Anda semua ingin tahu lebih lanjut tentang perbezaan dos vaksin – penggalak, primer dan tambahan? Umumnya mengetahui, bahawa negara kita telah mencapai kadar vaksinasi yang agak memberangsangkan iaitu melebihi 90% dewasa lengkap 2 dos vaksin COVID-19. Sis Min ada terbaca mengenai satu hantaran di blog Cerita Malaysia yang menceritakan tentang dos penggalak vaksin Comirnaty perlu diambil. Klik di sini untuk baca.
Jadi, disebabkan artikel tersebut Sis Min tergerak hati untuk berkongsi dengan anda semua tentang perbezaan antara dos penggalak, dos primer dan tambahan. Informasi berguna ini Sis Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.
Pemberian dos vaksin kepada rakyat Malaysia ini bertujuan untuk mengurangkan kesan jangkitan COVID-19 sekiranya dijangkiti. Sejak bulan Oktober 2021, kerajaan telah mula memberikan dos ketiga bagi individu-individu yang mempunyai risiko tinggi terutamanya petugas barisan hadapan. Selain itu, kerajaan juga memberikan dos ketiga kepada warga emas, yang telah lengkap menerima dos vaksin sekurang-kurangnya 6 bulan yang lalu.
Berikut merupakan perbezaan antara ketiga-tiga dos yang anda perlu tahu.
Dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat rangsangan imun yang optimum tetapi tahap imuniti menurun selepas 6 bulan menerima dos primer lengkap.
Individu yang akan menerima dos penggalak ialah individu yang berumur 40 tahun dan ke atas, serta anggota barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa dos penggalak ini akan diberikan kepada penerima vaksin Sinovac yang telah mendapatkan vaksin tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 bulan yang lalu.
Dos primer merupakan bilangan dos lengkap yang perlu diterima oleh individu yang layak bagi mendapatkan rangsangan imun yang optimum. Contohnya, dos primer untuk vaksin Comirnaty, CoroVac dan AstraZeneca terdiri daripada dos pertama dan dos kedua. Manakala, bagi vaksin Convidecia (CanSino) dan Jenssen terdiri daripada satu dos sahaja.
Dos tambahan ini merupakan dos vaksin yang diberikan selepas menerima vaksin dos primer untuk mendapatkan rangsangan imun yang optimum. Pemberian dos tambahan ini perlu diberikan kepada individu tertentu yang layak sebagai sebahagian daripada dos primer.
Individu yang akan menerima dos ini adalah individu yang mempunyai imuniti rendah seperti pesakit kanser dan penerima organ. Selain itu, individu yang akan menerima dos tambahan ini ialah pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis, di mana pemberian dos lengkap tidak cukup memberi perlindungan kepada mereka.
Anda semua dah tahu tentang perbezaan ketiga-tiga dos vaksin ini? Mestinya ada yang tertanya-tanya vaksin yang manakah sesuai untuk orang awam, bukan? Sila rujuk poster di atas tentang jenis vaksinasi yang diberikan untuk orang awam dalam tempoh yang tertentu.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…