Jenis Senduk yang Selamat Digunakan
Kesihatan

Jenis Senduk yang Selamat Digunakan

Anda perasan tak di dapur pasti ada pelbagai jenis senduk? Ada yang jenis kayu, keluli tahan karat, silikon, dan lain-lain. Tapi tahukah anda bahawa terdapat peralatan memasak seperti senduk, kuali dan periuk yang boleh menjejaskan kesihatan? Nak tahu jenis senduk yang selamat digunakan sewaktu memasak? Jom baca.

Setiap wanita pasti mempunyai dapur idaman sendiri yang sempurna dengan segala alat perkakasan memasak. Bila nak masak mesti teruja sebab dapat gunakan alat perkakasan yang digemari. Sebelum Sis Min jelaskan lebih lanjut mengenai jenis senduk, mari Sis Min kongsikan informasi jenis peralatan memasak yang Sis Min dapat daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenis Senduk yang Selamat Digunakan
Alat Perkakasan Memasak

Jenis Peralatan Memasak

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan kepada anda supaya menggunakan alat perkakasan memasak seperti kuali, periuk dan bekas yang diperbuat daripada bahan lengai yang tahan lasak, tidak terkakis, tidak merekah, tidak mengelupas dan sebagainya. Tambahan pula, alat perkakasan tersebut perlulah berfungsi sebagai pengalir haba yang baik agar makanan dapat dimasak sepenuhnya.

Manakala, jenis senduk yang selamat digunakan perlu dibuat daripada bahan yang tidak mengalirkan haba. Hal ini dikatakan demikian kerana, senduk yang digunakan sewaktu memasak dapat dipegang kerana tidak panas dan berbahaya.

Jenis Teflon (Polytetrafluoroethlyene)

Peralatan memasak yang bersalut Teflon inilah yang menyebabkan kuali tidak melekat sewaktu memasak. Ini juga salah satu ciri kuali yang menjadi idaman semua wanita. Walau bagaimanapun, alat perkakasan memasak jenis Teflon ini boleh menjejaskan kesihatan kerana asap toksik yang dihasilkan sewaktu memasak dengan haba yang tinggi boleh mengakibatkan penyakit demam asap polimer.

Jenis Senduk yang Selamat Digunakan
Jenis Teflon

Tambahan pula, peralatan memasak ini boleh menjadi sangat panas sehingga mencecah 430°C dalam masa 5 minit jika dibiarkan. Selain itu, KKM mengatakan alat perkakasan memasak jenis Teflon ini telah terbukti boleh menyebabkan kanser kerana mengandungi bahan kimia seperti asid perfluorooctanoic (PFOA).

Jenis Silikon

Silikon adalah salah satu daripada jenis senduk yang selamat digunakan. Hal ini kerana KKM mengatakan bahawa peralatan memasak jenis silikon tidak ada risiko yang boleh membahayakan kesihatan. Peralatan memasak ini juga mudah didapati dan dijual dalam pelbagai warna serta kelebihannya yang ringan, tidak melekat, tahan suhu yang melampau, dan tahan lasak sememangnya wajib ada di dalam dapur.

Jenis Silikon

Tambahan pula, peralatan memasak jenis silikon ini selamat digunakan pada suhu yang tinggi seperti dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan ketuhar.

Jenis Kaca, Seramik dan Tanah Liat | Jenis Senduk yang Selamat Digunakan

Peralatan memasak jenis kaca, seramik dan tanah liat ini boleh digunakan pada suhu yang agak tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, ianya disalut dengan sejenis kaca yang dapat menahan haus dan kakisan. Ada juga periuk kaca yang tahan kepanasan suhu microwave.

Namun begitu, bahan yang digunakan untuk menghasilkan periuk jenis ini boleh menjejaskan kesihatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan yang diperbuat itu mengandungi plumbum, pigmen dan kadmium yang boleh melarut dan meresap ke dalam masakan.

Jenis Senduk yang Selamat Digunakan
Jenis Kaca, Seramik dan Tanah Liat

Anda boleh baca lebih lanjut jenis peralatan memasak di sini.

Jenis-jenis Senduk | Jenis Senduk yang Selamat Digunakan

Pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebatang senduk dan sudip. Tidak semua jenis senduk boleh digunakan dalam masakan. Dr. Fatimah Salim yang merupakan Pakar Kimia menerusi Majalah Keluarga mengatakan jenis senduk yang selamat digunakan adalah daripada kayu atau buluh, silikon, besi dan keluli tahan karat.

Kayu atau Buluh

Jenis senduk yang selamat digunakan ialah senduk yang diperbuat daripada kayu atau buluh. Hal ini kerana tidak mengandungi bahan yang berbahaya. Senduk kayu kelihatan berkilat bukan disebabkan plumbum. Tetapi bahan yang selamat digunakan seperti minyak, lilin dan selaput sintetik. Misalnya, beeswax, shellac, dan walnut. Tambahan pula, bahan yang diperbuat daripada kayu atau buluh ini tidak reaktif terutama pada suhu yang tinggi.

Senduk Kayu

Walau bagaimanapun, anda carilah senduk kayu atau buluh yang lebih berkualiti walaupun mahal. Hal ini kerana ada senduk kayu yang tidak tahan lama dan cepat merekah boleh menyebabkan selumbar kayu masuk ke dalam masakan. Boleh baca di sini lebih lanjut.

Besi Tuang | Jenis Senduk yang Selamat Digunakan

Jenis senduk yang selamat digunakan seterusnya ialah, senduk dan sudip jenis besi tuang. Hal ini kerana dapat membebaskan besi sebagai nutrien penting ke dalam makanan sewaktu memasak dan sekali gus memberi kesan yang baik pada kesihatan. Walau bagaimanapun, peralatan memasak yang diperbuat daripada besi tuang ini boleh berkarat jika tidak dijaga dengan baik.

Keluli Tahan Karat

Senduk keluli tahan karat selamat digunakan sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Fatimah Salim. Hal ini dikatakan demikian kerana, senduk jenis keluli tahan karat ini boleh digunakan pada suhu yang tinggi dan tahan lama, malahan periuk dan kuali daripada keluli tahan karat juga adalah yang paling sesuai digunakan. Anda boleh baca selanjutnya di sini.

Jenis Senduk yang Selamat Digunakan

Jika anda tidak peka dalam memilih senduk untuk memasak, ianya boleh menjejaskan kesihatan terutama senduk yang diperbuat daripada bahan kimia.

Oleh hal yang demikian, Sis Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda untuk memilih jenis senduk yang boleh digunakan sewaktu memasak dan sekali gus tidak membahayakan kesihatan.

Jom Simpan Bekalan Bahan Dapur Anda di Dalam Bekas Aesthetic Ini!

Kepada yang bercadang nak masak-masak hujung minggu ni, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.

Macam-macam bahan dapur kering boleh disimpan seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam, cengkih, serbuk kunyit dan banyak lagi. Semuanya atas daya kreativiti anda! Apa yang pasti, Sis Min memang approve.✅

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *