Siapa pernah dengar mengenai penyakit slipped disc ini? Tahukah anda apa itu slipped disc? Slipped disc yang dikenali sebagai Prolapsed Interverterbral Disc (PID) berlaku pada tulang belakang apabila tulang belakang beralih daripada tempat asal. Hal inilah yang menyebabkan badan menjadi lemah dan kebas.
Tulang-tulang dalam anggota badan akan dilindungi oleh sejenis disc daripada kecederaan. Terdapat dua bahagian pada setiap disc, iaitu disc yang lembut pada bahagian dalam. Manakala, bahagian luar bersifat keras. Slipped disc berlaku apabila terjadinya sebarang kecederaan, ini menyebabkan bahagian dalam disc akan menonjol sehingga ke bahagian luar. Perkara inilah yang menyebabkan rasa sakit dan kurang selesa kerana ianya boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga pesakit berasa kebas pada bahagian yang cedera.
Semua maklumat berkaitan dengan penyakit slipped disc ini, Sis Min dapatkan daripada Telegram Dr. Samhan dan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta maklumat tambahan telah diambil daripada laman web lain.
Sakit belakang terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Kebiasaannya sakit akut terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung terlalu lama atau mengangkat barang yang berat daripada lantai.
Pembahagian sakit belakang:
Sebelum Sis Min masuk kepada gejala dan rawatan bagi slipped disc ini, Sis Min akan kongsikan beberapa faktor atau punca berlakunya slipped disc ini.
Berat badan yang melampau menyebabkan tulang belakang tidak dapat menampung berat badan tersebut. Hal inilah yang menyebabkan cakera intervertebra mudah koyak dan cedera.
Semakin meningkat usia, disc bahagian luaran akan semakin haus dan mengakibatkan disc mudah bergerak daripada tempat asal.
Seseorang yang mempunyai keturunan yang mengalami masalah tersebut mudah mendapat penyakit slipped disc.
Pekerjaan yang memaksa seseorang untuk mengangkat bebanan yang berat dan memindahkan barang yang berat, boleh menyebabkan tekanan yang lebih tinggi pada tulang belakang. Oleh hal yang demikian, ini menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit pada pinggang.
Jika seseorang itu duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan, boleh memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang. Seseorang yang bekerja di pejabat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti regangan lebih cenderung untuk mengalami masalah slipped disc ini.
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai faktor slipped disc ini di laman web ini dan ini.
Terdapat beberapa gejala awal yang perlu diberikan perhatian. Hal ini untuk mengetahui sama ada seseorang itu mengalami masalah slipped disc atau tidak. Gejala tersebut adalah seperti berikut:
Gejala tersebut mungkin berbeza pada setiap orang. Jika anda mengalami masalah seperti di atas, sila berjumpa dengan pakar untuk tindakan yang selanjutnya.
Terdapat beberapa rawatan yang dicadangkan oleh KKM dan doktor yang bertauliah.
Jika seseorang mengalami sakit belakang akut, boleh gunakan ice pack selama 15 minit. Caranya ialah balut ice pack dengan kain basah dan letakkan pada bahagian yang sakit selama 15 minit.
Gunakan hot pack jika seseorang mengalami masalah sakit belakang kronik dan berulang. Caranya ialah balut hot pack dengan kain dan letakkan hot pack pada bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan balutan hot pack tidak terlalu panas. Jangan sapu minyak panas pada bahagian yang sakit sebelum hot pack diletakkan.
Posisi: Baring di atas permukaan yang rata.
Cara: Otot abdominal dikeraskan, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa dan tahan dalam masa 5 saat. Ulang senaman ini minima 5 kali.
Posisi: Baring di atas permukaan yang rata dan bengkokkan kedua-dua lutut.
Cara: Letak tangan secara bersilang di atas dada, pusing kepala ke sebelah kanan dan kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian, luruskan lutut secara perlahan-lahan. Ulang senaman ini minima 5 kali.
Ada banyak lagi senaman sakit belakang yang boleh anda lakukan. Oleh hal yang demikian, anda boleh baca lebih lanjut mengenai senaman tersebut di link ini.
Kaedah ini melibatkan pengambilan ubat bagi mengurangkan gejala slipped disc ini.
Pembedahan dilakukan jika ubat-ubatan tidak membantu.
Boleh baca selanjutnya mengenai kaedah pembedahan disc di sini.
Cukup sekadar itu sahaja perkongsian daripada Sis Min. Sis Min harapkan agar artikel Penyakit Slipped Disc: Gejala dan Rawatan ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…