Tahun baru tinggal beberapa bulan saja lagi … Pasti ibu bapa di Jitra, Kedah, sudah mula mencari tadika untuk daftarkan anak-anak kan? Orang utara dah jumpa belum tadika terbaik di Jitra, Kedah tu?
Jika anak-anak sudah mencecah usia 4 tahun, kebanyakan ibu bapa pasti nakkan tadika paling awesome untuk mereka. Tadika yang berprestasi cemerlang dan baik pasti menjadi pilihan ibu bapa hari ini. Jadi, inilah masanya untuk Tuan dan Puan memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman yang menyeronokkan di salah satu tadika terbaik di Jitra Kedah ini!
Nak tahu tak, tadika terbaik di Jitra Kedah mana satu Sis Min maksudkan ni? Haaa, Sis Min ada banyak info nak beritahu anda semua tau! Jadi, jom teruskan bacaan Sis Min pada kali ini…
Tahukan Tuan/Puan bahawa terdapat tadika terbaik di Jitra, Kedah? Sis Min sebenarnya sudah lama tahu tentang Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah yang telah menjadi pilihan terbaik para ibu bapa di sini. Ramai anak-anak yang telah memulakan langkah pertama di tadika ini tau!
Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah ini merupakan salah satu tadika dalam rangkaian Tadika ABS. Terdapat beberapa tadika telah ditubuhkan di seluruh Malaysia di bawah rangkaiannya. Bukan sahaja di semenanjung semata, di Sabah pun ada juga.
Pendidikan awal yang menyeluruh untuk anak-anak berumur seawal 4 tahun boleh didapati di tadika terbaik Jitra Kedah ini. Bimbingan dan didikan akan diberikan oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman sebaiknya. Pasti anak-anak akan berasa seronok untuk belajar dan lebih petah berbicara!
Di sini, ibu bapa boleh memilih modul pembelajaran yang ditawarkan mengikut kesesuaian minat dan potensi anak-anak. Selain itu, pelbagai program dan aktiviti menarik turut disediakan tau! Antaranya ialah, program Cilik Bijak Tani, memanah dan Taekwondo.
📍 24, Jalan Idaman 1, Taman Idaman, Tg. Pauh, 06000 Jitra, Kedah.
⏰ 7.00 a.m. sehingga 5.30 p.m.
Modul pembelajaran yang disediakan di Tadika ABS Jitra Kedah ini sememangnya menarik dan terbaik! Ia semestinya sesuai untuk peringkat umur 4 hingga 6 tahun. Terdapat beberapa modul pembelajaran yang turut diketengahkan oleh Tadika ABS, dan antaranya ialah:
Nak tahu tak antara tips utama yang para ibu bapa perlu tahu jika mahu daftarkan anak-anak ke tadika? Jangan ambil mudah tips ini kalau tak mahu menyesal di kemudian hari tau! Menurut The Asian Parent, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu dan ayah cemerlang di luar sana.
Antara tips utama dalam memilih tadika adalah:
Sis Min nak beritahu antara keistimewaan Tadika Terbaik Jitra Kedah yang Tuan/Puan perlu tahu! Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Haaa, tadika yang best dan awesome begini memang wajib untuk semua orang tahu, serta sebarkan kepada seisi keluarga dan juga rakan-rakan!
Jadi, apa istimewanya Tadika ABS di Jitra Kedah ini? Antaranya ialah:
Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!
Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik Jitra Kedah”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk menikmati hidangan enak bersama keluarga dan…
Hari Raya adalah masa yang paling dinantikan setiap tahun, tetapi kalau persiapan dibuat saat akhir,…
Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, di mana setiap amalan dilipatgandakan ganjarannya. Selain berpuasa, bulan ini…
Bulan Ramadan adalah masa untuk meningkatkan ibadah, dan sahur memainkan peranan penting untuk memastikan kita…
Memilih foundation yang tepat adalah langkah penting untuk mendapatkan solekan yang sempurna. Jika anda tersalah…
Siapa yang tidak mahu kulit yang sihat dan bersinar? Dengan rutin penjagaan kulit yang betul,…