Salah satu rutin harian penjagaan kulit wajah adalah memakai toner. Toner berfungsi untuk memberikan kesegaran pada wajah di samping membersihkan kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Toner boleh digunakan dengan pelbagai cara. Oleh itu, kali ini Sis Min nak kongsikan teknik menggunakan toner dengan betul supaya anda dapat kulit yang diidamkan.
Segala maklumat berkaitan cara menggunakan penyegar wajah ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Hijabista dan YouTube Glowwe.
Toner selalunya dipakai selepas mencuci kulit wajah dan diikuti dengan moisturizer. Ramai yang tahu bahawa toner berperanan untuk menyegarkan kulit wajah. Namun, ada banyak lagi fungsi toner yang masih ramai orang tidak tahu.
Cara menggunakan toner dengan betul ini Sis Min ambil daripada YouTube Glowwe. Sesiapa yang suka mendengar tips berkaitan kecantikan pasti kenal perunding imej ini, iaitu Puan Mary. Sis Min dari zaman belajar di universiti lagi suka mendengar segala tips daripadanya. Cuma, rajin dengan malas je nak buat. Bila dah makin dewasa ni, Sis Min rasa nak mula rajinkan diri untuk menjaga kecantikan kulit. Mari pembaca blog Sis Rasa, kita bersama-sama menjaga kulit dan kecantikan!
Antara teknik yang diajarkan oleh Puan Mary adalah seperti berikut:
Ramai yang biasa menggunakan kapas muka apabila memakai toner. Namun, bukan semua toner sesuai dengan teknik ini. Puan Mary berkata, teknik ini sesuai untuk toner yang bersifat hydrating. Contohnya, Simple Soothing Facial Toner.
Toner perlu dituang ke atas kapas muka dan sapu secara menyeluruh ke wajah dan leher. Penggunaan toner mengikut teknik menggunakan kapas muka ini dapat membersihkan kekotoran yang tersisa pada kulit wajah selepas mencuci muka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membersihkan kulit wajah.
Teknik yang seterusnya ialah menggunakan tapak tangan. Puan Mary mengingatkan supaya menggunakan toner yang bersifat hydrating atau soothing yang tidak mengandungi alkohol, AHA atau BHA.
Letakkan toner ke atas tapak tangan, gosok tapak tangan dan sapu ke wajah dengan teknik “dab” atau menepuk wajah. Teknik ini bertujuan untuk menghidrat kulit dan bukannya untuk membersihkan kulit.
Tapak tangan mempunyai haba yang membantu toner untuk meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat.
Teknik menggunakan toner dengan betul yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai mask. Letakkan toner pada kapas muka sehingga basah di kedua-dua bahagian. Kemudian, pisahkan kapas tersebut sehingga nipis kepada dua bahagian. Seterusnya, letakkan kapas tersebut ke atas kulit wajah yang kering. Biarkan dalam 15 minit.
Teknik ini sesuai dilakukan apabila kulit mengalami kekeringan di sebahagian kecil kulit wajah. Oleh itu, toner yang sesuai digunakan adalah bersifat melembapkan (hydrating).
Teknik yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai facial mist. Gunakan botol spray yang kecil seperti botol face mist supaya mudah dibawa ke mana-mana.
Masukkan toner yang bersifat hydrating separuh botol kecil face mist. Kemudian, tambahkan air bertapis separuh botol kecil face mist. Nisbah yang boleh digunakan ialah 50:50. Jika kulit masih kering, lebihkan sahaja toner berbanding air.
Goncang botol face mist yang sudah dicampur toner dengan air bertapis. Kemudian, semburkan pada wajah anda jika wajah terasa kering.
Teknik menggunakan toner dengan betul yang terakhir ialah membilas wajah dengan menggunakan air dan hydrating toner. Masukkan air ke dalam besen kecil sebanyak 250 ml dan campurkan sedikit toner.
Teknik ini amat sesuai untuk kulit yang mengalami kekeringan walaupun selepas mencuci wajah. Jadi, teknik ini dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit wajah.
Duduk di Malaysia yang beriklim panas dan kering sepanjang tahun, sememangnya boleh mengeringkan kulit wajah. Oleh itu, perkongsian yang telah diberikan ini diharapkan dapat membantu anda untuk menjaga kecantikan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…