Warna Suasana Tenang dan Bahagia
Kesihatan, Pendidikan

Warna Suasana Tenang dan Bahagia untuk Kediaman

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri pun bakal tiba, jadi sebelum pulang ke kampung halaman, mari kita dekorasi rumah terlebih dahulu dengan pilihan warna suasana tenang dan bahagia untuk kediaman.

Sis Min dapat informasi menarik ini dari laman Impiana.

Biru (Warna Suasana Tenang dan Bahagia)

Warna Suasana Tenang dan Bahagia

Warna biru dianggap sebagai warna yang menenangkan, santai dan tenang. Warna ini boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan. Warna biru paling sesuai digunakan di bilik dan bilik mandi.

(Tips tambahan: Padankan biru pastel dengan warna warm agar ruang tidak kelihatan terlalu ‘sejuk’)

Merah

Warna Suasana Tenang dan Bahagia

Merah merupakan simbol keyakinan, kegembiraan dan tenaga. Jika anda ingin membangkitkan keseronokan, terutamanya pada waktu malam, warna ini merupakan pilihan yang sesuai. Penggunaan warna ini sesuai di ruang tamu atau ruang makan kerana dapat merangsang perbualan atau perasaan lapar. Penggunaan warna merah pada pintu masuk pula boleh memberikan impak dan first impression yang berkekalan.

Kuning

Kuning melambangkan perasaan gembira dan bahagia. Pilihan warna ini sesuai digunakan di dapur, ruang makan dan bilik mandi. Penggunaan warna kuning juga dapat memberikan perasaan luas pada ruang yang kecil.

(Tips tambahan: Warna kuning tidak sesuai dijadikan sebagai skim warna utama. Kajian mendapati bahawa individu lebih cenderung untuk hilang sabar di kawasan yang dipenuhi kuning)

Hijau (Warna Suasana Tenang dan Bahagia)

Warna Suasana Tenang dan Bahagia

Hijau merupakan pilihan warna suasana tenang dan bahagia dalam kediaman. Warna ini sesuai digunakan di mana-mana bilik di rumah. Warna hijau dapat memberikan kesan yang tenang, menyejukkan mata dan dapat membantu dalam isu kesuburan.

(Tips tambahan: Gabungkan warna hijau dengan biru untuk kesegaran dan kuning untuk keriangan)

Ungu

Ungu gelap dapat memberikan sesuatu ruang tampak kaya, dramatik, dan dikaitkan dengan kemewahan serta kreativiti untuk merangsang imaginasi. Ungu lembut seperti lavender pula memberi kesan seperti warna biru muda, iaitu ketenangan.

Oren

Oren melambangkan semangat dan bertenaga. Warna ini sesuai digunakan pada ruang yang memerlukan produktiviti kerana dapat menaikkan emosi ketika bekerja atau bersenam. Masyarakat purba percaya bahawa warna oren dapat membantu menyembuhkan paru-paru dan meningkatkan tahap tenaga.

(Tips tambahan: Warna oren tidak sesuai digunakan di ruang tamu atau bilik tidur)

Neutral (Warna suasana tenang dan bahagia – Putih, Hitam, Kelabu dan Coklat)

Warna Suasana Tenang dan Bahagia

Warna neutral merupakan warna asas bagi teknik menghias rumah. Warna hitam sesuai digunakan dalam kuantiti kecil untuk menjadi accent ruang. Putih pula melambangkan kesucian dan kebersihan. Warna ini sesuai bagi anda yang tidak berani bermain warna. Kelabu klasik, elagan dan sesuai dipadankan dengan semua warna. Warna coklat pula sesuai digunakan jika anda sukakan alam semula jadi, kesederhanaan dan keselesaan.

Sis Min harap informasi yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jadi, apa lagi? Jom hias rumah!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.