Anda pernah dengar mengenai Sindrom Tourette? Mungkin ada juga yang biasa dengan perkataan tics (tik) ini. Populasi masyarakat di Malaysia yang mengalami Sindrom Tourette ini sekitar 0.3 hingga 1.0%. Ini apa yang diberitahu oleh pakar melalui akhbar Bernama. Sememangnya penyakit ini tidak begitu meluas. Namun, tanda dan kesan Sindrom Tourette ini perlu diketahui oleh ramai orang. Hal ini supaya masyarakat dapat mengetahui secara umumnya mengenai sindrom ini.
Berdasarkan peratus yang mengalami Sindrom Tourette ini, dapat disimpulkan bahawa penyakit ini merupakan penyakit rare di Malaysia. Hal ini sebagaimana yang berlaku pada Faiz dan Tia yang merupakan pesakit Sindrom Tourette. Anda boleh tonton video mengenai pesakit ini di Facebook ini.
Tahukah anda bahawa Billie Eilish yang merupakan penyanyi terkenal turut menghidap Sindrom Tourette ini? Boleh baca lebih lanjut di sini.
Mempunyai tiga jenis tik, iaitu motor tics, vocal tics dan complex vocal tics. Motor tics dan vocal tics merupakan gejala yang dialami oleh Tia sepertimana yang dikatakan dalam Facebook.
Menurut Dr. Ahmad Shahir Mawardi menerusi akhbar Bernama, beliau mengatakan Sindrom Tourette ini adalah sejenis penyakit neurologi. Penyakit ini selalunya bermula dengan gejala tik (tics). Tik yang dimaksudkan ialah pergerakan dan suara yang berlaku secara tiba-tiba dan berulang-ulang. Tik ini juga adalah pergerakan yang melibatkan anggota badan dan tidak boleh dikawal. Ianya berlaku sekejap pada peringkat awal dan boleh menjadi semakin teruk.
Jenis tik ini melibatkan pergerakan badan seperti mengedipkan mata, mengangguk, menggeleng, menggerakkan bahu, menggerak-gerakkan mulut, membaling objek, dan sebagainya.
Vocal tics ini merujuk kepada penghasilan bunyi suara yang berulang daripada pesakit. Misalnya, berdehem, batuk, menjerit, menyanyi dan sebagainya. Sebagai contoh, seseorang tersedu dan tidak boleh mengawalnya. Tetapi berdasarkan The Asian Parent, bunyi yang dihasilkan oleh pesakit Sindrom Tourette, bukannya dalam kategori melatah.
Pesakit akan mengulangi perkataan yang disebutnya atau orang lain. Pesakit juga berkemungkinan besar akan menyebut perkataan kasar seperti cacian dan makian. Jadi, masyarakat akan menganggap pesakit Sindrom Tourette ini hanya palsu dan biadap kerana mengeluarkan kata-kata tidak elok.
Menurut Dr. Ahmad Shahir Mawardi mengatakan bahawa kebiasaannya, pesakit Sindrom Tourette ini turut mengalami masalah kesihatan mental yang lain. Misalnya, gangguan keresahan (anxiety), sindrom kurang daya tumpuan (ADHD), gangguan hiperaktif, dan gangguan obsesif kompulsif (OCD).
Tambahnya lagi, pesakit Sindrom Tourette masih boleh mengawal tik dalam tempoh masa tertentu. Tetapi, perkara ini akan membuatkan dirinya bertambah tidak selesa.
Menurut Malaysia Hari Ini (MHI), walaupun Sindrom Tourette ini hanya menyerang sesekali, tetapi ianya masih memberikan kesan kepada pesakit. Sebagai contoh, membahayakan diri sendiri. Hal ini kerana, pesakit tidak menyedari perbuatan yang dilakukan sewaktu tik menyerang. Misalnya, memukul diri sendiri.
Dr. Ahmad Shahir Mawardi menegaskan bahawa Sindrom Tourette bukan berpunca daripada keturunan dan punca penyakit ini masih belum dikenal pasti. Oleh hal yang demikian, rawatan secara khusus juga masih belum ditemui. Namun, ada beberapa rawatan yang boleh digunakan bagi mengawal gejala Sindrom Tourette yang berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
Jika gejala yang dialami pesakit semakin parah, ubat-ubatan akan diberikan. Ubat tersebut ialah haloperidol, pimozide, dan aripiprazole yang telah diluluskan oleh FDA (Food and Drug Administration). Sumber – Bernama.
Jika pesakit mengalami masalah lain seperti yang dinyatakan (OCD, ADHD, anxiety dan sebagainya) perlu berjumpa dengan ahli psikologi. Pesakit akan diberikan rawatan bagi mengatasi penyakit ini. Misalnya, terapi perilaku kognitif. Boleh baca lebih lanjut di sini.
Dr. Ahmad Shahir Mawardi mengatakan rawatan ini bagi pesakit yang sangat parah tetapi rawatan ini jarang berlaku. Rawatan ini akan dipasang perentak pada bahagian otak pesakit.
Pesakit Sindrom Tourette ini sering dimalukan, dibuli, dan diejek kerana serangan tik yang dialaminya itu dikatakan seperti kurang ajar. Hal ini kerana, pesakit mengucapkan perkataan kesat. Sedangkan, mereka yang menghidap Sindrom Tourette ini langsung tidak menyedari perbuatan tersebut.
Oleh itu, Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada masyarakat mengenai Sindrom Tourette. Hal ini kerana, jika ramai yang sedar mengenai penyakit ini, maka tanggapan negatif masyarakat terhadap pesakit ini akan berkurang.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…