Pendidikan

Perceraian Melalui Permohonan Mahkamah – Seksyen 47

Tahukah anda? Pasangan suami isteri yang sudah tidak sehaluan, serta telah mendapatkan khidmat nasihat kaunseling boleh membuat perceraian melalui permohonan mahkamah sekiranya sebulat suara memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan sebagai suami isteri.

Apa Itu Perceraian Melalui Permohonan Mahkamah Mengikut Seksyen 47?

Perceraian melalui permohonan mahkamah dalam Seksyen 47 adalah jika kedua-dua pihak (suami atau isteri) bersetuju untuk bercerai. Perceraian melalui Seksyen 47 ini lebih mudah dan efektif serta dapat memelihara aib kedua-dua pasangan.

Sekiranya pasangan suami isteri bersetuju untuk bercerai, maka kedua pihak boleh mohon kepada mahkamah untuk bercerai secara persetujuan bersama di bawah Seksyen 47 ini. Kemudian, mahkamah akan mulai mengenal pasti punca perceraian dan memulakan proses permohonan tersebut.

Jika didapati bahawa perkahwinan tersebut telah mendatangkan pecah belah dan mudarat, maka mahkamah akan mengarahkan pihak suami untuk melafaz cerai secara terus di dalam mahkamah.

Bagaimana Jika Satu Pihak Sahaja yang Mahukan Perceraian?

Sekiranya hanya satu pihak sahaja yang mahukan perceraian dan satu belah pihak lagi tidak bersetuju, maka kebiasaanya kes itu akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Pendamai ataupun Hakam, ataupun kedua-dua prosedur tersebut. Selepas itu, ia akan berpanjangan sehingga ke seksyen seterusnya.

Untuk mengetahui info lebih lanjut, anda boleh melihat penjelasan di TikTok oleh Cik Hasanah Johari di bawah ini.

Dokumen-dokumen Permohonan Perceraian Melalui Permohonan Mahkamah – Seksyen 47

Pemohon hendaklah terlebih dahulu menyediakan dokumen-dokumen penting untuk pemfailan cerai, seperti:

(a) Dokumen hubungan perkahwinan dan dokumen kelahiran anak-anak.
(b) Dokumen yang memberi fakta untuk memberi bidang kuasa kepada mahkamah.
(c) Bukti-bukti mengenai apa-apa prosiding yang hal ehwal suami isteri yang dahulu di antara kedua-dua pihak, termasuk tempat prosiding tersebut.
(d) Sebab-sebab hendak bercerai.
(e) Langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian (jika ada).
(f) Syarat-syarat perjanjian yang berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak daripada perkahwinan tersebut (jika ada),
(g) Peruntukan bagi pemeliharaan dan jagaan anak-anak daripada perkahwinan tersebut (jika ada).
(h) Pembahagian apa-apa aset yang diperoleh melalui usaha bersama (jika ada).
(i) Jika tiada h, suatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(j) Butir-butir mengenai perintah yang telah dipohon.

Sis Min berharap, perkongsian pada kali ini tidak disalah erti ya! Sis Min sekadar berkongsi atas dasar keperluan dan kepentingan yang boleh kita fahami bersama. Semoga urusan kita dipermudahkan selalu hendaknya.

Setakat ini dahulu perkongsian Sis Min tentang “Perceraian Melalui Permohonan Mahkamah – Seksyen 47” pada kali ini. Jangan lupa untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

3 weeks ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

1 month ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

1 month ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

2 months ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

2 months ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 months ago