Pendidikan

Tips Berbelanja untuk Hari Raya

Beberapa hari lagi, kita bakal menyambut bulan Ramadan. Namun, ada dalam kalangan kita yang membuat persiapan Hari Raya sebulan lebih awal. Tak salah pun membuat persiapan raya awal… Ini boleh memudahkan anda untuk mengenal pasti barang-barang lain yang masih belum dibeli. Jadi, hari ini Sis Min ingin kongsikan tips berbelanja untuk hari raya supaya kita tak over budget.

Tips ini dikongsikan oleh seorang gadis di Facebook miliknya.

1. Buat belanjawan | Tips Berbelanja

Jangan ingat sesebuah negara saja kena bentang belanjawan (budget), tapi kita sendiri juga kena atur peruntukan yang diperlukan bagi setiap benda. Apabila anda sudah ada peruntukan, lagi mudah untuk anda berbelanja mengikut belanjawan yang sedia ada.

2. Duit raya

Apa makna hari raya tanpa duit raya? Anda sudah boleh kira siap-siap jumlah duit yang anda ingin beri untuk setiap seorang. Untuk memudahkan lagi, anda boleh masukkan duit tersebut ke dalam sampul duit raya. Jadi, hari raya nanti boleh terus bagi saja.

(Tips tambahan: Pastikan anda sediakan duit raya lebih! Kerana anda mungkin akan terlupa beberapa orang anak buah yang lain, atau mungkin ada ahli keluarga anda yang membawa ahli keluarga baru).

3. Tak perlu nak tukar semua | Tips berbelanja

Tiba saja musim raya, pasti ada yang mempunyai nafsu nak tukar daripada sekecil-kecil benda di dalam rumah, sampailah ke sofa dan perabot-perabot besar. Tak perlu pun tukar semua benda kepada yang baru. Mana yang masih elok digunakan, digalakkan untuk guna itu saja. Langsir pun guna sahaja langsir tahun lepas. Yang penting anda basuh langsir tersebut!

4. Utamakan yang utama

Paling penting apabila tiba musim raya ialah, pastikan kereta anda diselenggara (service). Jangan barang-barang di rumah sahaja tukar, tapi kereta anda tidak diselenggara. Tayar dah botak pun tak tukar! Jangan bahayakan keselamatan anda dan pemandu lain yang ingin pulang beraya bersama orang tersayang ya…

5. Jangan membazir

Apabila tiba musim raya, sudah pasti pelbagai jenis juadah kita nak sediakan, seperti ketupat, rendang, lontong, kuah kacang dan sebagainya. Namun, diingatkan supaya tidak menyediakan makanan terlampau berlebihan. Pastikan kuantiti yang dimasak tidak terlalu banyak sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran.

Jadi, berpada-padalah menyambut hari raya. Jangan terlampau gembira sehingga tidak sedar duit dalam bank sudah tiada ya! Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. Sis Min berharap tips berbelanja untuk hari raya ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat menyambut bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

8 hours ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago