cara jual barang di tiktok
Media sosial, Pendidikan, Perniagaan, Usahawan

CARA JUAL BARANG DI TIKTOK: PANDUAN MUDAH UNTUK PENIAGA

cara jual barang di tiktok
Sumber: OH BULAN

Cara jual barang di TikTok semakin menjadi perhatian usahawan kecil dan besar di Malaysia. Dengan populariti aplikasi ini yang semakin meningkat, TikTok bukan sahaja digunakan untuk hiburan, tetapi juga menjadi platform pemasaran dan jualan yang sangat berkesan.

Apa yang menarik, TikTok menyediakan sistem khas iaitu TikTok Seller Centre yang membolehkan usahawan mendaftar kedai mereka, memuat naik produk, dan mula menjual terus kepada pengguna. Melalui artikel ini, Cik Min akan menerangkan secara terperinci cara-cara mendaftar di TikTok Seller Centre.

MENGAPA BERNIAGA DI TIKTOK?

Sebelum kita masuk ke bahagian teknikal, mari kita lihat dulu kenapa ramai usahawan memilih TikTok sebagai platform jualan. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia, termasuk jutaan pengguna di Malaysia. Dengan jumlah yang besar ini, peluang untuk produk anda dikenali jauh lebih tinggi.

Lagi menarik, konten di TikTok sangat mudah tular kerana video kreatif yang dimuat naik, walaupun dari akaun baru, berpotensi capai ribuan tontonan. Selain itu, fungsi TikTok Shop yang tersedia membolehkan produk anda dipamerkan terus dalam video atau sesi live tanpa perlu pelanggan keluar dari aplikasi. Bukan itu sahaja, kos untuk memasarkan produk juga tidaklah tinggi, jadi sesuai untuk usahawan kecil yang baru bermula.

Dengan semua kelebihan ini, tidak hairanlah semakin ramai yang ingin tahu cara menjual barang di TikTok dengan betul.

PANDUAN LENGKAP CARA JUAL BARANG DI TIKTOK.

cara jual barang di tiktok

Mari Cik Min kongsikan cara jual barang di tiktok, anda perlu mendaftar melalui laman rasmi TikTok Seller Centre. Pertama sekali, pergi ke https://seller.tiktokglobalshop.com.

cara jual barang di tiktok

Cara jual barang di tiktok yang kedua adalah anda perlu memilih jenis akaun. Jika anda berniaga secara kecil-kecilan sebagai individu, cukup dengan menggunakan kad pengenalan. Tetapi jika anda mewakili sebuah syarikat, anda perlu sediakan dokumen perniagaan seperti SSM dan juga akaun bank syarikat.

Cara jual barang di tiktok yang seterusnya adalah lengkapkan maklumat kedai anda. Masukkan nama kedai, alamat, nombor telefon dan juga maklumat akaun bank yang akan digunakan untuk menerima pembayaran. Pastikan semua maklumat ini tepat supaya tiada masalah bila transaksi dijalankan nanti.

Kemudian, anda perlu memuat naik dokumen sokongan. Bagi individu, hanya perlu salinan kad pengenalan depan dan belakang. Bagi syarikat pula, dokumen seperti sijil SSM, lesen perniagaan dan kad pengenalan pemilik syarikat diperlukan. Biasanya proses semakan ini mengambil masa satu hingga tiga hari bekerja sebelum akaun anda diluluskan.

Apabila akaun sudah disahkan, barulah anda boleh mula menambah produk. Klik pada pilihan Add Product dan isikan maklumat lengkap seperti nama produk, kategori, harga, stok dan variasi. Jangan lupa untuk memuat naik gambar yang jelas dan menarik kerana ini sangat mempengaruhi minat pelanggan.

Cara jual barang di TikTok adalah pastikan anda menulis deskripsi yang padat tetapi meyakinkan supaya pelanggan lebih mudah memahami kelebihan produk anda.

Cara jual barang di TikTok yang terakhir ialah menghubungkan produk dengan video TikTok. Caranya mudah sahaja, rakam video promosi produk anda, kemudian sebelum menyiarkan, klik ikon beg kuning yang ada di bahagian bawah. Dari situ, pilih produk yang sudah anda daftarkan dalam Seller Centre. Setelah video diterbitkan, penonton boleh terus klik pada pautan produk dan membuat pembelian dengan segera.

