Pendidikan

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR)

Baru-baru ini kes kemalangan maut yang melibatkan seorang murid tahun satu dilanggar van sekolah gempar di media sosial. Rata-rata netizen menyalahkan pemandu van tersebut. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa kemalangan tersebut terjadi kerana kenderaan jenis SUV seperti van dan bas mempunyai titik buta (blind spot) yang menyebabkan pemandu tidak nampak keberadaan mangsa. Oleh itu, ibu bapa, guru, murid dan juga orang awam perlulah jelas mengenai pendidikan keselamatan jalan raya sekolah rendah yang boleh diperoleh daripada laman rasmi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).

Kebanyakan maklumat berkenaan panduan keselamatan jalan raya ini, Sis Min dapatkan daripada laman rasmi PKJR dan juga beberapa perkongsian daripada Facebook.

Seramai 186,300 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun maut disebabkan kemalangan jalan raya yang berlaku setiap tahun. Ini bermaksud seramai 500 kanak-kanak mengalami kemalangan maut setiap hari.

Kenyataan yang diberikan oleh PKJR membimbangkan ibu bapa di luar sana. Oleh hal yang demikian, ibu bapa, guru, murid, dan orang awam perlulah ada kesedaran akan kepentingan keselamatan jalan raya yang dibawakan oleh Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu bapa, guru, murid dan orang awam merupakan pengguna jalan raya. Oleh hal yang demikian, perkara ini boleh dikatakan satu kewajiban bagi semua pengguna jalan raya untuk mempelajarinya.

Sumber: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Sis Min terbaca satu perkongsian oleh Dr. Kamarul Ariffin di Facebook mengenai langkah keselamatan jalan raya yang boleh diajarkan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu berpesan kepada anak-anak tentang keselamatan ketika melintas jalan raya.

Langkah Keselamatan Jalan Raya | Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR)

Mengangkat tangan

Perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin mengenai langkah keselamatan jalan raya yang mengatakan bahawa kanak-kanak di Jepun diajar untuk mengangkat tangan sewaktu melintas jalan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun mempunyai ketinggian sekitar 130 cm hingga 150 cm, sama seperti ketinggian titik buta pada bampar kenderaan jenis SUV dan bas sekolah. Sehubungan dengan itu, jika kanak-kanak mengangkat tangan ketika melintas, secara tidak langsung dapat menambah ketinggian kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat menjadikan pemandu sedar akan kewujudan kanak-kanak yang sedang melintas.

Tanggungjawab Pemandu

Pemandu van sekolah perlulah memastikan kanak-kanak yang dihantar selamat sampai ke pagar sekolah dan rumah. Hal ini juga salah satu pendidikan keselamatan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh pemandu van sekolah. Tambahan pula, sikap yang beginilah menunjukkan tanggungjawab sebagai pemandu van sekolah terhadap amanah yang diberikan oleh ibu bapa.

Dr. Kamarul Ariffin juga mengatakan bahawa amalan ini mungkin tidaklah berjaya 100%, namun sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar kes kemalangan jalan raya terutama dalam kalangan murid sekolah rendah.

Panduan Public Health Malaysia | Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR)

Public Health Malaysia juga telah memberikan panduan kepada ibu bapa mengenai keberadaan zon bahaya bagi van dan bas sekolah. Ibu bapa perlu ambil perhatian mengenai perkara ini.

Di kesempatan ini, Sis Min mewakili team Sis Rasa mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang maut dilanggar van sekolah. Semoga ahli keluarganya diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Sis Min harapkan agar artikel Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR) ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda. Pengguna jalan raya yang berhemah ialah pengguna yang bijak. Marilah sama-sama mengamalkan langkah keselamatan jalan raya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil di Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

3 days ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

4 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago