Kecantikan

Formulasi Sunscreen Sesuai untuk Kulit Anda

Kesedaran untuk memakai pelindung matahari atau sunscreen kini tidak asing lagi bagi setiap individu. Sis Min pasti, pasti ramai di antara anda yang masih mencari formulasi sunscreen yang sesuai untuk jenis kulit sendiri kan?

Seperti yang kita tahu, jenis-jenis kulit kita adalah terdiri daripada jenis kulit berminyak, kering dan juga kombinasi. Kadangkala, sunscreen yang dipilih pula boleh menyebabkan kulit menjadi pedih, pori tersumbat dan berjerawat. Hal ini sekali gus menyebabkan anda mahu berhenti daripada memakai sunscreen serta merta. Tak gitu?

Tapi, jangan buat macam tu tau! Suncreen ini tetap perlu dipakai untuk mengelakkan sinaran Ultraviolet (UV) yang boleh menjadi punca kepada masalah kulit serius.

Jadi untuk entri kali ini, Sis Min akan berkongsikan berkenaan formulasi sunscreen yang sesuai untuk kulit anda. Perkongsian ini turut dibahas di laman TikTok milik Aerin Gabor, seorang ahli kimia kosmetik. Selepas ini, bolehlah anda memilih sunscreen yang lebih sesuai mengikut jenis kulit sendiri.

Pelbagai Jenis Formulasi Sunscreen

Melalui posting milik ahli kimia kosmetik tersebut, beliau telah membuat sebuah eksperimen untuk mengetahui formulasi sunscreen, mengikut tahap larut sunscreen tersebut di dalam air. Melalui hasil eksperimen yang ditunjukkan, beliau menerangkan jenis-jenis kulit yang sesuai terhadap formulasi setiap sunscreen itu.

1. Waterbased Sunscreen | Formulasi Sunscreen Sesuai untuk Kulit Anda yang Berminyak

Formulasi sunscreen berasaskan air atau water-based adalah sesuai untuk mereka yang kulit berminyak, berjerawat dan kulit kombinasi (yang lebih kepada berminyak) kerana sifatnya senang larut apabila bercampur dengan air.

Hal ini kerana, risiko untuk pori tersumbat adalah lebih rendah dan mengelakkan timbulnya jerawat, bintik hitam dan sebum secara berlebihan. Memandangkan ia berasaskan air, sifatnya yang cepat larut itu menyebabkan anda perlu re-apply dengan lebih kerap berbanding formulasi sunscreen yang lain.

Terdapat banyak water-based sunscreen di pasaran seperti Wardah UV Shield Aqua Fresh Essence Sunscreen SPF50, BIORE UV Aqua Rich Watery Essence Sunscreen SPF50+ dan Sunplay Skin Aqua UV Sunscreen SPF120.

Sumber: Google

2. Oil-based Sunscreen

Jika anda mempunyai kulit kering, anda lebih sesuai memakai sunscreen yang berasaskan minyak atau oil-based. Sifatnya yang kalis air akan memberikan kelembapan kepada kulit anda yang kering dan tahan lebih lama. Jadi, anda tidak perlu risau untuk re-apply dengan lebih kerap.

Contoh oil-based sunscreen di pasaran adalah Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30, 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream dan Cosrx Aloe Soothing Sun Cream.

Sumber: Google

3. Silicone-based

Formulasi sunscreen yang berasaskan silikon atau silicone-based adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Namun, jika anda mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, anda perlu berhati-hati apabila memakai sunscreen formulasi ini kerana ia boleh bertindak menambahkan lagi sebum dan menyumbatkan pori anda.

Contoh silicone-based sunscreen di pasaran adalah Biore UV Perfect Protect Milk SPF50+ PA+++, TRIOZON Silicone Based Sunscreen Gel dan UV Doux Silicone Sunscreen Gel SPF 50 PA+++.

Sumber: Google

Pilihlah Formulasi Sunscreen yang Sesuai untuk Kulit Anda

Setelah mengetahui sedikit-sebanyak berkenaan formulasi sunscreen melalui perkongsian Sis Min pada kali ini, maka anda bolehlah mula membuat keputusan dalam pemilihan sunscreen terbaik mengikut jenis kulit ya. Ingat, sayangilah kulit anda!

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Formulasi Sunscreen Sesuai untuk Kulit Anda”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

2 months ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

3 months ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

3 months ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

3 months ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

3 months ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

4 months ago