boleh baca poster di bawah seperti yang telah disyorkan oleh KKM.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Kontak Rapat yang Tiada/Tidak Lengkap Vaksin – Protokol Bagi Kes Kontak Rapat COVID-19

Jika anda kontak rapat yang masih belum lengkap dan tidak divaksin, perkara yang perlu anda buat juga sama seperti kes positif dan mereka yang sudah lengkap divaksinasi.

  • Kuarantin diri selama 10 hari
  • Menjalani ujian RT-PCR atau RTK Antigen pada hari kelapan

Walaupun anda dikategorikan sebagai kontak rapat kes COVID-19, ini tidak bermakna anda boleh ambil mudah protokol bagi kes dan kontak rapat COVID-19 ini. Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer sebelum dan selepas memegang sesuatu barang.

Pemantauan Melalui Aplikasi MySejahtera

Anda jangan lupa untuk terus mengemas kini aplikasi MySejahtera sama ada anda positif COVID-19 atau kontak rapat. Hal ini memudahkan KKM untuk mengesan di mana dan siapa yang disahkan positif dan kontak rapat.

Bermula 15 Januari 2021, anda akan menerima SMS atau notification dari aplikasi MySejahtera untuk memaklumkan jika anda disahkan positif COVID-19 dan aplikasi MySejahtera anda juga akan berwarna merah. Selain itu, anda juga boleh memaklumkan diri anda jika disahkan positif COVID-19 di Helpdesk dalam MySejahtera.

Protokol Bagi Kes dan Kontak Rapat COVID-19
Protokol Bagi Kes dan Kontak Rapat COVID-19
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sis Min harapkan agar artikel ini sedikit sebanyak memberikan informasi yang berguna untuk anda. Marilah kita sama-sama melawan COVID-19! #KitaMestiMenang

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *