Gejala dan Rawatan Virus Herpes

Sis Min ada terbaca tentang gejala dan rawatan virus herpes berikutan berita tentang seorang artis Malaysia, iaitu Syafiq Farhain yang dikatakan telah menderita penyakit kudis yang dikenali sebagai Virus Herpes Simpleks. Terdapat beberapa gejala yang dialami oleh beliau, namun beliau juga telah melakukan rawatan untuk merawat kudis tersebut.

Syafiq mengatakan virus herpes terbahagi kepada dua jenis, iaitu HV-1 dan HV-2. Jadi, bagaimana kita nak tahu simptom dan cara untuk merawat kedua-dua jenis virus ini? Mari baca.

Gejala dan Rawatan Virus Herpes
Virus Herpes Simpleks

Apa itu Virus Herpes?

Herpes adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus yang boleh mengakibatkan terbentuknya kudis atau lepuh-lepuh merah yang mengandungi cecair. Virus Herpes Simpleks ini juga dipanggil sebagai lepuh sejuk yang boleh berlaku di mana-mana anggota badan terutama di bahagian oral dan kelamin.

Virus Herpes Simpleks boleh berlaku melalui sentuhan secara terus ke atas kulit. Terdapat lima tahap lepuh sejuk berlaku sehingga lepuh itu sembuh. Anda boleh baca selanjutnya di sini.

Jenis-Jenis Virus Herpes Simpleks

Portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa virus herpes mempunyai dua jenis, iaitu HV-1 dan HV-2.

Virus Herpes Simpleks HV-1 | Gejala dan Rawatan Virus Herpes

Setiap penyakit itu pastinya ada simptom dan rawatan. Begitu juga dengan gejala dan rawatan virus herpes. Virus herpes HV-1 ialah virus yang menyerang bahagian oral atau mulut yang berpunca daripada berkongsi makanan dan minuman, pelembap bibir, berus gigi, dan mencium.

KKM juga menyatakan virus herpes jenis HV-1 ini boleh berlaku dalam dua jenis jangkitan, iaitu HV-1 Primer dan HV-2 Sekunder dan berulang.

HV-1 Primer

Virus Herpes jenis HV-1 primer berlaku apabila seseorang terdedah dengan virus herpes melalui sentuhan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang yang mempunyai imun yang lemah atau tidak sihat akan mudah dijangkiti apabila tersentuh cecair virus herpes. Oleh hal yang demikian, cecair tersebut akan terbentuk di sekitar bibir dan mulut. Nak tahu gejala dan rawatan virus herpes? Teruskan membaca penulisan ini.

HV-1 Sekunder dan Berulang

Virus ini berlaku apabila kawasan dorman HV-1 primer aktif dan terhasillah ulser. Ianya bermula dari lepuh-lepuh kecil di sekitar mulut sama ada di dalam atau di luar.

Gejala dan Rawatan Virus Herpes
Virus Herpes

Virus Herpes Simpleks HV-2 | Gejala dan Rawatan Virus Herpes

HV-2 berlaku apabila jangkitan virus menyerang di bahagian bawah tubuh bermula dari pinggang hingga bahagian kelamin. Hal ini dikatakan demikian kerana, virus ini berjangkit melalui hubungan intim dengan seseorang yang sememangnya mempunyai virus herpes ini.

Virus HV-2 ini bukan sahaja melalui hubungan seks, malahan disebabkan oleh imunisasi badan yang lemah. Anda boleh baca di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Gejala dan Rawatan

Ada beberapa simptom yang boleh terjadi sebelum disahkan menghidap virus herpes. Berikut merupakan gejala dan rawatan virus herpes.

  • Kegatalan, kesakitan, kepanasan dan kemerahan kulit terutama di bahagian yang dijangkiti selama sehari sebelum munculnya gelembung atau lepuh air.
  • Kulit rasa sakit dan gelembung air muncul di sekitar kawasan jangkitan seperti bibir, hidung dan dalam mulut.
  • Gelembung air akan pecah dan mengelupas yang meninggalkan kesan luka seperti ulser dan kudis.
  • Simptom selesema, demam, sakit tekak, loya, sakit kepala, sakit otot, sakit gusi dan nodus limfa bengkak.

Jika anda mengalami gejala seperti di atas, sila berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik yang berdekatan dengan anda. Setiap penyakit yang bergejala pastinya ada rawatan yang khusus untuk mengubatinya. Namun begitu, KKM mengatakan gejala dan rawatan virus herpes masih belum ditemukan penawarnya melainkan hanya ada ubat tertentu yang dapat meredakan kesakitan gejala tersebut.

Antara ubat yang boleh digunakan ialah;

  • Valacyclovir
  • Acyclovir
  • Famciclovir
  • Ubat tahan sakit
  • Penciclovir

Ubat yang disenaraikan ini dalam bentuk pil dan ubat sapu. Hal ini bertujuan untuk mengeringkan kudis-kudis herpes dan sekali gus meredakan kesakitan akibat jangkitan virus herpes ini.

Anda semua dinasihatkan supaya tidak selalu berkongsi barang peribadi anda dengan orang lain. Hal ini dapat melindungi anda dari jangkitan virus herpes.

Sis Min berharap agar artikel Gejala dan Rawatan Virus Herpes ini memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *