Dunia solekan kini bukan hanya milik selebriti atau jurusolek profesional — sesiapa pun boleh belajar, berkongsi dan bersinar melalui platform seperti TikTok. Di Malaysia, semakin ramai influencer makeup berjaya membina komuniti sendiri dengan berkongsi ilmu, teknik dan inspirasi solekan kepada ribuan (malah jutaan!) pengikut. Jom kita kenali Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang patut anda follow tahun ini.
1. MUAbellaz – The Queen of Transformation
👥 3.7 juta followers di TikTok
MUAbellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini antara Top 5 Influencer Makeup Malaysia adalah nama yang sangat sinonim dengan dunia solekan Malaysia. Beliau memulakan perjalanan sebagai jurusolek kampung yang kini menjadi ikon kecantikan nasional. Dengan kecekapan mengubah wajah biasa menjadi luar biasa, setiap makeup transformation yang dikongsi pasti mendapat jutaan tontonan!
Kenapa anda patut follow?
- Beliau sering berkongsi tutorial lengkap, dari asas hingga ke glam look.
- Content beliau mesra beginner — sangat sesuai untuk anda yang baru belajar makeup.
- Sentiasa update dengan trend terkini dan produk tempatan.
💡 Tools cadangan:
🪞 Cermin LED Makeup – untuk pencahayaan terbaik semasa bersolek, especially waktu malam atau bilik kurang cahaya.
2. Alha Alfa – Jurusolek & Usahawan Berwibawa
👥 1.1 juta followers di TikTok
Dato’ Alha Alfa, pengasas kepada jenama Alha Alfa Cosmetics, adalah seorang jurusolek profesional yang pernah merias wajah ramai selebriti Malaysia. Beliau juga ikon keusahawanan tempatan dalam bidang kosmetik dan kecantikan.
Kenapa anda patut follow?
- Beliau berkongsi banyak ilmu teknikal yang digunakan oleh MUA profesional.
- Content beliau merangkumi tutorial, tips penjagaan kulit dan motivasi keusahawanan.
- Sering kongsi produk terbaik dan makeup hack yang mudah dipraktikkan.
💡 Tools cadangan:
🖌️ Set Berus Makeup – alat penting untuk hasil solekan lebih kemas, halus dan natural.
3. Sofea Shra – Soft Glam Icon
👥 862,000 followers di TikTok
Sofea Shra ialah salah satu daripada Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang anda wajib follow kerana dia dikenali dengan gaya solekan soft glam yang feminin dan elegan. Video dia sangat aesthetic, tone warna pastel dan vibe yang tenang — buat kita rasa tenang sambil belajar.
Kenapa anda patut follow?
- Sesuai untuk mereka yang nak belajar soft & sweet look untuk dinner, majlis kahwin, graduation atau event.
- Beliau banyak berkongsi teknik blending, highlighting dan shading yang nampak natural.
- Sesuai untuk beginner dan intermediate makeup lovers!
💡 Tools cadangan:
💄 Rak Organizer Makeup – untuk pastikan semua alat solek anda tersusun kemas, mudah dicapai setiap kali bersiap
4. Nana Tajudin – Solekan Ringkas, Hasil Menawan
👥 495.2k followers di TikTok
Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang seterusnya ialah Nana Tajudin dikenali dengan pendekatan solekan yang natural dan sesuai untuk gaya harian. Beliau sering kongsi tutorial ringkas menggunakan produk mampu milik yang memang sesuai untuk anda yang mencari look fresh and flawless tanpa perlu banyak lapisan produk.
Kenapa anda patut follow?
- Tutorial Nana sangat beginner-friendly dan step-by-step.
- Suka kongsikan review jujur untuk produk drugstore dan tempatan.
- Penampilan dan gaya beliau sangat relatable — sesuai untuk pelajar, wanita bekerjaya dan ibu-ibu muda.
💡 Tools cadangan:
🧼 Pembersih Alat Solek – untuk kekalkan kebersihan dan jangka hayat brush & sponge anda.
5. Troy Ling – Berani, Berbeza dan Penuh Gaya
👥 299.5k followers di TikTok
Jika anda sukakan solekan yang kreatif, unik dan luar biasa, Troy Ling adalah Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang wajib anda follow! Beliau sering tampil dengan avant-garde looks, colorful eyeshadow dan graphic eyeliner yang memang rare di Malaysia.
Kenapa anda patut follow?
- Content penuh dengan kreativiti dan inspirasi untuk mereka yang minat editorial makeup.
- Banyak tunjuk proses solekan dari awal hingga siap.
- Visual content yang menarik untuk content creator atau pelajar seni solekan.
💡 Cadangan: Cermin LED dan rak susun makeup sangat sesuai kalau anda selalu shoot tutorial di rumah!
Inspirasi di Hujung Jari Anda
Dengan hanya satu klik follow, anda boleh belajar pelbagai teknik solekan, kenali produk terbaik, dan dapatkan tips daripada Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang telah terbukti berjaya dalam industri kecantikan. Setiap influencer dalam senarai ini ada kekuatan tersendiri — dari gaya natural hingga editorial, dari tips bajet hingga produk premium.
✨ Jadi, tunggu apa lagi? Follow sekarang dan mula kembangkan skill solekan anda hari ini juga!
Kalau anda suka artikel ni, jangan lupa share dengan rakan-rakan makeup lovers yang lain ya!
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang Patut Anda Follow Tahun Ini!” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian:Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.