Di kelas Tiktok Malaysia yang Sis Min sertai baru-baru ini, ada disebutkan bahawa aplikasi ini adalah salah satu platform hiburan untuk generasi masa kini. Ia sangat pesat digunakan lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja dan warga dewasa yang berjiwa muda.
Aplikasi yang menjadi hiburan ramai ini juga merupakan salah satu tempat di mana pengguna melepaskan rasa bosan dan mulai meningkat naik tatkala zaman pandemik menimpa negara suatu masa dahulu. Jadi, apa yang Sis Min nak ceritakan tentang Tiktok ni sebenarnya?
Kali ini Sis Min nak kongsikan sedikit tips perniagaan daripada kelas Tiktok Malaysia anjuran Coach Suraya Ali untuk membantu penghasilan content para usahawan. Haaa, siapa kata Tiktok ni tempat berseronok aje? Nak jadikan tempat berniaga pun boleh tau…
Apabila mempromosikan bahan jualan di TikTok tidak kira secara live atau rakaman video, pastikan content anda adalah 100% datang daripada idea anda sendiri dan bukan daripada video orang lain. Jika anda mahu menginspirasikan sesebuah video daripada peniaga lain, atau ingin mengikuti trend-trend terkini, pastikan content tetap mempunyai elemen yang tersendiri ya.
Seperti yang anda semua tahu, format video di Tiktok adalah secara vertical iaitu 9:16. Jadi, pastikan anda merakam video secara menegak untuk memudahkan pengguna menonton posting tersebut. Walaupun Tiktok mempunyai ciri ‘Rotate for Full Screen‘, namun video yang dirakam secara menegak tetap lebih menyenangkan para penonton untuk menonton di sambil berinteraksi di ruangan komen.
Apa maksud tingkatkan interaksi di sini? Dalam konteks Tiktok, interaksi ini adalah meninggalkan atau membalas kepada komen-komen prospek tidak kiralah sama ada ia di video anda, ataupun di video orang lain. Apabila berlakunya “Two-Ways Communication“, barulah prospek akan cenderung untuk mengikuti content sesebuah akaun dengan lebih mendalam.
Influencer sering memainkan peranan penting dalam mempromosikan barangan jualan peniaga di Tiktok. Pengguna Tiktok juga sudah semestinya mahukan review yang jujur dari para influencer ini tentang produk atau servis jualan yang dipromosikan.
Jadi, pastikan anda mencari seseorang yang dikenali, dipercayai dan mampu menyampaikan mesej produk atau servis anda dengan baik, supaya ia dapat membantu meningkatkan jualan anda pada masa akan datang.
Kenal pasti juga siapa target pasaran produk anda yang sebenarnya? Ia adalah penting supaya mesej melalui posting konten anda dapat disampaikan ke target pasaran yang betul.
Seperti yang ditekankan di dalam kelas Tiktok Malaysia oleh Coach Suraya Ali, jika anda lebih cenderung ke arah hiburan, pastikan anda tahu target pasaran anda siapa. Jika content anda lebih ke arah perkara yang serious, pastikan anda juga arif tentang ilmu yang ingin disampaikan melalui konten tersebut. Research is key!
Daripada tips-tips di atas, Sis Min berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda lebih memahami tentang penggunaan aplikasi Tiktok ini untuk perniagaan anda. Oh ya, selain daripada tips tersebut, penggunaannya juga boleh mendatangkan pelbagai kebaikan lain buat anda seperti:
Menarik kan topik Sis Min pada hari ini? Kalau anda nak dapatkan lebih banyak info tentang kelas Tiktok Malaysia oleh Coach Suraya Ali ni, anda juga boleh dapatkannya di sini. Jom sama-sama kita berjaya!
Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?
Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type apa-apa nanti… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Kelas Tiktok Malaysia’. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…