Hiburan

Park Shin Hye Kahwin – Baby Bump Kelihatan!

Baru-baru ini, berita mengenai Park Shin Hye kahwin sedang hangat diperkatakan di media sosial. Rata-rata netizen terharu dan teruja melihat perkahwinan pelakon wanita Korea popular tersebut. Park Shin Hye berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya, iaitu Choi Tae Joon yang juga merupakan seorang pelakon. Bagai pinang dibelah dua! Sama cantik dan sama padan.

Majlis perkahwinan mereka telah diadakan di sebuah gejera di Seoul dan telah dirasmikan oleh seorang menteri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan beberapa selebriti.

Rakan Selebriti yang Hadir | Park Shin Hye Kahwin

Kebanyakan selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan Park Shin Hye dan Choi Tae Joon adalah dalam kalangan penyanyi seperti Lee Hong Ki (F.T. Island), D.O (EXO), Crush, dan Lee Juck. Mereka juga turut mempersembahkan beberapa buah lagu sebagai tanda ucapan tahniah atas perkahwinan mereka.

Ada netizen yang mengatakan majlis perkahwinan mereka seperti dalam Kdrama tetapi ini lebih realiti. Hal ini dikatakan demikian kerana, lagu yang dinyanyikan oleh rakan selebriti seperti D.O dan Crush merupakan salah satu lagu daripada drama Goblin, iaitu “Beautiful”. Manakala, Lee Juck pula menyanyikan lagunya yang berjudul “I’m Fortunate”. Sungguh syahdu apabila lagu tersebut dinyanyikan di majlis perkahwinan. Sis Min dapat rasakan lagu tersebut seolah-olah mengisahkan tentang kisah cinta mereka yang murni.

Tambahan pula, penyanyi rap Korea, iaitu Zico yang juga merupakan rakan baik dengan Choi Tae Joon telah berkongsi surat yang ditulis olehnya di majlis perkahwinan tersebut. Antara mesej dalam surat tersebut adalah seperti berikut:

“If you dare to hurt Shin Hye, I will hunt you down and I will hurt you” – Zico

Sumber: Lovekpop95

Berikut merupakan senarai selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan dua mempelai ini pada 22 Januari 2022 yang lalu:

  • Kim Bum
  • Seolhyun
  • Nam Goong Min
  • IU
  • Lee Min Ho
  • Ryu Jeun Yeol
  • Kim Myung Min
  • Oh Yeon Seo
  • Uhm Ji Won
  • Hwang Chang Sung
  • Son Yeon Jae
  • Lee Sung Kyung
  • Lim Seu Long
  • Kim Hyun Woo
  • Lee Dong Hwi
  • Lee Seo Jin
  • Kim Hyun Woo

Boleh lihat senarai nama artis Korea yang hadir di sini.

Bakal Menimang Cahaya Mata

Tahniah buat pasangan pengantin ini yang turut disahkan bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi! Park Shin Hye kahwin dengan Choi Tae Joon kelihatan lebih berseri semasa majlisnya. Sis Min pasti, seri pengantin dan seri ibu mengandunglah yang membuatkan wajahnya kelihatan sungguh jelita!

Netizen juga mengatakan wajah Park Shin Hye mempunyai seri kerana tidak lama lagi akan menimang cahaya mata! Ada juga netizen yang baru tahu bahawa Park Shin Hye sedang hamil.

Berita Park Shin Hye kahwin telah mendapat pujian dan ucapan tahniah atas perkahwinan yang diadakan tersebut. Mari lihat komen netizen yang turut memperlihatkan rasa gembira atas kebahagiaan pelakon Korea ini.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Tips Susun Atur Rumah Kemas & Tenang: Rahsia Wanita Bekerja Kekal Teratur

Hai sis! Kehidupan wanita bekerja memang mencabar. Dari pejabat ke dapur, dari urusan anak-anak ke…

1 week ago

Panduan Wanita Bijak Urus Kewangan Keluarga

Dalam dunia moden kini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan isteri, malah turut memikul…

2 weeks ago

Sunburn Teruk Lepas Cuti? Ini Cara Pulihkan Kulit dengan Cepat dan Selamat

Hai anda yang baru balik bercuti! Seronok betul kalau dapat habiskan masa di pantai, pulau…

3 weeks ago

Panduan Penjagaan Kereta untuk Wanita: Jangan Tunggu Rosak Baru Servis!

Pernah tak kita pandu kereta sambil doa jangan ada bunyi pelik? Atau bau hangit keluar…

4 weeks ago

TikTok Beauty Hack 2025: Produk & Teknik Kecantikan Viral yang Wajib Anda Cuba

Tahun 2025 ternyata menjadi tahun paling exciting untuk dunia kecantikan di TikTok! Makin ramai content…

1 month ago

Makeup Local Brand yang Tengah Meletop di Malaysia 2025

Tahun 2025 ni memang tahun gemilang untuk industri kecantikan tempatan. Kalau anda masih tertanya-tanya “jenama…

1 month ago