Fesyen

Tips Tudung Terletak Elok & On Point Ikut Bentuk Muka

Pagi raya merupakan waktu struggle untuk wanita berhijab. Mood raya boleh musnah hanya disebabkan tudung yang tak terletak elok tau! Bukan itu sahaja, kadang time pagi raya sudah terletak elok tudungnya… Tapi, sampai sahaja nak beraya ke rumah yang ketiga, tudung pun seperti ditiup angin taufan! Tapi jangan risau, sebab Sis Min faham sangat perasaan tertekan disebabkan tudung ni. Jadi, hari ini Sis Min ingin kongsikan tips tudung terletak elok dan sentiasa on point sepanjang hari!

Tips Tudung Terletak Elok Mengikut Bentuk Muka

Setiap individu mempunyai bentuk muka yang berbeza. Ada yang tirus, lonjong dan ada juga berpipi tembam. Setiap bentuk muka ini, mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri jika pandai menggayakan tudung.

1. Bentuk Muka Bujur

Jika muka berbentuk bujur, anda mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung! Anda boleh menggayakan selendang atau tudung bawal. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, ketinggian kening dan panjang dagu yang seimbang.

2. Bentuk Muka Bulat

Bentuk muka bulat bercirikan jarak dahi ke dagu yang sama dengan jarak kedua pelipis, serta tulang rahang yang “tertimbun” pada bahagian pipi.

Jika wajah anda berbentuk bulat dan gemar memakai tudung awning, pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi, untuk mengelakkan wajah anda daripada tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika awning tersebut pendek, ia akan menonjolkan pipi tembam anda tau…

Jika anda memakai selendang, pastikan selendang tersebut tidak dililit terlalu ketat, untuk mengelakkan bentuk wajah bulat anda kelihatan lebih jelas. Anda boleh mencuba tips tudung terletak elok ini dengan memakai selendang sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung, berdekatan dengan tulang pipi. Juga, bentukkan sedikit bahagian atas selendang agar tidak melekap pada dahi.

3. Bentuk Muka Segi Tiga atau Hati | Tips Tudung Terletak Elok Mengikut Bentuk Muka

Wajah berbentuk segi tiga atau hati ini, bercirikan dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar berbanding pangkal rahang.

Jika wajah anda berbentuk seperti ini, anda sesuai memakai selendang dengan gaya pintalan atau gaya sanggul, kerana rahang anda akan kelihatan lebih terbuka!

4. Bentuk Muka Petak

Jika bentuk muka anda ialah petak, wajah anda bercirikan pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar, serta kawasan dagu yang kelihatan rata. Jadi, fokus utama anda apabila memakai tudung ialah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol tersebut. Hal ini akan memastikan tudung anda sentiasa on point!

Anda juga boleh menggayakan selendang dengan memastikan bahagian bawah dagu ditutup. Inner neck boleh digunakan untuk menutup bahagian ini. Selain itu, elakkan daripada memakai selendang dengan gaya ikatan di belakang tengkuk atau gaya turban, agar bahagian rahang dan dahi anda tidak kelihatan terlalu jelas.

Jadi, kenal pasti bentuk wajah anda dahulu, kemudian bolehlah mula memilih gaya tudung yang sesuai dengan bentuk wajah! Semoga tips tudung terletak elok yang dikongsikan ini dapat membantu wanita berhijab untuk memastikan tudung sentiasa on point sepanjang hari!

Sumber: Hijabista

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

2 weeks ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

4 weeks ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

1 month ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

1 month ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

2 months ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 months ago