Masakan

Petua Masak Ketupat Lembut & Tahan Lama

Setiap kali hari raya tiba, pasti ramai yang teruja untuk menikmati juadah raya yang enak. Apabila sebut tentang “hari raya”, makanan utama yang timbul di pemikiran sudah semestinya ketupat! Tapi, alangkah kecewanya apabila ketupat yang disimpan untuk juadah bersama keluarga dan tetamu, mudah basi… Akhirnya, dibuang dan berlakulah pembaziran. Jadi hari ini, Sis Min akan kongsikan petua masak ketupat lembut dan tahan lama!

1. Pilih Beras dan Cuci Sebersihnya | Petua Masak Ketupat Lembut & Tahan Lama

Anda perlulah memilih beras yang elok dan berada dalam keadaan yang baik. Elakkan penggunaan beras lama. Jika ia beras lama, ketupat akan lebih cepat basi setelah dimasak.

Untuk dapatkan tekstur yang lembut pula, pastikan beras dicuci dengan bersih dan direndam selama 30 minit. Mencuci beras dengan bersih juga boleh mengelakkan ketupat daripada cepat basi, kerana kurangnya benda asing di dalam beras.

2. Daun Kelapa Segar dan Anyaman Kemas

Selain beras, daun kelapa untuk membuat ketupat juga perlu diberi perhatian. Gunakan daun kelapa muda yang segar dan bersih. Seeloknya, cuci daun kelapa terlebih dahulu! Semakin bersih bahan yang digunakan untuk membuat ketupat, semakin tahan lama ketupat tersebut tau…

Selain itu, petua masak ketupat lembut dan tahan lama ialah dengan memastikan anyaman ketupat tersebut rapat, kemas dan rapi, agar isi ketupat tidak terkeluar, serta kurang terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan ketupat tersebut lebih cepat basi.

3. Jangan Isi Beras Terlalu Penuh!

Memasukkan beras ke dalam sarung ketupat memang nampak mudah. Namun, jika terlebih isi, ketupat anda akan menjadi keras dan tidak masak. Kalau terkurang pula, ketupat akan jadi lembik dan tidak tahan lama. Jadi, anda hanya perlu mengisi 2/3 sarung ketupat sahaja!

4. Gunakan Garam, Asam Gelugur dan Limau Kasturi

Ini petua yang dikongsikan oleh orang tua zaman dahulu, untuk memastikan ketupat tahan lama dan tidak berair:

  • Garam – Taburkan sedikit garam ke dalam air rebusan semasa merebus ketupat.
  • Asam gelugur/Limau – Masukkan dua keping asam gelugur atau dua biji limau ke dalam air ketika merebus ketupat

Namun, diingatkan agar tidak meletakkan terlalu banyak sehingga menyebabkan ketupat anda terasa masin atau masam!

5. Rebus, Tos dan Gantung | Petua Masak Ketupat Lembut & Tahan Lama

Merebus ketupat merupakan langkah penting untuk memastikan ketupat anda lembut. Jom cuba petua masak ketupat lembut dan tahan lama ini:

  • Gunakan air yang sudah panas apabila merebus ketupat, agar ia lebih mudah masak dan lembut.
  • Cara moden untuk merebus ketupat dengan cepat dan lembut adalah, dengan menggunakan periuk pressure-cooker.
  • Rebus ketupat selama minimum 4 jam, agar teksturnya lembut. Namun, jangan merebus melebihi 5 jam kerana ia boleh menyebabkan ketupat terlebih masak. Tapi, diingatkan juga bahawa petua ini bergantung kepada jumlah ketupat dan saiz periuk yang anda gunakan.

Apabila selesai merebus ketupat, pastikan anda lakukan tiga perkara ini untuk memastikan ketupat tahan lama!

  1. Siram ketupat dengan air bersih untuk membuang lendir yang melekat pada daun ketupat, sekaligus membersihkan kotoran pada sisa air rebusan.
  2. Tos ketupat sehingga benar-benar kering untuk mengelakkan kelembapan pada ketupat.
  3. Gantung ketupat agar proses pengeluaran air berlebihan dalam sarung ketupat lebih cepat.

6. Simpan di Dalam Peti Beku | Petua Masak Ketupat Lembut & Tahan Lama

Jika terdapat ketupat yang belum dimakan, anda boleh simpan ketupat tersebut di dalam peti beku. Pastikan anda menyimpan di bahagian freezer, agar ia tidak mudah basi. Sebelum memasukkan ke dalam freezer, bungkus dahulu ketupat ke dalam plastik.

Apabila anda ingin memakan ketupat tersebut, hanya perlu kukus semula selama 10-15 minit. Mudah, kan?

InshaaAllah, tidak ada lagi istilah makanan terbuang dan pembaziran semasa hari raya! Dalam keseronokan menyambut hari raya, jangan pula terlalu leka sehingga berlaku perbuatan boros dan pembaziran ya… Semoga petua masak ketupat lembut dan tahan lama yang dikongsikan ini bermanfaat buat anda semua!

Sumber: MySumber.TV

Jom Bergaya Dengan Blouse Panda Eyes Ke Tempat Kerja!

Kalau anda nak kelihatan lebih menarik ke tempat kerja nanti, pakai sahaja blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

CARA JUAL BARANG DI TIKTOK: PANDUAN MUDAH UNTUK PENIAGA

Sumber: OH BULAN Cara jual barang di TikTok semakin menjadi perhatian usahawan kecil dan besar…

4 months ago

Misi Sumud Nusantara: Wanita Di Barisan Hadapan

Apakah Misi Sumud Nusantara? Di peringkat Asia Tenggara, Misi Sumud Nusantara digerakkan sebagai cabang daripada…

5 months ago

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

7 months ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

8 months ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

8 months ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

8 months ago