Para profesional penjagaan kesihatan telah memuji program Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menyebutnya sebagai “penyelamat” kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah (B40).
Hidangan RM4.90 untuk setiap hidangan makan tengah hari dan makan malam yang kaya dengan kandungan protein seperti ikan, ayam, bahagian sayur-sayuran dan nasi putih ini pasti akan menyediakan nutrisi harian lengkap untuk rakyat Malaysia.
Bagi menurunkan kos sara hidup penduduk terutama golongan berpendapatan rendah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah melancarkan program pemakanan yang dinamakan Menu Rahmah.
Hidangan makanan tengah hari atau malam yang disediakan adalah sihat dan komprehensif, merangkumi nasi sebagai sumber karbohidrat, ayam atau ikan sebagai sumber protein, dan sayur-sayuran sebagai sumber serat. Semuanya dengan harga RM 4.90 sahaja sepinggan!
Kalau anda nak tahu, menu mereka available setiap hari tau! Berikut adalah senarai menu yang ditawarkan kepada pelanggan mengikut hari berbeza.
Dapat disumpal bahawa program Menu Rahmah yang diusulkan oleh kerajaan ini merupakan sebuah idea yang efektif dalam meringankan beban rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah. Sis Min berharap lebih ramai rakyat dapat dibantu dari segi kewangan, di samping dapat menyihatkan tubuh badan dengan nutrisi yang seimbang.
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…