Pendidikan

Pengaruh Ibu Dalam Pendidikan Anak Perempuan

Ibu merupakan individu yang paling rapat buat anak-anak, dan secara tidak langsung juga, pengaruh seorang ibu dalam pendidikan anak perempuan khususnya adalah sangat tinggi.

Jadi, jika hubungan ibu dan anak perempuan tersebut bermasalah, ia akan menghasilkan empat keadaan yang kurang baik buat anak-anak perempuannya. Jom ikuti perkongsian Sis Min untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Pendidikan Anak Dipengaruhi Oleh Keluarga

Sumber: Sinarplus

Ibu bapa seharusnya menjadi aspirasi kepada anak-anak seawal usia kelahiran, sehinggalah mereka berada di fasa persekolahan sekurang-kurangnya. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan individu yang bakal memberi pengaruh terbesar kepada anak-anak.

Pada umur tersebut, ibu bapa adalah model utama yang sentiasa menjadi ikutan anak-anak untuk membentuk jati diri dalam pelbagai aspek. Namun, bagaimana pula jika model mereka tidak memberikan contoh yang baik?

Empat Pengaruh Seorang Ibu Dalam Pendidikan Anak Perempuan

Berdasarkan perkongsian video TikTok daripada Akademi Dr Har, telah ditekankan empat perkara yang bakal berlaku sekiranya hubungan antara anak perempuan dan ibunya mempunyai masalah.

1. Rendah diri

Jika ibu dan anak perempuan mempunyai masalah, anak tersebut akan mudah merasa rendah diri. Walaupun anak tersebut bijak dalam pelajaran, namun anak akan lebih mudah meragui diri sendiri terhadap pelbagai perkara dan keputusan yang dilakukan.

2. Kemurungan | Pengaruh Ibu Dalam Pendidikan Anak Perempuan

Sumber: Oh! Media

Hal ini boleh terjadi, misalnya ibu tersebut juga mengalami kemurungan. Ia akan memberikan impak yang lebih berat buat anak-anak perempuan sehingga mereka turut mudah mengalami kemurungan.

3. Masalah ‘Attachment

Anak perempuan akan menghadapi masalah dalam mempercayai orang lain. Mereka akan mempunyai ‘insecurities‘ yang sangat tinggi dan sentiasa meragukan perkara yang dilakukan.

Mereka juga akan sukar menganalisa keadaan bersama orang di sekeliling dan juga keluarga, kerana hubungan yang renggang bersama ibu.

4. Mencetuskan tingkah laku agresif

Jika seorang ibu dan anak perempuannya mempunyai masalah, ia juga mampu menjadikan anak perempuan itu lebih ‘hostile‘ dan kerap berlawan kata bersama ibunya.

Antara sikap ibu yang menjadikan anak perempuan ‘hostile‘ adalah bersifat garang tak bertempat, kerap marah-marah dan memukul tanpa memberikan anak ruang untuk penjelasan atau keamaafan.

Pengawalan Emosi Ibu Dalam Mendidik Anak Memberikan Pengaruh yang Besar

Berdasarkan perkongsian daripada Dr Har, ia banyak menyedarkan Sis Min bahawa ibu sememangnya memainkan peranan yang besar dalam pendidikan anak perempuan, khususnya. Sis Min juga akui, tiada ibu yang sempurna di dunia ini dan itu adalah normal!

Apa yang pasti, kita haruslah berusaha untuk mengawal emosi sebaik mungkin dalam membesarkan anak-anak. Sis Min doakan semoga ibu-ibu di luar sana sentiasa kuat dan berjaya berjuang demi masa depan anak-anak yang lebih baik, In Shaa Allah…

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Pengaruh Ibu Dalam Pendidikan Anak Perempuan”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

3 hours ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago