Fesyen

Kedai Emas Ipoh

Anda sedang mencari kedai emas terbaik di Perak? Haaa, tak perlu fikir panjang lagi… Jom kita ke kedai emas Ipoh, Perak yang satu ni! Kalau nak tahu tentang kedai tersebut, pastikan anda baca perkongsian Sis Min sampai habis.

Sis Min faham, bila sentuh sahaja bab emas ni, mesti akan timbul juga sedikit keraguan dalam hati kan? Pelbagai faktor yang menyebabkan keraguan ni sebenarnya, tapi yang paling utama adalah takut jika ditipu.

Oleh sebab itulah Sis Min bercadang untuk berkongsi tentang sebuah kedai emas Ipoh terbaik yang diberi nama Haifa Gold & Silver. Apa yang pasti, team kedai emas Ipoh, EMAS HAIFA ini memang confirm trusted punyalah!

Latar Belakang Kedai Emas Ipoh Haifa Gold & Silver

Jika anda semua nak tahu, Haifa Gold & Silver ini merupakan syarikat baru yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Kedai emas mereka juga ada nama manja tau! Nama brand mereka sebenarnya telah dipendekkan kepada EMAS HAIFA. Haaa, lagi senang nak sebut kan…

Di kedai emas HAIFA ini terdapat pelbagai jenis jual beli emas dan perak perhiasan seperti:

  1. Cincin emas dan silver
  2. Rantai tangan
  3. Rantai leher
  4. Jongkong emas

EMAS HAIFA ini sudah mula beroperasi sejak dua tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2020 dengan slogannya yang tersendiri, “Your Jewellery Matchmaker“.

Premisnya juga terletak di lokasi yang amat strategik, iaitu di kawasan perumahan Taman Pengkalan Utama Ipoh, Perak. Kawasan ini telah lama menjadi laluan utama buat para penduduk di kawasan tersebut tau!

Kalau anda berminat untuk ke kedai EMAS HAIFA ini, anda boleh rujuk info di bawah:

Alamat premis: No. 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10:30 A.M. – 6:30 P.M.)
No. telefon: 010-229 2956 | 010-564 2957 | 010-393 2958
Email: kedaiemashaifa@gmail.com

Tentang Founder

Jika ingin diceritakan dengan lebih mendalam, EMAS HAIFA ini merupakan sebuah kedai emas Ipoh yang menjual pelbagai perhiasan emas dan perak sejak tahun 2020 lagi.

Pengasasnya pula dikenali sebagai Puan Iqtiyani Ulfa Mohd Azamee, atau lebih senang dipanggil Yani. Beliau merupakan anak jati Negeri Perak yang berasal dari Batu Gajah. Beliau mempunyai latar belakang dan minat yang mendalam dalam bidang pelaburan dan kewangan sejak zaman persekolahan lagi tau!

Semasa Sis Min mendapatkan info bersama Puan Yani dan teamnya, Sis Min terus boleh nampak bibit-bibit manis kisah perjalanan Founder EMAS HAIFA ini.

Untuk pengetahuan anda, beliau terdahulu pernah menyambungkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Sains Aktuari. Puan Yani juga mempunyai pengalaman selama 10 tahun sebagai Pegawai Aktuari Kerajaan di Kementerian Kewangan Malaysia.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan memilih MBA untuk menambahkan lagi pengetahuan beliau. Dari situlah pengetahuan Puan Yani mengenai pelbagai jenis instrumen pelaburan, kewangan dan bisnes ini semakin meluas

Antara pelbagai jenis instrumen pelaburan yang pernah beliau pelajari, terdapat satu instrumen yang paling beliau minati. Tak lain tak bukan, sudah semestinya pelaburan emas!

Emas ini dikategorikan sebagai pelaburan yang lebih stabil kerana nilainya boleh bertahan dalam jangka masa panjang, dan risiko pelaburannya pula rendah berbanding instrumen pelaburan yang lain.

Selain itu, beliau juga sangat bijak dalam mengatur langkah perjalanan career sendiri. Setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah dan mula memasuki dunia berkerjaya, beliau secara perlahan sudah memulakan simpanan pelaburan emas dengan mengumpul jongkong emas.

Pada tahun 2018 pula, rezeki dan peluang kelihatan lebih baik apabila beliau mula menerima pesanan untuk pelbagai jenis perhiasan emas. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penjawat awam dan mulai menelusuri minatnya dalam bidang perniagaan emas.

Namun begitu, EMAS HAIFA turut menghadapi cabaran persaingan yang hebat kerana perlu berperang dengan harga emas di antara pemain-pemain lain yang membuang harga. Tetapi, itu bukanlah halangan buat mereka kerana EMAS HAIFA kekal dikenali di kalangan pelanggan setianya melalui koleksi design emas yang terkini, moden dan eksklusif.

Walaupun diduga dengan pelbagai cabaran, perniagaan EMAS HAIFA tetap teguh berdiri sehingga hari ini! Kini, mereka sudah menyimpan matlamat perniagaan seterusnya iaitu untuk memiliki kilang sendiri dalam menghasilkan reka bentuk emas mereka yang tersendiri.

Jadi, buat anda yang ingin mendapatkan sebarang info terkini EMAS HAIFA, pastikan anda terus ke laman media sosial mereka seperti di bawah. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Kedai Emas Ipoh”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

2 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga

Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…

8 months ago