Kesihatan

Petua Tradisional Hilangkan Keputihan

Anda nak tahu beberapa petua tradisional untuk hilangkan masalah keputihan? Masalah keputihan ini sememangnya tidak asing lagi buat kaum wanita. Namun, ia adalah berbeza-beza mengikut hormon dan tahap kesihatan seseorang individu tersebut. Masalah keputihan ini juga boleh menghilangkan keyakinan diri berpunca daripada bau yang kurang menyenangkan, serta rasa gatal-gatal pada bahagian ‘Miss V‘.

Jadi, buat anda yang ingin ikhtiar secara tradisional untuk hilangkan keputihan yang dialami, pastikan anda membaca perkongsian petua Sis Min pada kali ini sehingga ke penghujung ya!

Apa Itu Keputihan?

Keputihan ialah lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita yang berwarna jernih atau kelabu keputihan. Ada juga wanita yang lelehan lendirnya berwarna kuning atau kehijauan, yang lazimnya boleh dikaitkan dengan jangkitan kuman.

Kebiasaannya, keputihan ini berubah mengikut hormon, keadaan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan pelbagai penyakit dalaman. Keadaan ini boleh menyebabkan penghasilan keputihan secara berlebihan mengikut masalah hormon yang dialami.

Keputihan ini juga akan mempunyai konsistensi yang cair sekiranya badan sedang mengalami proses ovulasi tau! Jadi, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya keputihan anda berada pada tahap yang luar biasa.

Cara Menghilangkan Keputihan Menggunakan Petua Tradisional

Sebenarnya, terdapat beberapa petua tradisional untuk menghilangkan keputihan yang boleh anda cuba. Meskipun banyak produk moden sedia ada yang sudah berada di pasaran, namun petua tradisional ini juga boleh diamalkan untuk membantu hilangkan keputihan.

1. Pegaga

Sumber: Root of Science

Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica, merupakan sejenis tumbuhan herba popular yang digunakan dalam perubatan dan kosmetik. Pegaga dapat mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti keputihan, tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, dan banyak lagi.

Cara untuk menghilangkan keputihan menggunakan pegaga:

1. Ambil secekak pegaga bersama akarnya dan bersihkan.
2. Rebus pegaga dengan 2 cawan air bersih.
3. Masukkan sedikit garam.
4. Rebuskan sehingga mendidih dan sejukkan.
5. Tapiskan air rebusan yang telah sejuk.
6. Minum air rebusan pegaga 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan kembali pulih.

2. Daun Sirih | Cara Hilangkan Keputihan Menggunakan Petua Tradisional

Sumber: Pinterest

Daun Sirih atau Piper Betle ini tidak kurang juga khasiatnya, dan sering dikaitkan dengan rawatan keputihan. Khasiatnya mampu merawat penyakit lain seperti diabetes, batuk, kemurungan dan lain-lain.

Cara untuk menghilangkan keputihan menggunakan daun sirih:

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkan.
2. Sediakan 1 liter air suam.
3. Ramaskan daun sirih tadi ke dalam air suam.
4. Tapiskan air tersebut.
5. Gunakan air tapisan tadi untuk mencuci bahagian ‘Miss V‘.
6. Amalkan seminggu 1 – 2 kali sahaja agar tidak menghilangkan pH semulajadi dan bakteria baik.

Begitulah antara beberapa cara yang boleh diamalkan untuk hilangkan keputihan mengikut petua tradisional. Namun, ia hanyalah langkah alternatif. Sekiranya masalah tersebut berterusan, anda digalakkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan selengkapnya. Apa pun, selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Petua Tradisional Hilangkan Keputihan”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!

Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar…

6 days ago

TikTok Beauty Hack 2025: Produk & Teknik Kecantikan Viral yang Wajib Anda Cuba

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun paling exciting untuk dunia kecantikan di TikTok! Makin ramai content…

1 week ago

Makeup Local Brand yang Tengah Meletop di Malaysia 2025

Tahun 2025 ni memang tahun gemilang untuk industri kecantikan tempatan. Kalau anda masih tertanya-tanya “jenama…

3 weeks ago

Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang Patut Anda Follow Tahun Ini!

Dunia solekan kini bukan hanya milik selebriti atau jurusolek profesional — sesiapa pun boleh belajar,…

4 weeks ago

Inspirasi Kak Cik Yah : Content Creator Umur 75 Tahun yang Bikin Ramai Terpukau!

Siapa kata umur 75 tahun hanya untuk berehat di rumah dan tengok drama petang-petang?Inspirasi Kak…

1 month ago

Menu Wajib Hari Raya: Lauk Pauk & Kuih Raya yang Mesti Ada!

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk menikmati hidangan enak bersama keluarga dan…

2 months ago