Pejam celik, pejam celik, dah seminggu kita sambut Hari Raya Aidilfitri! Sis Min percaya, mesti semua seronok dapat pulang ke kampung halaman kan? Maklumlah, dah dua tahun tak pulang beraya. Tapi, mesti ada juga yang tengah bersedih tu… Yelah, dah konsisten dengan menu rendah kalori sewaktu bulan puasa, tapi bila tengah beraya, terjumpa pula hidangan raya yang sedap-sedap dan semestinya tinggi kalori! Hihi…
Tapi, anda semua jangan sedih… Jom rancang semula pelan diet anda dengan 4 menu rendah kalori ringkas yang Sis Min nak kongsikan hari ini! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Izzah Zalani di laman Facebooknya. Paling penting, sudah semestinya semua menu rendah kalori ini ringkas dan sedap!
Kalori: 370 Kcal | Protein: 25g
Tuna Egg Salad Sandwich ni pada Sis Min la, paling senang nak disediakan! Sesuai sangat untuk dijadikan sarapan pagi. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sandwich ni adalah seperti berikut:
Kalori: 656 Kcal | Protein: 40g
Ini pula memang menu kegemaran Sis Min! Sis Min pasti akan memesan Sizzling Yee Mee ni kalau makan di restoran. Tetapi, selalunya makanan yang dijual di luar adalah tinggi kalori tau… Jadi, mari Sis Min kongsikan resepi Sizzling Yee Mee versi menu rendah kalori untuk anda!
Perapan ini akan jadi lebih sedap kalau anda biarkan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam. Semalaman pun lebih bagus, supaya bahan perapan akan lebih meresap ke dalam isi ayam.
Curahkan kuah sizzling yang masih mendidih ke atas yee mee. Anda juga boleh masak kuah sizzling bersama yee mee di atas pinggan sizzling atau iron hot plate. Hiaskan sizzling yee mee yang telah dimasak dengan sawi Jepun.
Kalori 458 Kcal | Protein 35g
Sis Min percaya, pasti ada yang baru pertama kali mendengar murtabak spiral ni kan? Murtabak spiral ni dihasilkan menggunakan pasta tau… Jika sebelum ini, kita gemar membuat murtabak mee segera, apa kata kali ini kita cuba menghasilkan murtabak daripada pasta? Bukan hanya sedap, menu ni juga rendah kalori tau!
Kalori: 265 Kcal | Protein: 23g
Wahhh, ini satu lagi menu rendah kalori yang bagi Sis Min sangat menarik! Kalau anda semua nak tahu, udang ni ada banyak khasiatnya tau… Udang mengandungi EPA dan DHA omega-3, serta asid lemak yang sihat. Tapi, tetap perlu bersederhana! Jika mengambil udang secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kolesterol dalam badan kita meningkat. Hal ini akan membahayakan jantung tau!
Haaa lepas ini, tiada lagi alasan untuk tidak mengamalkan menu makanan rendah kalori ya… Selamat mencuba semua!
Sumber artikel: SirapLimau
Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?
Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type dekat mana-mana nanti… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…