Di peringkat Asia Tenggara, Misi Sumud Nusantara digerakkan sebagai cabang daripada Global Sumud Flotilla yang menghimpunkan lebih 40 negara. Tujuan utama adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Misi ini juga merupakan sebahagian daripada gabungan besar berteraskan kerjasama global yang berpangkalan di Eropah.
Pada 31 Ogos, dengan konvoi berlayar menuju ke Sepanyol sebelum meneruskan perjalanan ke Tunisia pada 4 September. “Sumud” bermaksud ketabahan atau keteguhan, lambang semangat rakyat Palestin yang tidak pernah menyerah walaupun ditekan berpuluh tahun lamanya.
Antara nama yang menarik perhatian dalam misi ini ialah Ardell Aryana. Mereka merupakan selebriti wanita tanah air yang sudah lama terkenal dengan kerja-kerja kemanusiaan. Beliau sanggup meninggalkan keselesaan dunia seni untuk turun sendiri merasai debaran misi flotilla. Turut serta ialah Zizi Kirana, seorang artis yang memilih untuk berdiri sebaris dengan pejuang kemanusiaan. Ini membuktikan bahawa suara seni juga mampu menjadi medium keadilan.
Tidak ketinggalan, dua anak muda, Iylia Balqis dan Lia Maryam, yang membawa aspirasi belia Nusantara. Mereka menjadi saksi bahawa perjuangan tidak pernah mengenal usia mahupun latar belakang. Mereka semua bukan sekadar penumpang, sebaliknya sukarelawan aktif yang mengangkat barang bantuan. Bukan itu sahaja, mereka juga mengurus logistik, dan mendokumentasikan perjalanan misi agar dapat dikongsi dengan masyarakat dunia.
Kini, semangat itu diteruskan dalam misi ini yang bersifat lebih meluas. Wanita moden tampil sebagai doktor, jururawat, guru, pengawai polis, ahli politik, dan sukarelawan. Mereka tidak hanya menjaga rumah tangga, tetapi juga menyumbang tenaga dan fikiran untuk membina masa depan bangsa.
Ardell Aryana dan Zizi Kirana merupakan sebahagian daripada 15 sukarelawan Malaysia yang berlayar dari Barcelona menyertai Global Sumud Flotilla. Misi mereka membawa bekalan makanan serta ubat-ubatan untuk Gaza, sebagai lambang solidariti dunia terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Kehadiran mereka juga tidak hanya terbatas pada sumbangan fizikal semata-mata.
Zizi Kirana, menegaskan bahawa penyertaan beliau adalah bentuk sokongan kepada saudara di Gaza. Dia menekankan fokus utama tujuan misi dan bukannya perdebatan yang tidak membina. Sepanjang pelayaran, mereka turut berdepan detik cemas. Kapal yang dinaiki pernah dikesan dihampiri dron pengintip, mencetuskan rasa gementar dalam kalangan sukarelawan.
Ardell Aryana sendiri berkongsi pengalaman menggetarkan apabila dron berlegar di sekitar kapal pada waktu malam. SItuasi ini memaksa semua penumpang segera bersiap, mengenakan kasut dan naik atas. Tekanan fizikal dan mental semakin bertambah apabila mereka terpaksa bertahan di atas kapal kecil. Manakala, bekalan air bersih yang sangat terhad. Mereka hanya mempunyai sekitar empat liter seorang sehingga air laut digunakan untuk membersihkan diri.
Malah, Ardell turut menceritakan bagaimana sukarelawan Muslim dari Malaysia diasingkan ke kapal lain demi faktor keselamatan.
Misi Sumud Nusantara bukan sekadar sebuah perjalanan kemanusiaan, malah ia menjadi sumber inspirasi yang besar buat generasi akan datang. Melalui misi ini, dapat dilihat bagaimana anak muda, khususnya wanita. Mereka berani berdiri di barisan hadapan meskipun berdepan ancaman dron, cuaca yang mencabar, dan sekatan antarabangsa.
Keberanian itu mengajar bahawa kekuatan bukan hanya teruji di medan perang. Bukan itu sahaja, tetapi juga dalam mempertahankan nilai kemanusiaan. Lebih daripada itu, misi ini menyerlahkan semangat solidariti tanpa batas apabila rakyat daripada lebih 40 negara berganding bahu demi Palestin. Ia memberi teladan bahawa sempadan bangsa, agama, atau budaya tidak menjadi halangan untuk sama-sama memperjuangkan keadilan.
Kehadiran tokoh wanita Malaysia seperti Ardell Aryana, Zizi Kirana pula membuktikan bahawa perjuangan bukan hak eksklusif lelaki. Generasi muda, terutama kaum wanita, boleh mengambil iktibar bahawa suara mereka juga mampu membawa perubahan. Pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya, serta keselesaan hidup demi menyertai misi ini. Ini menjadi bukti bahawa pengorbanan adalah tunjang utama kepada kejayaan dalam apa jua perjuangan.
Pada masa yang sama, Misi Sumud Nusantara turut membuka mata masyarakat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu serantau. Justeru, generasi akan datang dapat belajar untuk lebih peka, mengambil tahu, dan bertindak terhadap isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia. Semoga kita semua mencapai keamanan dan kesejahteraan suatu hari nanti.
From The River To The Sea, Palestine Will Be Free
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Misi Sumud Nusantara: Wanita Di Barisan Hadapan” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…