Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Anda sudah ada idea gaya tudung Aidilfitri 2023 untuk digayakan ke belum? Sis Min pasti, ramai yang sudah mula menonton tutorial video di media sosial kan? Tetapi ada kalanya, gaya tersebut tidak menjadi, betul tak?
Tidak perlu risaulah, sebab untuk perkongsian kali ini, Sis Min akan kongsikan kepada anda tentang idea gaya tudung Aidilfitri 2023 yang boleh dijadikan rujukan semasa hari raya nanti. Jom teruskan bacaan bersama Sis Min!
Nak mencari gaya tudung di laman media sosial terutamanya TikTok dan Instagram ni mudah aje. Ramai selebriti atau influencer pun turut membuat tutorial pemakaian tudung gaya mereka, yang juga membantu figura bentuk wajah untuk kelihatan lebih cantik dan kemas.
Lebih-lebih lagi dah nak raya ni, kita mesti teringin kelihatan ‘WOW‘ sikit di hari raya yang pertama kan? Jadi, mari Sis Min kongsikan beberapa idea gaya tudung Aidilfitri 2023 untuk anda semua.
Penggemar bawal sudah pasti gemarkan kekemasan dan bentuk muka yang lebih kemas. Sekarang, kita boleh dapatkan tudung bawal fesyen bercorak yang sedang meningkat popular dan pastinya lebih menonjol apabila dipakai.
Namun tidak dilupakan juga bawal plain yang tetap menjadi pilihan penggemar bawal square dan amat sesuai dipakai bersama pakaian bercorak.
Untuk para penggemar fesyen, turban pula pasti akan menjadi pilihan mereka untuk kelihatan lebih menonjol di hari raya. Tetapi, anda jangan risau dahulu kerana gaya turban terkini pun boleh dilakukan dengan leher yang tertutup. Jadi, sesiapa pun sesuai untuk menggayakan gaya turban ini!
Shawl sentiasa menjadi pilihan kebanyakan individu kerana terdapat banyak gaya yang boleh digayakan menggunakannya. Dek kerana lebar dan panjangnya sesebuah shawl itu, ia lebih memudahkan untuk sebarang gaya fesyen terkini digayakan.
Kini, tudung bawal bukan sahaja sesuai digayakan dengan style simple sahaja. Malahan, ia juga boleh digayakan menjadi ‘style shawl‘. Gaya ini boleh digayakan pada bila-bila masa kerana lebih mudah dan nampak sopan gittew…
Kalau anda nak kelihatan lebih gempak, padankan sahaja pelbagai gaya tudung pilihan dengan blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.
Haaa, apa tunggu lagi tu? Jom kita practice kesemua gaya tudung untuk hari pertama Aidilfitri nanti, bermula hari ini! Pastikan anda save siap-siap pilihan mana yang bakal digayakan nanti. Anda juga boleh melihat pelbagai tutorial tudung di Tiktok Tudung Ruffle tau… Selamat mencuba!
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Idea Gaya Tudung Aidilfitri 2023”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…