Hiasan Rumah

Idea Doorgift Kahwin Exclusive

Masih tercari-cari idea doorgift kahwin exclusive untuk majlis bahagia anda nanti? Jika ya, jom Sis Min cerita tentang satu doorgift kahwin yang exclusive tapi murah ini!

Tips Mencari Idea Doorgift Kahwin Exclusive

1. Buat pilihan doorgift yang sesuai dan unik

Apa yang Sis Min perasan, kebanyakan orang gemar memilih makanan untuk dijadikan doorgift. Betul tak? Tapi kalau boleh untuk kenduri kita nanti, biar la nampak lain dari yang lain sikit. Kalau doorgift tu boleh dipakai untuk jangka masa yang lama, confirm lebih bermanfaat.

Sebaiknya carilah doorgift yang mungkin berguna untuk golongan muda dan juga yang berumur. Elakkan juga memberi jajan, kerana ia lebih sesuai untuk kanak-kanak tetapi tidak sesuai pula untuk golongan dewasa terutamanya warga emas. 

2. Elakkan memberi doorgift berasaskan bahan makanan

Bahan makanan ni biasanya cepat basi dan ada tarikh luput tersendiri. Kadang tu, baru aje beberapa hari tetapi makanan dah mula berkulat ataupun lemau.

Pernah juga ada satu kes yang Sis Min dengar, tetamu tu dapat kek coklat yang berkulat macam gambar di atas! Nasibnya kurang baik, mungkin bungkusan doorgift tu dah terkena air. Tapi, siapa aje yang sempat perasan bila tengah sibuk menguruskan majlis kan? Nak salahkan mana-mana pihak pun tak boleh…

Sebab tu Sis Min kata, kalau idea doorgift kahwin exclusive kita tu boleh tahan lama dan tak basi kan lebih mudah? Bak kata mat salleh, “less is more” gituuu.

3. Berikan doorgift yang nampak mahal tapi harga masih berpatutan dan berbaloi | Idea Doorgift Kahwin Exclusive

Biasanya kalau barang premium aje, kos mesti boleh cecah RM10 ke atas untuk setiap goodies. Sebagai bakal pengantin pula, kita kalau boleh mesti nak cut cost mana perlu kan?

Maklumlah, duit dah banyak keluar untuk keperluan lain seperti dulang hantaran, pelamin, katering dan macam-macam lagi. Kena pula kahwin ni sekali aje seumur hidup, mestilah kita nak yang terbaik dalam semua perkara!

Tapi anda tak perlu risau, sebab Sis Min ada cadangan doorgift yang boleh digunakan untuk hari bahagia anda nanti tau… Tapi, make sure anda baca perkongsian Sis Min sampai habis dulu ya.

Pernah Dengar Tentang Doorgift Garam SERI AISHAH?

Nak tahu tak kenapa doorgift garam SERI AISHAH sesuai dijadikan idea doorgift kahwin exclusive majlis anda? 

Haaa, kalau anda nak tahu, garam SERI AISHAH merupakan garam sihat yang sangat sesuai untuk kegunaan kesihatan bagi semua peringkat umur. Kegunaannya juga adalah pelbagai tau! Boleh rujuk di sini untuk ketahui Cara Rendam Kaki Garam Bukit Lada Hitam

Bukan itu sahaja, doorgift garam SERI AISHAH ini turut diletakkan dalam packaging yang cantik dan mudah dibawa. Mudahlah tetamu-tetamu anda nak selfie sambil pegang doorgift mereka nanti. Hehe

Sebaik sahaja pulang ke rumah, mereka nak simpan doorgift garam SERI AISHAH ni pun senang aje. Tak perlu nak masukkan ke bekas yang lain dah. Tinggal keluarkan dari packaging dan letak sahaja di mana-mana tempat yang bersesuaian.

Apa yang paling Sis Min suka ialah, pilihan packaging doorgift yang pelbagai pun ada disediakan oleh SERI AISHAH. Anda juga berpeluang memperoleh “sticker” PERCUMA bagi jumlah tempahan tertentu. Jadi nanti, anda hanya tinggal design yang dimahukan sahaja.

Eh, pssst! Kalau anda bercadang nak custom packaging sendiri pun boleh ya…

5 Sebab Doorgift Garam SERI AISHAH Merupakan Idea Doorgift Kahwin Exclusive yang Terbaik

  1. Packaging mudah bawa
  2. Rupa yang cantik dan menarik
  3. Garam sememangnya tahan lama
  4. Tidak mahal, tetapi nampak mahal
  5. Sihat dan sesuai digunakan oleh semua lapisan umur

Berminat Nak Dapatkan Doorgift Garam SERI AISHAH?

Garam SERI AISHAH ini juga ada mendapat pengiktirafan-pengiktirafan terbaik seperti di bawah: 

  1. Sijil Halal Pakistan yang diiktiraf JAKIM
  2. Sijil food Safety (FSSC22000)
  3. Certificate of analysis
  4. Technical datasheet
  5. Allergens declaration food labelling

Jadi, anda tak perlu risau kerana produk ini sememangnya selamat digunakan. Jika anda berminat untuk menjadikan garam SERI AISHAH ini sebagai doorgift, pastikan anda klik DI SINI.

Untuk mendapatkan info lanjut dan terkini tentang garam SERI AISHAH, anda boleh mengikuti platform-platform media sosial mereka seperti di bawah. Selamat mencuba!

Website | TikTok | Facebook | Instagram | YouTube | Shopee | Lazada

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Idea Doorgift Kahwin Exclusive” ini. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik di portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

CARA JUAL BARANG DI TIKTOK: PANDUAN MUDAH UNTUK PENIAGA

Sumber: OH BULAN Cara jual barang di TikTok semakin menjadi perhatian usahawan kecil dan besar…

1 month ago

Misi Sumud Nusantara: Wanita Di Barisan Hadapan

Apakah Misi Sumud Nusantara? Di peringkat Asia Tenggara, Misi Sumud Nusantara digerakkan sebagai cabang daripada…

2 months ago

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

4 months ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

4 months ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

5 months ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

5 months ago