Masakan

Cara Elak Mata Pedih ketika Potong Bawang

Setiap kali nak kupas dan potong bawang saja, mulalah mata nak berair. Jadi, artikel kali ini Sis Min nak kongsikan cara elak mata pedih ketika potong bawang. Kalau nak masak dengan menggunakan bawang yang banyak pun sudah tidak menjadi masalah dengan adanya tips yang Sis Min kongsikan ini.

Nak tahu apa caranya? Mari teruskan membaca perkongsian ini bagi mengetahui cara mengelakkan mata berair semasa memotong bawang. Segala maklumat berkaitan tips ini, Sis Min dapatkan daripada YouTube SinarPlus dan Rasa.

Cara Elak Mata Pedih ketika Potong Bawang

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan pedih mata semasa memotong bawang.

#1 Rendam

Rendam bawang yang telah dikupas ke dalam satu bekas yang berisi air. Biarkan ia dalam beberapa minit. Kemudian potong bawang seperti biasa.

#2 Sejukkan | Cara Elak Mata Pedih ketika Potong Bawang

Sejukkan bawang yang ingin digunakan ke dalam peti ais sebelum dikupas dalam beberapa minit. Kemudian, kupas kulit dan potong bawang seperti biasa.

#3 Tidak Memotong Akar

Elak memotong akar semasa mengupas. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat getah pada akar yang menyebabkan mata berasa pedih dan berair. Sebaiknya, kupas kulit bawang terlebih dahulu dan diakhiri dengan memotong akar.

#4 Kupas dalam Air

Sediakan bekas yang berisi air dan kupas bawang dalam bekas tersebut. Perkara ini dapat mengurangkan rasa pedih mata. Boleh tengok cara tersebut di sini.

#5 Air Mengalir

Mengupas dan memotong bawang di bawah air mengalir. Misalnya, mengupas dan memotong di bawah paip yang mengalir air. Perkara ini dipercayai akan menghilangkan bahan kimia pada bawang yang menyebabkan mata pedih.

#6 Pisau Tajam | Cara Elak Mata Pedih ketika Potong Bawang

Pastikan pisau yang digunakan untuk mengupas dan memotong bawang adalah tajam. Hal ini dikatakan demikian kerana, pisau tajam dapat mengurangkan pelepasan bahan kimia yang menyebabkan mata pedih berbanding pisau tumpul.

#7 Tempat Terbuka

Kupas dan potong bawang di tempat yang terbuka. Misalnya, di luar rumah. Kebiasaannya, jika ada apa-apa majlis, ibu-ibu akan merewang dengan mengupas dan memotong bawang di tempat terbuka. Jadi, perkara ini adalah salah satu petua yang diamalkan untuk mengelakkan mata berair semasa mengupas dan memotong bawang.

Sekarang, anda sudah pun tahu petua untuk elak mata berair semasa mengupas dan memotong bawang. Jadi, anda boleh pilih cara yang mudah untuk anda lakukan. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Kepada yang Minat Memasak Tapi Malas Nak Basuh Periuk Kuali Besar-besar, Dapatkan Sahaja Mini Multicooker Pot Ini!

Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

22 hours ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

2 weeks ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! đŸ’•Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

3 weeks ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

4 weeks ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

1 month ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

1 month ago