Tips Lantai Bersih Berkilat
Kecantikan, Pendidikan

Tips Lantai Bersih Berkilat dan Wangi

Rumah yang bersih dan wangi sudah pasti menjadi rumah idaman setiap wanita, terutama lantai yang bersih dan berkilat. Lantai rumah yang kotor pula menjadikan rumah berbau busuk dan melekit. Ada cara untuk mendapatkan lantai yang bersih. Sis Min percaya pasti ramai yang nak tahu tips lantai bersih berkilat ini kan?

Agak-agaknya, berapa kali anda mengemop lantai rumah? Adakah sebulan sekali? Atau seminggu sekali? Sekiranya anda mengikut tips yang akan Sis Min kongsikan ini, lantai anda akan bersih dan berkilat dalam jangka masa yang lama. Jadi, anda tidak perlulah mengemop secara kerap. Segala tips ini, Sis Min dapatkan daripada laman YouTube IMPIANA TV.

Tips Lantai Bersih Berkilat

Terdapat beberapa langkah yang tepat perlu anda ikuti bagi mendapatkan lantai rumah yang bersih. Antaranya, adalah seperti berikut:

#1 Menyapu atau memvakum

Langkah yang pertama anda perlu dilakukan adalah membersihkan kawasan rumah dengan menggunakan penyapu atau vakum. Pastikan habuk seperti rambut dikumpul dan dibuang. Hal ini supaya memudahkan proses mengemop dilakukan.

Tips Lantai Bersih Berkilat

#2 Cuka dan Air Panas/Peluntur Lantai

Tips yang seterusnya ialah menggunakan cuka dan air panas. Mop lantai menggunakan air panas yang dicampur cuka. Mop di seluruh kawasan rumah dan biarkan seketika sehingga kering.

Anda juga boleh campurkan sedikit peluntur lantai seperti Clorox ke dalam air campuran cuka. Peluntur ini berfungsi untuk mengilatkan lantai rumah. Tetapi, jangan letak terlalu banyak peluntur kerana baunya yang agak kuat itu kurang menyenangkan.

#3 Pencuci Lantai

Langkah yang seterusnya ialah pencuci lantai. Selain daripada mendapatkan lantai yang bersih dan berkilat, anda juga perlu menggunakan pencuci lantai yang memberikan bauan yang menyegarkan. Oleh itu, anda akan mendapatkan lantai rumah yang bersih dan harum.

Cari pencuci lantai yang membasmi kuman dan menyegarkan rumah. Misalnya, pencuci lantai Dettol yang berbau harum lavendar. Seterusnya, moplah seperti biasa dengan menggunakan pencuci lantai dan biarkan sehingga kering.

#4 Bilas dengan Air Bersih | Tips Lantai Bersih Berkilat

Setelah mengemop menggunakan pencuci lantai, anda perlulah bilas dengan air bersih ke seluruh permukaan lantai. Pastikan air bersih tidak bercampur sebarang bahan dan anda boleh mop seperti biasa. Biarkan lantai yang telah dimop itu sehingga kering.

Mudah sahaja mengikuti empat tips ini bagi mendapatkan lantai rumah yang bersih. Bukan sahaja bersih, malahan lantai rumah juga akan berbau harum dalam jangka masa yang panjang. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *