Kesihatan

Tips Turun Berat Badan

Tips turun berat badan ni memang antara topik yang hangat dicari di Google setiap kali awal tahun. Cukup popular menjadi azam baru hampir setiap tahun. Min kongsikan tips dari Puan Khaizura Khalid atau mesra dipanggil Cik Tipah di Facebook beliau. Beliau boleh diikuti di pautan ini.

Gambar sumber Puan Khaizura Khalid

Tips Turun Berat Badan

“Mcm mana boleh tahan tak makan nasi tu kak?”

Dia gini.

Jangan salah faham. Jangan fitnah nasi penyebab gemuk. Sebenarnya, nasi tak salah. Yang salah bila kita ni makan nasi tak ingat dunia. Kalau ingat akhirat takpe laa jugak.

Ni dedua tak ingat bila dapat makan nasi apatah lagi dengan lauk kegemaran. Laju je menambah nasi.

Untuk yang tak boleh hidup tanpa nasi, nasi boleh diambil dengan portion yang betul. Sebesar penumbuk kita. Bukan penumbuk jiran sebelah atau penumbuk ketua kampung.

Macam kakak, tak ambik nasi, tapi kakak ganti dengan karbo sihat seperti oats, kentang atau keledek. Tapi bukan semua meals.

Kita ni kenalah belajar tentang karbo, protein, lemak, fibre. Belajar makanan mana masuk ke portion karbo, mana yang masuk protein, mana yang tinggi lemak, mana yang serat.

Kena kenali badan sendiri.

Yang buat berat badan turun, maintain, naik berat badan ialah calorie intake. In and out. Kita perlu kalori defisit kalau nak turunkan berat.

Cemana nak kira kalori? Tak perlu pandai kira pun, tapi cukup tahu pattern pengambilan makanan kita sebelum ni. Kena anggar kurang kuantiti dari corak pemakanan sebelumnya.

Dulu nasi 3 pinggan, sekarang sebesar penumbuk. Lebihkan serat. Amalkan suku suku separuh. Nasi (karbo) suku, protein suku, serat separuh.

Macam kakak da immune dengan IF + OMAD, kakak tukar IF 16:8 + 2 meals. Bila berat plateu (bukan palatao) atau trend menaik, sesuatu perlu ditukar.

Sebab tu kakak bagitahu kena kenal badan sendiri. Sekarang kakak makan 5 kali sehari dalam tempoh 12 jam.

Lebih kurang 7 pagi hingga 7 malam. Kalau 7.30 pagi hingga 7.30 malam. Asalkan dalam tempoh 12 jam.

Breakfast, morning snack, lunch, evening snack and lunch. Selain waktu ni, kakak tak makan ye. Selamat tinggal romeo! Eh, kunyah-kunyahan jajan bagai.

Buat masa ni kakak buat eat clean. Detox dulu badan. Minum air kosong atau green tea. Kakak elakkan makanan berminyak dan bergoreng.

Hanya kukus grill panggang. Kukus grill panggang. Kukus grill panggang. Entah, rasanya banyak masuk dalam air fryer je.

Mudah.

Kakak mula 14 Disember 2022 lepas. Dan hari ini, 18 Disember 2022, kakak da hilang berat 2.6 kg. Perlahan tapi berterusan. Dan yang best, ada inchloss here and there!

Berat tak turun banyak takpe, yang penting nampak kurus sebab inchloss.

Benda paling penting tapi ramai yang tak berjaya buat (termasuk kakak kadang-kadang) adalah disiplin.

Kakak ni, bila da kurus, start makan semula sampai overweight. Gitulah ulang-ulang sekian lama sejak dari zaman mesolitik sampai ke zaman media sosial.

Jangan tunggu Isnin atau tahun depan. Buat je!

Ayuh bangkit! Usaha dengan doa, masanya akan tiba, dengan restu Illahi, kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)

Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah

Terimalahku hambaMu Allah

HambaMu Allah

Nyanyi ke tu?

#CikTipah

Komen Murni Sis Min

Kalau nak ikut resepi dan makanan Cik Tipah, ikuti beliau di FB beliau ya. Betul juga kata beliau, kalau nak turun berat badan ni memang kena kerap makan dan pilih makanan yang sihat waktu makan tu.

Tuna dan keledek pun nampak sedap kan? Gambar Puan Khaizura Khalid
Kurang karbohidrat dalam setiap hidangan. Gambar Puan Khaizura Khalid.

Sis Min pernah tulis tentang resepi ketodiet untuk seminggu di pautan ini.

Semoga pembaca dapat inspirasi untuk terus memasang niat menurunkan berat badan bukan sahaja untuk kurus dan cantik, tapi dapat pakej sihat dan hidup yang berkualiti sekali!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘tips turun berat badan’ kali ini! Jika anda nak baca lebih banyak artikel menarik, boleh baca di Sis Rasa. Kalau sis ada pendapat dan nak kongsi pengalaman, boleh tulis di bahagian komen ya!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil di Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

2 days ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

4 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago