Anda sedang mencari emas yang bermutu tinggi? Nak dapatkan gold bar, barangan kemas seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya? Jika ya, kedai emas terbaik HAIFA GOLD & SILVER ini mungkin salah satu kedai yang anda cari.
Kedai emas terbaik sudah semestinya mempunyai produk yang menjadi tumpuan ramai. Bak kata orang, laku keras gittew… Jadi, mari Sis Min ceritakan antara produk yang paling laris di kedai emas HAIFA ini!
Antara produk yang laris dijual di kedai emas terbaik ini adalah, koleksi gold bar 999.9 keluaran HAIFA sendiri. Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2022, gold bar haifa 999.9 edisi tekat telah dikeluarkan bersempena program Gema Raya HAIFA.
Gold bar edisi tekat ini didatangkan dengan 3 design yang berbeza tau! Setiap satu designnya pula diinspirasikan daripada motif tekat Malaysia iaitu bunga kiambang, bunga raya dan bunga cempaka susun pucuk rebung.
Kesemua keluaran gold bar ini adalah terhad di mana setiap design hanya dikeluarkan sebanyak 100pcs sahaja. Maka jumlah keseluruhannya adalah 300pcs gold bar edisi tekat telah dikeluarkan.
Lebih menarik lagi, 300pcs gold bar edisi tekat HAIFA ini telah berjaya dijual dalam masa yang amat singkat tau! Betul kan apa Sis Min cakap? Produk keluaran HAIFA memang laku kerasss.
Pada tahun 2023, HAIFA telah mengeluarkan gold bar edisi terbaharu mereka iaitu edisi keladi emas bersempena kempen Mega Raya HAIFA.
Kempen yang diadakan ini adalah bertujuan menggalakkan para pelanggan HAIFA untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak, tentang menabung dan menyimpan duit raya mereka dengan cara membeli emas. Hal ini akan membantu mengelakkan sebarang penyia-nyiaan duit raya anak-anak dengan pembelian barangan yang bukan bersifat keperluan.
Lebih menarik lagi tentang edisi ini ialah, ia diinspirasikan daripada pokok keladi termahal di dunia iaitu Pokok Keladi Emas atau nama saintifiknya The Alocasia New Guinea Gold.
Pada awalnya, edisi keladi emas ini hanya dikeluarkan sebanyak 100pcs sahaja. Tetapi kerana permintaannya yang begitu tinggi, gold bar edisi keladi emas ini telah pun habis dijual hanya dalam tempoh kurang satu bulan sahaja!
Hal yang demikian telah menjadikan team HAIFA sebulat suara dalam penambahan produksi design tersebut sebanyak 100pcs lagi. Siapa yang nak dapatkan gold bar edisi keladi emas ini, pastikan anda baca perkongsian Sis Min sampai habis dulu ya…
Antara produk terlaris di kedai emas terbaik HAIFA yang seterusnya pula ialah koleksi barangan kemas Sin Ter May (STM) exclusive. Koleksi ini telah meraih perhatian para pelanggan HAIFA kerana reka bentuknya yang amat unik dengan finishing yang cantik, serta berkualiti tinggi.
Koleksi barangan kemas STM ini amat terkenal dengan kemasan chrome padanya, dan juga potongan kikir yang menjadikan ia kelihatan lebih bersinar dan berseri. Salutan chrome pada barangan kemas STM juga sangat berkualiti tinggi dan tidak mudah luntur ataupun pudar, jika dibandingkan dengan keluaran kilang lain.
Terbaharu, koleksi STM telah mengeluarkan gold-diamond iaitu emas yang dibentuk bagi menyerupai diamond melalui teknologi terkini. Ia turut disaluti dengan chrome untuk kelihatan tidak ubah seperti permata!
Kini, anda boleh memiliki cincin batu permata, tanpa batu permata yang sebenar. Paling best, keseluruhan cincin tersebut juga diperbuat daripada emas 916.
Juga baru-baru ini, team HAIFA telah menggubah cenderahati hantaran gold bar bagi majlis persaraan sebuah agensi kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jom kita lihat antara gambar-gambar proses dan hasil daripada projek tersebut.
Menarik ke sangat menarik? Untuk pengetahuan anda, team EMAS HAIFA boleh membantu anda menggubah ‘from A to Z‘ bak kata omputeh. Jadi, jika anda daripada badan-badan agensi atau jabatan-jabatan yang berminat untuk membuat tempahan gold bar seperti ini, HAIFA sedia membantu ya!
Kebiasaannya, individu yang baru sahaja menjinakkan diri dalam proses pembelian emas akan meminta cadangan rantai tangan yang padu, tahan lasak, boleh dipakai harian dan boleh dibuat basahan sekali gus dalam satu masa yang sama.
Cadangan Sis Min adalah, anda boleh memilih untuk membeli rantai tangan daripada koleksi padu HAIFA. Antara design padu yang HAIFA sediakan adalah Melur Padu, Putra Putri Padu dan Lipan Padu.
Design padu ini merupakan design evergreen yang sentiasa ada dan tidak lapuk ditelan zaman. Koleksi ini juga mempunyai pelbagai pilihan berat dan saiz. Anda boleh mendapatkan rantai tangan padu HAIFA ini dengan berat serendah 4g sehingga 100g++, mengikut jumlah bajet.
Lagi satu, anda juga boleh membuat tempahan khas jika ingin memiliki design padu melebihi berat 100g ke atas di EMAS HAIFA tau… Jadi, jomlah beli emas dengan kedai emas terbaik, EMAS HAIFA!
Jika anda tidak meminati design evergreen, anda boleh memilih rantai tangan yang berfesyen. Apa yang pasti, anda boleh sahaja minta recommendation daripada staff-staff HAIFA dan mereka pasti akan membantu anda membuat pilihan terbaik.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan barangan kemas daripada HAIFA, kedai emas terbaik di Ipoh Perak, anda boleh kunjungi kedai mereka yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.
Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kedai mereka, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.
Di sini Sis Min berikan juga nombor-nombor telefon mereka untuk anda hubungi ya:
Akhir sekali, buat anda yang ingin mendapatkan sebarang info terkini daripada kedai emas terbaik HAIFA, pastikan anda terus ke laman media sosial mereka seperti di bawah. Selamat mencuci mata!
Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee
Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Kedai Emas Terbaik’. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Sis Rasa, Sis Cerita.
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…