Mempunyai koleksi beg tangan merupakan kebahagiaan setiap wanita. Jenis-jenis beg tangan wanita yang perlu ada di dalam koleksi juga haruslah mempunyai pelbagai corak, bentuk dan jenis penggayaan! Hal ini kerana, aksesori beg tangan ini amat penting untuk menonjolkan sesuatu outfit dalam mengekalkan jenis-jenis penggayaan bertema seperti minimalis, pekerjaan, formal, majlis dan lain-lain.
Sudah semestinya, terdapat pelbagai jenis beg tangan untuk para wanita dapatkan untuk melengkapi tema-tema tersebut. Jom teruskan bacaan bersama Sis Min.
1. Clutch
‘Clutch’ adalah salah satu di antara jenis-jenis beg tangan wanita yang sesuai digayakan ke majlis formal. Penggayaan beg tangan ini kelihatan glamor dengan rekaan bentuknya yang kecil dan tanpa penggunaan tali. Ia lebih cantik dipegang untuk mengekalkan tema penggayaan formal dan gah.
2. Sling Bag | Jenis-jenis Beg Tangan Wanita
Untuk gaya beg silang ini, ia sesuai dipadankan bersama outfit yang bertemakan minimalis. Saiznya yang tidak terlalu besar dan kepanjangan talinya yang boleh diubah-suai mengikut kehendak si pemakai itulah yang menjadikan ia lebih simple, serta tidak terlalu kompleks.
3. Shoulder Bag
‘Shoulder Bag’ pula merupakan beg tangan bertekstur lembik, ringan dan minimalis. Sesuai dengan namanya, ia turut digayakan pada bahagian bahu dan sesuai untuk kegunaan harian. Pemilihan warna pastel amat sesuai dengan outfit minimalis dan cerah mengikut gaya si pemakai.
4. Tote Bag
‘Tote Bag’ merupakan salah satu beg yang menjadi penggemar kebanyakan student untuk ke kampus. Ruang isinya yang luas dan materialnya yang ringan telah memberikan efek selesa untuk si pemakai. Ada juga surirumah yang gemar membawa totebag ini untuk ke pasaraya kerana ia memudahkan untuk menyimpan barang tau!
5. Bucket Bag, Jenis-jenis Beg yang Para Wanita Bawa ke Aktiviti Santai
Pemilihan ‘Bucket Bag’ pula amat sesuai untuk jenis penggayaan dan aktiviti santai seperti membeli-belah atau ke pantai. Saiz beg tangan ini lebih panjang berbanding beg tangan lain dan digayakan bersama tali. Hiasan beg tanpa zip dan hanya tali sebagai ‘penutup’ bag ini telah membuatkan gayanya kelihatan lebih berbeza buat si pemakai.
Padankan Beg Tangan Anda Bersama Blouse Panda Eyes!
Kalau anda nak kelihatan lebih gempak, padankan sahaja beg tangan pilihan dengan blouse daripada Panda Eyes ni. Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.
Jadi, setelah mengetahui jenis-jenis beg tangan wanita yang ada, pasti anda lebih faham cara penggayaannya mengikut kesesuaian majlis dan aktiviti anda kan? Selepas ini, bolehlah anda menambah koleksi aksesori mengikut tips yang Sis Min beri ini untuk melengkapkan lagi tema outfit anda. Selamat berfesyen!
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Jenis-jenis Beg Tangan Wanita”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.