Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka
Fesyen, Kecantikan

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka | Sesuai atau Tidak?

“Kenapa bila aku pakai tudung ni, muka aku jadi tak lawa?” “Kenapa kau pakai shawl ni senang bentuk tapi, bila aku pakai susah nak bentuk?” Mesti ramai yang mengalami masalah sebegini, kan? Sis Min nak beritahu bahawa bukan semua bentuk muka sesuai memakai semua jenis tudung. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan cara pakai tudung ikut bentuk muka agar wajah anda kelihatan lebih jelita!

Allah ciptakan makhluknya dalam keadaan yang sempurna, iaitu sebaik-baik kejadian. Ada antara kita memiliki bentuk wajah yang berbeza-beza. Misalnya, bentuk wajah bulat, bujur, petak, dan panjang. Anda dah tahu bentuk muka sendiri belum? Jika belum, mari teruskan membaca.

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Berikut merupakan tips pemakaian dan penggayaan tudung mengikut bentuk wajah yang Sis Min dapatkan daripada laman web hijabista dan Oh Bulan!

Bentuk Muka Bulat

Wanita yang mempunyai bentuk muka yang bulat ni, biasanya panjang dan lebar mukanya hampir sama. Manakala tulang rahang pula, agak berisi atau tembam. Sekiranya anda gemar memakai tudung yang mempunyai awning seperti tudung bawal, pastikan awning di bahagian tulang pipi tidak melepasi pipi. Jadi, elakkan melipat tudung sehingga terlalu menonjolkan pipi. Hal ini kerana, wajah anda akan kelihatan lebih bulat sekiranya tudung yang dipakai menampakkan tulang pipi.

Sebelum anda memakai selendang, pastikan anda memakai anak tudung yang agak nipis supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pakai selendang dengan gaya yang loose dan jangan melilitkan selendang terlalu ketat.

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka Bujur

Wanita yang mempunyai bentuk muka bujur ini sebenarnya agak beruntung. Hal ini kerana, setiap jarak antara rahang, pelipis, tinggi kening, dan jarak dagu adalah seimbang. Oleh itu, setiap jenis style tudung, anda boleh gayakan dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk memakai pelbagai gaya tudung.

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Bentuk Muka Petak

Wanita yang mempunyai bentuk wajah petak ini mempunyai jawline yang panjang dan lebar. Oleh itu, gaya tudung yang sesuai mestilah menutupi bahagian rahang.

Sekiranya anda mempunyai bentuk muka petak, gunakan anak tudung sebelum mengenakan tudung. Hal ini supaya wajah anda akan kelihatan sedikit memanjang. Sekiranya anda memilih untuk memakai selendang, elakkan daripada menggayakan ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk. Hal ini kerana, gaya ini tidak menyembunyikan bahagian jawline. Sebaiknya, anda memakai gaya selendang yang loose, iaitu dengan melilit selendang di sekeliling leher tanpa menggunakan sebarang kerongsang di bahagian dagu.

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka Panjang

Wanita yang mempunyai raut wajah yang panjang, lebih kurang sama dengan mereka yang memiliki bentuk muka bujur. Wajah dengan bentuk yang panjang, biasanya memiliki dagu yang panjang juga. Bentuk keningnya agak lonjong dan lebih tinggi dengan jarak pelipis. Jarak pelipis pula sama dengan jarak rahang. Oleh hal yang demikian, penggayaan tudung perlu sesuai bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi.

Jika anda bijak menggayakan tudung yang sesuai dengan wajah, ia boleh bantu menjadikan wajah anda untuk kelihatan bujur. Cara pakai tudung ikut bentuk muka panjang ialah dengan menggunakan anak tudung yang melekap di dahi. Hal ini supaya dapat menutup bahagian kening yang tinggi. Pastikan anda melipat sedikit tudung hingga menampakkan rahang pipi supaya wajah tidak kelihatan panjang. Walau bagaimanapun, semua jenis penggayaan selendang lebih sesuai untuk wanita yang memiliki raut wajah yang panjang.

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka Segi Tiga/Bentuk Hati

Wanita yang mempunyai bentuk muka segi tiga atau hati memiliki pelipis yang lebih lebar berbanding pangkal rahang. Oleh itu, gayakan tudung yang dipinkan ke belakang tengkuk agar bahagian rahang lebih kelihatan.

Bentuk muka segi tiga ini juga agak beruntung kerana wajahnya hampir mirip dengan bentuk muka bujur. Jadi, semua jenis gaya tudung sesuai dipakai. Namun, disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi tidak kelihatan luas.

Sekarang anda sudah pun tahu jenis bentuk wajah dan penggayaan tudung yang sesuai, kan? Jadi, selepas ini anda bolehlah gayakan tudung yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Bagi Sis Min, bentuk wajah yang dimiliki oleh setiap manusia mempunyai persona dan kecantikan yang tersendiri. Tidak kiralah bagaimana anda menggayakan tudung, pastikan tudung yang dipakai itu mengikut syariat Islam.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel mengenai cara pakai tudung ikut bentuk muka ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Lengkapkap Gaya Tudung Anda Dengan Blouse Ala-ala Korean Style Daripada Panda Eyes!

Kalau anda seorang yang sangat meminati Korean style, anda wajib dapatkan blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *