Hiburan

Lagu Raya Menggamit Kenangan Sepanjang Zaman

Hari Raya bakal tiba! Bermula sahaja bulan Ramadan, lagu raya sudah pun kedengaran di pusat membeli-belah dan kedai-kedai pakaian. Lagu raya yang dimainkan tersebut, sememangnya dapat menaikkan mood raya. Namun, ada juga lagu raya yang membawa perasaan sayu, terutama bagi yang berjauhan dengan orang tersayang. Jadi hari ini, Sis Min ingin kongsikan kepada anda beberapa lagu raya yang menggamit kenangan!

1. Selamat Hari Raya – Sharifah Aini | Lagu Raya Menggamit Kenangan

“Hai selamat hari raya, kami semua ucapkan”

Siapa saja yang tak tahu lagu ini? Lagu ini merupakan antara lagu yang wajib dimainkan setiap kali hari raya tiba. Lagu Selamat Hari Raya yang dinyanyikan oleh biduanita negara, iaitu Sharifah Aini, telah dikeluarkan pada tahun 1973. Wah, lama betul lagu ini ya! Tak hairanlah, lagu ini tersenarai dalam lagu raya paling menggamit kenangan semua orang, sama ada yang tua mahu pun yang muda.

2. Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Ada peminat Tokti di sini? Tak kisahlah, sama ada anda peminat besar Tokti atau tidak, sudah pasti anda akan tahu lagu ini. Lagu ini juga pernah dijadikan meme disebabkan liriknya yang agak kurang jelas. Namun, lagu ini tetap antara lagu raya yang paling diminati orang ramai sehingga hari ini, walaupun dikeluarkan pada tahun 2003.

Sumber: Twitter

3. Balik Kampung – Sudirman | Lagu Raya Menggamit Kenangan

Sis Min yakin lagu ini merupakan antara lagu yang paling best untuk dimainkan dalam perjalanan pulang ke kampung. Lagu yang dikeluarkan pada tahun 1984 ini, pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan New Boyz. Walaupun terpaksa menghadap jalan sesak, lagu ini tetap dapat menaikkan mood raya. Setiap kali dengar lagu ini, pasti tak sabar untuk pulang ke kampung!

4. Suasana Hari Raya – Anuar Zain & Ellina

Lagu Suasana Hari Raya juga antara lagu raya menggamit kenangan. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 1984. Wah, Anuar Zain dan Ellina masih kanak-kanak semasa merakamkan lagu ini! Lirik yang mudah diingat dan santai ini sememangnya menjadi pilihan orang ramai untuk dinyanyikan, terutamanya semasa persembahan hari raya di sekolah.

5. Menjelang Hari Raya – DJ Dave

Walaupun lagu ini dikeluarkan pada tahun 2014, lagu ini telah pun menyentuh hati ramai orang. Lagu ini sering dimainkan, terutamanya dalam filem-filem hari raya. Liriknya yang mudah, turut menjadikan lagu ini antara lagu yang selalu dinyanyikan oleh orang ramai.

6. Ku Pohon Restu Ayah & Bonda – Mamat

Lagu yang dikeluarkan pada tahun 1994 ini sememangnya dapat mengalirkan air mata, terutamanya bagi yang berjauhan dengan keluarga atau yang sudah kehilangan orang tersayang. Sis Min yakin, ramai yang mendengar lagu ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun-tahun yang lepas. Maklumlah, masa itu, semua tidak dapat balik beraya. Hihi

Jadi, mana satu lagu raya yang paling menggamit kenangan anda? Jom kongsikan di ruangan komen di bawah, antara lagu raya yang menjadi pilihan hati anda setiap kali hari raya tiba!

Gunakan Wireless Keyboard untuk Membuat Carian Lagu Raya Menggamit Kenangan di YouTube dengan Lebih Mudah!

Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?

Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type dekat mana-mana nanti… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!

Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar…

14 hours ago

TikTok Beauty Hack 2025: Produk & Teknik Kecantikan Viral yang Wajib Anda Cuba

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun paling exciting untuk dunia kecantikan di TikTok! Makin ramai content…

5 days ago

Makeup Local Brand yang Tengah Meletop di Malaysia 2025

Tahun 2025 ni memang tahun gemilang untuk industri kecantikan tempatan. Kalau anda masih tertanya-tanya “jenama…

2 weeks ago

Top 5 Influencer Makeup Malaysia yang Patut Anda Follow Tahun Ini!

Dunia solekan kini bukan hanya milik selebriti atau jurusolek profesional — sesiapa pun boleh belajar,…

3 weeks ago

Inspirasi Kak Cik Yah : Content Creator Umur 75 Tahun yang Bikin Ramai Terpukau!

Siapa kata umur 75 tahun hanya untuk berehat di rumah dan tengok drama petang-petang?Inspirasi Kak…

4 weeks ago

Menu Wajib Hari Raya: Lauk Pauk & Kuih Raya yang Mesti Ada!

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk menikmati hidangan enak bersama keluarga dan…

1 month ago