USAHAWAN MALAYSIA YANG MENJUAL BARANG DI TIKTOK.

Ramai usahawan di Malaysia telah membuktikan bahawa TikTok boleh menjadi medium jualan yang sangat hebat. Antaranya, Khairul Aming yang terkenal dengan produk Sambal Nyet menjadikan TikTok sebagai platform utama untuk promosi. Begitu juga dengan Tya Arifin, pengasas jamu moden Mutyara, yang aktif memasarkan produknya melalui video dan sesi live.

Jenama fesyen Muslimah Bella Ammara turut menggunakan TikTok untuk memperkenalkan koleksi terkini sambil membuat jualan secara langsung. Tidak ketinggalan, Alha Alfa, seorang jurusolek dan usahawan kosmetik, menggunakan platform ini untuk berkongsi demo solekan bagi produk kosmetiknya.

Malah, ramai juga peniaga makanan ringan tempatan seperti kerepek, kuih dan makanan viral semakin yakin memanfaatkan TikTok untuk memperluaskan pasaran. Kisah-kisah kejayaan ini menjadi inspirasi kepada usahawan lain untuk mula mengambil peluang berniaga di TikTok dengan lebih serius.

TIPS PENTING UNTUK BERJAYA MENJUAL BARANG DI TIKTOK.

Kalau nak berjaya menjual di TikTok, anda perlu kreatif dalam menghasilkan video. Pastikan video yang dibuat pendek, menghiburkan, dan mudah difahami. Jangan lupa ikut trend semasa seperti lagu popular, hashtag yang tengah viral, atau gaya penyampaian yang sedang hangat di TikTok.

Selain itu, konsistensi sangat penting. Usahawan yang berjaya biasanya ada jadual posting yang tetap supaya penonton sentiasa ternanti-nanti konten baru mereka. Anda juga boleh manfaatkan fungsi TikTok Live untuk berinteraksi secara langsung dengan bakal pembeli, kerana cara ini lebih berkesan untuk meyakinkan mereka.

Jika ada bajet lebih, gunakanlah iklan berbayar di TikTok. Ia membantu produk anda sampai kepada lebih ramai orang dengan lebih cepat. Cara ini bukan sahaja meningkatkan capaian, tetapi juga membina kepercayaan pelanggan terhadap jenama anda.

Sumber: TikTok

TIKTOK SEBAGAI PLATFORM JUALAN MASA KINI

Secara ringkasnya, cara jual barang di TikTok bermula dengan mendaftar di TikTok Seller Centre, memilih jenis akaun yang sesuai (individu atau syarikat), mengisi maklumat perniagaan, memuat naik dokumen sokongan, menambah produk ke dalam kedai, dan seterusnya menghubungkan produk dengan video promosi.

Platform ini bukan sahaja memudahkan penjual untuk membuka kedai dalam talian, malah memberi peluang besar untuk produk anda dikenali lebih ramai orang. Namun, kejayaan tidak hanya bergantung pada pendaftaran, tetapi juga pada kreativiti dan konsistensi anda dalam menghasilkan konten yang menarik.

Oleh itu, jika anda benar-benar ingin serius, jangan hanya berhenti pada pendaftaran. Dalami lebih banyak strategi pemasaran digital dan cara jual barang di TikTok melalui kelas atau bimbingan daripada pakar.

Bagi usahawan baru, ini adalah peluang emas untuk membina jenama anda di platform yang sedang pesat berkembang. Jangan tunggu lama, kerana pesaing anda mungkin sudah pun mula menjual di TikTok Shop.

Jika anda rasa artikel ini membantu tetapi masih perlukan bimbingan praktikal, anda boleh terus follow Coach Suraya Ali di TikTok melalui pautan ini 👉 coachsurayaali. Selain itu, untuk anda yang mahu belajar dengan lebih sistematik, sertai kelas online TikTok for Business bersama Lunaworks.

Kelas ini akan membantu anda dari A–Z dalam menguasai teknik pemasaran dan jualan di TikTok.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “CARA JUAL BARANG DI TIKTOK: CARA MUDAH BAGI PENIAGA”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *