Pendidikan

Taska Terbaik Sungai Udang | Asybal Playschool

Tahukah anda bahawa terdapat satu taska terbaik Sungai Udang yang menjadi pilihan ibu bapa di negeri Melaka? Almaklumlah, zaman sekarang ni macam-macam cerita kurang baik yang dapat kita lihat di pelbagai jenis platform media sosial. Disebabkan itu juga, lebih ramai ibu bapa mulai mengutamakan kriteria terbaik sesebuah taska berbanding kosnya.

Tapi, apa agaknya kriteria utama yang menjadikan sesebuah taska itu sebagai taska terbaik? Baiklah, mari Sis Min kongsikan beberapa kriteria taska terbaik untuk pengetahuan ibu bapa semua.

Sebelum tu, buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil berumur 3 tahun dan ke bawah, pastikan anda dapatkan E-Book PERCUMA daripada Asybal Playschool di bawah ini ya!

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Kriteria Taska Terbaik untuk Kesejahteraan Bersama

TASKA merupakan sebuah nama singkatan bagi “Taman Asuhan Kanak-kanak.” Oleh itu, kriteria terbaik untuk sesebuah taska itu sudah semestinya mampu memberikan pelbagai manfaat terhadap kanak-kanak.

Antara kriteria-kriteria lain yang boleh ibu bapa pertimbangkan adalah seperti:

  • Sistem pengurusan taska yang cekap dan sistematik.
  • Mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman.
  • Persekitaran yang selesa dan mesra kanak-kanak.

Kalau anda nak tahu, di Melaka juga ada sebuah taska terbaik Sungai Udang yang memenuhi kriteria-kriteria tersebut tau! Taska yang Sis Min maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan, Asybal Playschool Sungai Udang.

Asybal Playschool Sungai Udang | Bright From The Start

Asybal Playschool Sungai Udang ini berlokasi di No 7, Jalan Keris Perak 2, Pusat Niaga Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang, Melaka. Waktu operasinya pula adalah dari 7:00 Pagi Sehingga 6:30 Petang.

Taska ini menerima kanak-kanak dengan berumur dalam lingkungan 7 bulan sehingga 4 tahun. Namun, jika anda mempunyai anak-anak sekolah yang ingin ditransitkan, mereka juga ada menyediakan pakej tersebut.

Asyabal Playschool ada menyediakan beberapa pakej untuk dipilih oleh ibu bapa, mengikut kesesuaian seperti di bawah:

  • Pakej Adore 7:00 Pagi Sehingga 3:00 Petang (7 Bulan hingga 4 Tahun)
  • Pakej Super – 7:00 Pagi Sehingga 6:30 Petang (7 Bulan hingga 4 Tahun)
  • Pakej Transit 12:30 Tengahari Sehingga 6:30 Petang (4 Tahun hingga 12 Tahun)

Kriteria Taska Terbaik yang Ada Pada Asybal Playschool, Taska Terbaik Sungai Udang

Jom Sis Min kongsikan antara kriteria terbaik yang ada pada Asybal Playschool Sungai Udang ini, sehingga ia berjaya mendapat gelaran sebagai taska terbaik di kawasan tersebut.

1. Kurikulum yang Berkualiti

  • Untuk pengetahuan anda, sukatan pembelajaran bagi Asybal Playschool adalah berbentuk Islamiyyah. Kanak-kanak akan mempelajari asas Tauhid, Adab dan Nilai, serta Sirah di sini.
  • Tidak ketinggalan juga, mereka akan mempelajari doa-doa harian yang ringkas untuk diterapkan dalam kehidupan mereka.
  • Selain itu, taska ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang membantu mereka menjadi lebih aktif seperti aktiviti Gross Motor Skills, Messy Play, dan Math and Manipulation.

2. Persekitaran yang selesa

  • Asybal Playschool dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya di dalam kelas. Oleh itu, anak-anak akan berasa lebih selesa apabila melakukan aktiviti bersama guru dan kanak-kanak yang lain.
  • Kawasan kelas juga disanitasi dan dibersihkan setiap hari bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.

