Hiasan Rumah

Cara Simpan Seluar Dalam Almari

Artikel ini adalah tentang cara simpan seluar dalam almari. Gambar dan cerita diambil dari penulisan Puan Suraya Ali di Facebook beliau. Link FB beliau di sini.

———-

“Abang, ni Sue dah pindahkan mental load Sue ke dalam bentuk tindakan. Dua kali mereka kerja. Dua kali pahala. Belum apa-apa dah demand 

Songket/sampin 7.
Kain pelikat dah basuh 8. Kain pelikat tak buka lagi masih dalam kotak 7.
Seluar baju melayu 5.
Seluar kerja 14.
Seluar tidur 3. Sukan 10. Tidur lagi kerap dari bersukan. Seluar hijau 4, seluar coklat 10. Nampak macam selalu guna yang tertentu aja.
Seluar pendek seluar apa lagi ni.

Jadi sekarang abang kena pilih mana nak buang. “

Menarik kan kalau dapat simpan seluar dan kain/skirt dalam bekas macamni. Satu slot ada 7 bahagian jadi kalau ada 10 bekas ni maknanya kita ada 70 seluar? BANYAKNYA!

Sis Min

Ini perkongsian Puan Suraya Ali dalam hantaran yang seterusnya di FB beliau.

Cara Simpan Seluar Dalam Almari

Lepas siap kemas seluar encik suami tu, saya tertidur. Punyalah berat emosi yang kami tanggung hahaha.
.
.
Pagi tadi saya terjaga 4.30 pagi terus bersiap ke training di KL. Pukul 2 petang sampai rumah – panggil Alya gula-gulakan dia dengan janji manis nak belikan itu ini kalau dia tolong Mommy mengemas.
Masa ni dia minta bulan bintang pun boleh.
.
.
Tapi memang siaplah dia kemaskan. Seluar ayah dia pun dia lah kemaskan.
Satgi dia asingkan mana seluar bunga, mana seluar hitam, mana skirt, dua bekas je dah seluar pi gym.
Sambil tu dia komen la warna biru muda ada sehelai ja, hijau ada la dua helai. Paling banyak hitam, brown, dark blue, kelabu.
Ada juga dia sound – seluar kalau tak pernah pakai tapi simpan bukanlah seluar favourite. Lagipun favourite tu satu aja bukan 28 
.
.
Saya minta la dia diam ja sambil mengemas. Dia kata dah memang pakej lagipun masa deal tu tak kata nak yang senyap tak banyak komen 
.
.
Ada sehelai tak muat nak masuk bekas dia kata “Malamni Mommy pakai seluar ni.”
Eh dia pula beri arahan hahaha.
.
.
Saya tak tau nak kurangkan tang mana. Maybe tak beli baru sampai bila bila – macam terlalu optimis kan? Atau kena buat macam baju tu. Seluar tak pakai dalam tempoh 6 bulan kena letgo.

Yang paling baru beli seluar merah tu nak pakai masa CNY  apalah kami nak update kat page Minimalisu kami ni. 

Bila dah susun macamni barulah kita nampak kenapa kita ada seluar hitam sampai 30 kan? Kadang tu yang tak muat pun masih simpan hanya kerana sebuah kenangan!

Cara simpan tudung dalam almari
Cara simpan telekung dalam almari

Jika sis mencari juga bekas macam Puan Suraya guna ni, boleh klik di link Shopee ini.

Nak cari idea tudung Aidilfitri 2023 boleh lihat di sini.

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

2 days ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

2 weeks ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

3 weeks ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

4 weeks ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

1 month ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

1 month ago