Kesihatan

Penyakit Kawasaki Menyerang Kanak-kanak Akibat COVID-19

Baru-baru ini, kita telah menerima satu perkhabaran tentang anak kedua Amar Bahrin dan Amyra Rosli yang dimasukkan ke dalam hospital selama lima hari, dan disahkan dijangkiti penyakit kawasaki. Jadi, pernahkah anda mendengar tentang penyakit ini?

Penyakit kawasaki merupakan satu penyakit yang menyebabkan demam berpanjangan dengan nodus limfa (kelenjar) yang membesar, kemerahan di mulut, tangan dan kaki, serta kadangkala diikuti dengan ruam juga. Penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung. Punca utama penyakit ini masih tidak diketahui, namun ia bukanlah penyakit berjangkit.

Lebih kurang 75% kanak-kanak berumur bawah 5 tahun menghidap penyakit kawasaki ini, dan kebanyakannya adalah dalam kalangan lelaki. Penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi jantung perolehan dalam kanak-kanak. Namun, kanak-kanak dapat pulih daripada penyakit ini sekiranya dirawat awal.

Tanda dan Simptom Penyakit Kawasaki

Tanda dan simptom paling kerap ialah demam panas (suhu antara 38.3-39.4°C) yang melebihi empat hari dan tidak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain yang muncul dalam masa 14 hari sejak demam bermula termasuklah:

  • Kelenjar membesar (terutamanya di leher)
  • Tangan atau tapak tangan membengkak dan menjadi kemerahan
  • Konjunktivitis (mata merah dan tidak berair)
  • Lidah merah dan bengkak
  • Ruam kulit
  • Kemerahan pada tempat suntikan BCG
  • Kulit terkupas pada hujung jari dan jari kaki selepas dua minggu

Penyakit ini boleh muncul dalam tiga peringkat, dan boleh menyebabkan masalah kepada jantung antara 10-14 hari, selepas bermulanya simptom pertama. Sesetengah pesakit akan mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sehingga hari ke-25 dijangkiti penyakit tersebut. Penyakit ini boleh berterusan sehingga lapan minggu.

Diagnosis

Anda boleh membuat diagnosis penyakit kawasaki dengan doktor anak anda yang akan menentukan berdasarkan kombinasi simptom yang ada pada anak anda.

Rawatan

Anda boleh memberikan parasetamol untuk demam, namun diingatkan, anda perlu membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa bagi mendiagnos penyakit kawasaki. Anak anda mungkin perlu ditahan di hospital untuk menerima rawatan awal disebabkan penyakit ini mempunyai risiko komplikasi yang tinggi. Pesakit akan memerlukan cecair yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi, termasuklah ubatan lain, seperti infusi IV (intravena) imunoglobulin dan aspirin.

Risiko Komplikasi Penyakit Kawasaki

Penyakit kawasaki boleh menyebabkan masalah jantung dalam kalangan 20% pesakit. Walaupun kebanyak kanak-kanak pulih sepenuhnya, masih ada kes-kes terpencil yang menyebabkan komplikasi berlaku akibat keradangan salur darah. Secara tidak langsung, dinding arteri menjadi semakin lemah dan menyebabkan aneurisme. Selain itu, membran yang menyelaputi jantung, injap dan otot jantung juga mungkin akan turut terkesan. Penyakit kawasaki semasa zaman kanak-kanak turut dikaitkan dengan risiko penyakit jantung apabila meningkat dewasa.

Sekiranya anak anda menghadapi risiko komplikasi yang serius, dapatkanlah rawatan awal dengan segera bagi mengurangkan risiko kesan jangka panjang. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber: Pengasuhan Positif

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Tips Kulit Cantik dan Mulus: Bodycare Lokal yang Wajib Anda Cuba

Siapa kata anda perlu produk antarabangsa untuk dapatkan kulit mulus dan bersinar? Sebenarnya, ramai wanita…

1 month ago

BTS Comeback 2025: ARMY Malaysia dah Ready?

Selepas bertahun menanti dengan penuh kesabaran, kini saat yang ditunggu akhirnya tiba! BTS Comeback 2025…

1 month ago

Top 5 K-Drama 2025 yang Wajib Ditonton!

Hai semua peminat drama Korea! 💕Kalau anda tengah cari drama fever terbaru untuk tahun ni,…

2 months ago

5 Tips Kecantikan Semula Jadi Guna Bahan Dapur

Hai anda yang tengah cari cara cantik tanpa perlu berbelanja besar! Kali ni, Sis Min…

2 months ago

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

2 months ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 months ago