3. Asybal Playschool, Taska Terbaik Sungai Udang ini Mempunyai indoor dan outdoor playhouse

  • Taska ini mempunyai fasiliti yang lengkap untuk kanak-kanak bermain, terutama melalui indoor playhouse. Ia membolehkan kanak-kanak memupuk kreativiti dan membangunkan dunia imaginatif mereka di bahagian ini.
  • Kawasan permainan ini membolehkan kanak-kanak bermain dan berseronok tanpa mengambil kira cuaca di luar.
  • Seperti indoor playhouse, bahagian outdoor playhouse juga mampu merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak melalui permainan di kawasan terbuka yang lebih luas dan bebas.
  • Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berpeluang untuk bergerak, berlari, dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan mereka. Apabila tubuh Si Manja anda sihat, otak mereka juga semakin cerdas.

4. Mengutamakan keselamatan Guru dan Kanak-kanak

  • Kawasan taska ini dilengkapi dengan teknologi kamera CCTV terkini, bagi mengawal keselamatan di dalam mahupun luar kelas dengan lebih menyeluruh.
  • Oleh itu, anak-anak anda akan mendapat pemantauan yang lebih baik di taska terbaik Sungai Udang ini berbanding taska-taska lain di luar sana.

5. Tenaga Pengajar Yang Berpengalaman

  • Guru-guru di Asybal Playschool Sungai Udang ini adalah terlatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan kanak-kanak.
  • Jadi, ibu bapa tidak perlu risau untuk memberikan kepercayaan terhadap tenaga pengajar di taska tersebut untuk mengendalikan anak-anak anda.

Kebaikan Menghantar Anak ke Asybal Playschool, Taska Terbaik Sungai Udang

1. Mengembangkan Sosial dan Emosi

  • Kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya yang membabtu membangunkan kemahiran sosial dan emosional mereka.
  • Mereka akan belajar berkongsi, bekerja dalam pasukan, serta mempelajari cara mengawal emosi seperti perasaan sedih, marah dan gembira.

2. Pembangunan Bahasa dan Tutur Kata

  • Kanak-kanak berpeluang untuk memperkaya perbendaharaan dan kosa kata, serta kemahiran bahasa mereka apabila bergaul dengan kanak-kanak lain di dalam mahupun luar kelas.
  • Sebagai contoh, mereka akan bercakap, mendengar cerita, menyanyi, dan berinteraksi dengan rakan yang lain.

3. Membentuk disiplin

  • Jadual harian dapat membantu kanak-kanak memahami konsep waktu, rutin harian dan tanggungjawab yang membentuk sebuah asas kukuh buat perkembangan diri mereka.
  • Oleh itu, kanak-kanak akan lebih berdisiplin dalam menjalani rutin harian mereka dengan sendirinya.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang masih pertimbangkan taska untuk menghantar anak-anak anda, bolehlah anda memilih taska terbaik Sungai Udang ini sebagai pilihan utama. Semoga Si Manja anda mendapat asuhan yang terbaik dari taska pilihan anda!

Berminat untuk Mendaftarkan Si Kecil Anda Bersama Asybal Playschool?

Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Asybal Playschool Sungai Udang, anda boleh hubungi pegawai khidmat pelanggan mereka secara terus melalui talian di bawah:

Bukan itu sahaja, Asybal Playschool juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Asybal Playschool, taska terbaik Sungai Udang ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website | Facebook | Instagram

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Taska Terbaik Sungai Udang’. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

4 weeks ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

1 month ago

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga

Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…

2 months ago

Tema Warna Baju Raya 2024

Sis Min rasa, ramai yang masih belum decide tema warna baju raya 2024 yang ingin…

2 months ago

Tips Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, ramai orang yang cuba mencari cara dan tips kekal bertenaga…

2 months ago

Cara Masak Rendang Paling Mudah | Resepi Khairul Aming

Setibanya di penghujung ramadhan ini, Sis Min pasti ramai suri rumah yang tercari-cari cara masak…

2 months ago