Pernah tak anda alami situasi di mana makeup yang cantik pada waktu pagi mula cair dan nampak kusam selepas beberapa jam? Jangan risau, Sis Min nak kongsi beberapa rahsia makeup tahan lama yang boleh bantu makeup anda cantik dari pagi sampai malam, tanpa perlu risau tentang kesan berminyak atau bercapuk.
Sis Min pun faham perasaan tu. Kadang-kadang, dah berjam-jam bersiap, tapi tak sampai separuh hari, makeup dah mula pudar. Bahagian T-zone jadi berkilat, celak mula comot, dan lipstick pun dah hilang entah ke mana. Mesti rasa kurang yakin bila tengok cermin, kan? Jom Sis Min share tips menarik!
1. Prep Kulit Sebelum Makeup
Makeup yang tahan lama bermula dengan kulit yang bersih dan terjaga. Pastikan anda mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai, gunakan pelembap, dan jangan lupa apply sunscreen sebelum mula bersolek. Kulit yang lembap dan sihat akan bantu makeup stay dengan lebih baik.
2. Primer Itu Wajib
Primer adalah kunci utama untuk pastikan makeup tahan lebih lama. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan antara kulit dan makeup, membantu mengawal minyak dan memastikan makeup tidak mudah cair. Jika anda ada kulit berminyak, pilih mattifying primer untuk mengurangkan kilatan pada wajah.
3. Teknik Pemakaian Foundation
Rahsia makeup tahan lama yang seterusnya ialah, gunakan sponge blender makeup untuk meratakan foundation. Teknik ini akan bantu makeup nampak lebih sekata dan elak kesan cakey. Jangan lupa pilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit anda, supaya hasilnya lebih natural dan tahan lama.
4. Lock Makeup dengan Bedak dan Setting Spray
Selepas apply foundation dan concealer, lock makeup dengan bedak tabur atau bedak padat. Gunakan berus besar atau powder puff untuk memastikan bedak disapu rata dan tidak berlebihan. Kemudian, semburkan setting spray makeup supaya semua produk blend in dan makeup kekal segar sepanjang hari.
5. Kawal Minyak dengan Blotting Paper
Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, oil blotting paper sangat berguna untuk menyerap minyak tanpa menjejaskan makeup. Cuma tekan lembut pada kawasan yang berminyak, dan makeup anda akan kekal nampak kemas tanpa perlu tambah bedak berulang kali.
6. Pilih Produk Waterproof
Gunakan maskara, eyeliner, dan lipstick jenis waterproof supaya makeup anda kekal cantik walaupun berpeluh atau terkena air. Anda tak perlu risau lagi tentang celak yang comot atau lipstick yang cepat pudar! Itu lah rahsia makeup tahan lama yang ramai tak tahu!
Produk Wajib untuk Makeup Tahan Lama:
✅ Primer Makeup – Berfungsi untuk kawal minyak dan buat makeup lebih tahan lama.
✅ Sponge Blender Makeup – Pastikan foundation lebih sekata dan elakkan kesan cakey.
✅ Setting Spray Makeup – Lock makeup supaya nampak fresh sepanjang hari.
✅ Oil Blotting Paper – Serap minyak berlebihan tanpa ganggu makeup.
Dengan produk yang betul dan teknik yang tepat, rahsia makeup tahan lama bukan lagi satu misteri! Sis Min harap tip ini membantu anda untuk tampil lebih yakin dan segar sepanjang hari. Selamat mencuba !
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Rahsia Makeup Tahan Lama | Walaupun Seharian Aktif” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian:Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.