Suami mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyara keluarga. Suami merupakan insan yang membanting tulang empat keratnya untuk memberi nafkah kepada keluarga. Baru-baru ini, Sis Min ada terbaca satu hantaran daripada Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook yang mengatakan bahawa suami stress pendapatan isteri lebih tinggi. Sama ada kenyataan ini betul atau tidak, mari teruskan membaca.
Terdapat sebuah kajian yang dilakukan tentang pendapatan sesama suami dan isteri. Pertama, suami kurang stress. Kedua, suami akan gelisah, dan yang ketiga, suami sangat stress.
Suami akan kurang stress sekiranya isteri juga bekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendapatan isteri adalah 40% daripada jumlah keseluruhan pendapatan keluarga, dapat mengurangkan sedikit beban suami. Ini menyebabkan suami kurang stress apabila isteri bekerja dan mempunyai pendapatan. Misalnya, suami berpendapatan RM3,000 dan isteri berpendapatan RM2,000.
Suami akan kurang selesa dan mula gelisah sekiranya pendapatan isteri lebih daripada 40% daripada jumlah pendapatan keluarga. Sebagai contoh, pendapatan suami RM3,000 dan isteri juga berpendapatan yang sama, iaitu RM3,000. Hal ini menyebabkan suami gelisah terhadap pendapatan isteri kerana sama dengan pendapatannya.
Suami stress jika income isteri lebih daripadanya sekiranya tanggungan keluarga bergantung kepada pendapatan isteri. Ini bermakna pendapatan isteri lebih 40% daripada jumlah pendapatan keluarga. Misalnya, suami hanya berpendapatan sebanyak RM3,000, tetapi isteri berpendapatan sebanyak RM10,000.
Walau bagaimanapun, kajian tersebut mendapat bantahan daripada netizen, terutama yang sudah bergelar suami dan isteri.
“Tapi min, ada je laki taguna yang jadi biawak hidup…”
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di laman Facebook ini tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh PHM.
Walaupun ramai yang meninggalkan respon yang negatif, namun ada juga yang memberikan respon positif terhadap kajian “Suami Stress Pendapatan Isteri Lebih Tinggi.”
Kajian tersebut sebenarnya dijalankan di Amerika, mungkin sebab itulah netizen Malaysia tidak bersetuju atas kenyataan yang dikongsikan oleh PHM tersebut. Anda boleh baca kajian tersebut di sini.
Bagi Sis Min, pendapatan isteri atau suami itu bukanlah menjadi perkara penting dalam rumah tangga. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebahagian rumah tangga itu bukanlah terletak pada gaji semata-mata. Tetapi, tanggungjawab terhadap peranan masing-masing sebagai suami dan isteri itulah yang menjadi perkara utama untuk menggapai kebahagiaan.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…
Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…
Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…