Anda dah bersedia untuk menyambut bulan yang mulia? Setiap tahun menjelangnya Ramadan, pasti ada pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di televisyen. Sis Min yakin ramai yang ternanti-nantikan rancangan menarik sempena Ramadan tahun ini pula. Jom Sis Min senaraikan rancangan menarik sempena Ramadan kali ini!
Drama ini sering menjadi sebutan orang ramai setiap kali musim baharu dikeluarkan di televisyen. Drama bersiri karya Siti Rosmizah dan arahan pengarah Jamal Khan ini dilakonkan oleh pelakon kegemaran ramai, iaitu Shukri Yahaya & Siti Saleha. Drama ini akan ditayangkan di slot Akasia TV3 sebanyak 35 episod, bermula 1 April ini. Pasti ramai yang tak sabar nak tonton drama fenomena ini!
Hari: Setiap hari
Masa: 7.00 P.M.
Episod: 35 episod
Drama bersiri komedi yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua, sudah pun ditayangkan pada 29 Mac yang lalu. Drama ini mengisahkan Mak Tun (Liza Abdullah) yang cepat melatah dan membuat andaian tanpa usul periksa. Mak Tun beranggapan suaminya (Kazar Saisi) menghidap kanser dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidup. Jangan lupa untuk tonton drama komedi ini di TV9.
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 8.30 P.M.
Episod: 28 episod
Drama bersiri yang dilakonkan oleh Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad ini bakal ditayangkan pada 18 April ini. Drama ini mengisahkan pengkhianatan yang berlaku antara dua adik-beradik yang sangat rapat kerana adiknya telah jatuh cinta terhadap suami kakaknya. Bagaimanakah kesudahan adik-beradik ini? Jangan lupa saksikan di slot Samarinda TV3.
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 10.00 P.M.
Episod: 15 episod
Tanyalah Ustaz Seikhlas Hati akan memaparkan kompilasi episod-episod terbaik Tanyalah Ustaz edisi Ramadan. Jom saksikan rancangan ini di TV3 dan TV9. Dapatlah kita menambah ilmu sepanjang bulan yang mulia ini!
Hari: Setiap hari
Masa: 6.30 A.M.
Sambil bersahur, sambil itu bolehlah layan program bual bicara yang bakal ditayangkan di TV3. Program bual bicara ini dihoskan oleh Haziq Hussni, Fatin Hamimah, Fadzly Fuad dan Dayah Bakar. Pelbagai topik yang akan dibincangkan berkaitan Ramadan dan raya, inisiatif amal dalam segmen Singgah Sahur, serta belajar resepi baharu dan mudah dalam segmen Jom Masak bersama Cef Fikree dan Cef Naem.
Hari: Selasa – Khamis
Masa: 11.00 P.M.
Selain itu, telefilem menarik sempena Ramadan juga akan ditayangkan di Slot Skrin TV9, seperti Ramadan Tunggu Aku Datang, Seutas Tasbih Dari Madu, Calon Bini Pak Bilal, dan Mengejar Lailatulqadar.
Sis Min berharap, perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa saksikan rancangan menarik sempena Ramadan di kaca televisyen rumah anda. Selamat menyambut bulan Ramadan!
•••
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Sumber: OH BULAN Cara jual barang di TikTok semakin menjadi perhatian usahawan kecil dan besar…
Apakah Misi Sumud Nusantara? Di peringkat Asia Tenggara, Misi Sumud Nusantara digerakkan sebagai cabang daripada…
Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…
Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…
Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…
Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…