Pendidikan

Tadika Terbaik di Raub | Pilihan Ibu Bapa

Perhatian warga Raub, Pahang! Anda masih tercari-cari tadika terbaik di Raub untuk anak-anak? Jika anak-anak anda hampir mencapai umur prasekolah dan perlu ke tadika, perkongsian Sis Min pada kali ini sememangnya untuk anda.

Tadika merupakan satu tempat untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun bermain sambil belajar. Di tadika juga, anak-anak boleh bergaul, mengisi masa terluang, serta mengembangkan potensi tumbesaran mereka. Tahukah anda, bahawa terdapat satu tadika terbaik di Raub yang dikenali sebagai Tadika ABS? Jom sama-sama kita ketahui tentang tadika ini.

Kenapa Ibu Bapa Perlu Memilih Tadika ABS? | Tadika Terbaik Di Raub

Mesti Tuan/Puan tertanya-tanya, mengapa perlu memilih Tadika ABS ni kan? Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Tadika ABS ini mempunyai ciri-ciri khas dan kelebihannya yang tersendiri tau … Ini antara 5 faktor mengapa Tuan/Puan perlu memilih Tadika ABS, iaitu:

  1. Guru yang terlatih dan berpengalaman dalam membimbing anak-anak.
  2. Persekitaran yang ceria, selamat dan selesa.
  3. Modul dan program yang menepati keperluan dan fitrah anak-anak.
  4. Kepelbagaian program tambahan yang memenuhi keperluan perkembangan anak-anak.
  5. Pakej yuran pelbagai, serta mampu memudahkan urusan ibu bapa.

Faktor-faktor inilah yang membuat kebanyakan ibu bapa memilih Tadika ABS untuk menghantar anak-anak mereka dalam mendapatkan pendidikan awal. Sangat menarik!

Apakah Perkara yang Akan Tadika ABS Pupuk Dalam Pembelajaran Para Pelajarnya? | Tadika Terbaik Di Raub

Mesti Tuan/Puan ingin tahu juga tentang perkara yang dipupuk oleh Tadika ABS di dalam setiap sesi pembelajaran anak-anak kan? Baiklah, jom Sis Min kongsikan antara yang Tadika ABS tawarkan:

  • Persekitaran pembelajaran yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid.
  • Mendorong tingkah laku positif murid melalui Teknik Mendidik Gaya Nabi.
  • Penerapan amalan dan budaya Melayu tinggi dalam proses pendidikan.
  • Penerapan nilai keusahawanan dan kewangan.
  • Pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan komprehensif bagi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Menarik, bukan? Bagi Cik Min, bukan sahaja 3M iaitu membaca, mengira dan mengeja yang perlu dititikberatkan ketika belajar. Namun, kemahiran insaniah juga perlu ada untuk melatih anak-anak dalam menjadi ‘survivor’ pada masa akan datang.

Aktiviti-aktiviti di Tadika ABS | Tadika Terbaik Di Raub

“Tadika ABS ni ada aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anak-anak ke Sis Min?”

Sudah semestinya ada! Tanpa sebarang aktiviti, anak-anak pasti akan berasa bosan, kerana fitrah anak-anak ini adalah bermain. Jadi, Tadika ABS akan sentiasa selitkan sesi belajar sambil bermain agar kecerdasan anak-anak dapat dipulih setelah seharian belajar. Bukan itu sahaja, di Tadika ABS juga terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti tahunan menarik yang telah pihak tadika sediakan. Ini antaranya:

1. Karnival Sukan dan Permainan

Setiap tahun, Tadika ABS akan mengadakan Karnival Sukan dan Permainan tau! Anak-anak Tuan/Puan boleh menonjolkan bakat mereka di karnival tersebut.

Selain itu, dengan adanya karnival ini, anak-anak dapat meningkatkan lagi displin mereka. Hal ini demikian kerana, perasaan teruja anak-anak tersebut akan membantu mereka lebih berdisplin dalam mencari waktu di rumah untuk berlatih bersama ibu bapa, tanpa pengawasan guru.

2. Lawatan Tahunan

Lawatan tahunan ini adalah program yang sangat disukai oleh anak-anak Tadika ABS! Nak tahu kenapa?

Hal ini kerana, Tadika ABS akan mengadakan lawatan luar daripada sekolah untuk menambakan pengetahuan am, sejarah dan sebagainya kepada anak-anak. Bak kata orang, berhibur sambil belajar gitu. Seronoknya!

3. Hari Apresiasi Bakat

Hari Apresiasi Bakat ini pula diadakan bagi menonjolkan bakat anak-anak Tadika ABS, dalam bidang akademik. Melalui Hari Apresiasi Bakat, ibu bapa boleh melihat kecenderungan minat anak-anak dalam bidang yang mereka suka. Oleh itu, program yang dijalankan bukan sekadar memenuhi program tahunan sekolah sahaja, tetapi juga untuk mencungkil bakat yang ada pada anak-anak.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Tadika ABS terbaik di Raub ini terletak di Bandar Raub, bersebelahan dengan LPPKN, Pahang. Jadi, jika Tuan/Puan berminat untuk daftarkan anak-anak di Tadika ABS, bolehlah mulakan survey dari sekarang!

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik di Raub”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

6 days ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 weeks ago

Sunburn Teruk Lepas Cuti? Ini Cara Pulihkan Kulit dengan Cepat dan Selamat

Hai anda yang baru balik bercuti! Seronok betul kalau dapat habiskan masa di pantai, pulau…

3 weeks ago

Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!

Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar…

4 weeks ago

TikTok Beauty Hack 2025: Produk & Teknik Kecantikan Viral yang Wajib Anda Cuba

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun paling exciting untuk dunia kecantikan di TikTok! Makin ramai content…

1 month ago

Makeup Local Brand yang Tengah Meletop di Malaysia 2025

Tahun 2025 ni memang tahun gemilang untuk industri kecantikan tempatan. Kalau anda masih tertanya-tanya “jenama…

1 month ago