Pendidikan

Panduan Penjagaan Kenderaan Musim Banjir – Wajib Tahu

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan banjir yang melanda beberapa negeri seperti Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Melaka. Banjir yang berlaku menyebabkan harta benda seperti rumah dan kenderaan mengalami kerosakan yang teruk. Oleh itu, dalam artikel ini, Sis Min akan berkongsi mengenai panduan penjagaan kenderaan musim banjir.

Banjir kilat yang melanda negeri Selangor seperti Klang, Shah Alam, dan Sepang mengakibatkan kira-kira 73 jalan raya terpaksa ditutup ekoran jalan yang dipenuhi air. Anda boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut. Antara jalan yang ditutup ialah Lebuhraya Shapadu, Kg. Bukit Lanchong Putra Heights, Jalan HICOM, Jalan Persekutuan, dan beberapa jalan lagi. Anda boleh baca artikel MStar bagi mendapatkan maklumat mengenai jalan-jalan yang ditutup.

Terperangkap di atas Jalan Raya

Rata-rata warga Selangor terperangkap di jalan raya yang terpaksa ditutup. Ada yang terpaksa tidur di dalam kenderaan selama satu malam dan beberapa jam kerana terkandas di atas jalan raya. Malah, ada yang terpaksa meninggalkan kenderaannya di bahu jalan untuk menyelamatkan diri. Tetapi, ada juga yang tetap memandu kenderaannya dalam keadaan jalan yang penuh dengan air. Hal ini yang menyebabkan kenderaan berhenti secara tiba-tiba dan rosak.

Ada sesiapa yang pernah terperangkap di atas jalan raya disebabkan jalan ditutup kerana banjir? Tidak kira wanita atau lelaki, semuanya berpotensi untuk terperangkap di jalan raya pada musim banjir. Oleh hal yang demikian, wanita juga perlu tahu mengenai panduan penjagaan kenderaan musim banjir ini. Hal ini supaya wanita lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada lelaki.

Sumber: New Straits Times

Panduan Menjaga Kenderaan

Banyak kenderaan yang rosak dan tersadai akibat daripada banjir kilat yang berlaku di Selangor. Oleh itu, terdapat beberapa panduan yang dikongsikan oleh Bernama menerusi laman Twitternya. Berikut merupakan panduan menjaga kenderaan apabila berlaku banjir:

Jika anda berada dalam situasi di mana banjir berlaku di atas jalan raya, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

  • Jangan panik. Tarik nafas, ikuti panduan penjagaan kenderaan musim banjir seperti dalam gambar.
  • Elakkan daripada memandu semasa banjir.
  • Alihkan kereta seeloknya ke tempat yang lebih tinggi.

Cara Selamatkan Kereta | Panduan Kenderaan Musim Banjir

Terdapat 5 cara untuk selamatkan kereta yang tenggelam semasa banjir. Tip ini Sis Min dapatkan daripada Carput. Antara cara yang diberikan adalah seperti berikut:

#1 Jangan Hidupkan Enjin Kereta

Jika enjin kenderaan dihidupkan, boleh menyebabkan lintar pintas menjadi lebih tinggi. Jadi, untuk mengurangkan risiko kerosakan kenderaan, sebaik-baiknya bawa kenderaan terus ke pusat servis/bengkel (tunda kenderaan).

#2 Semak Paras Minyak Enjin dan Gearbox

Panduan penjagaan kenderaan musim banjir yang seterusnya, anda perlu semak paras minyak enjin dan gearbox. Jika paras minyak terlalu tinggi, ini bermakna air banjir telah masuk ke dalam enjin. Oleh hal yang demikian, anda perlu lakukan flushing terhadap minyak enjin dan minyak gearbox. Anda juga perlu menggantikan coolant radiator dan minyak stereng kereta dengan minyak yang baru. Hal ini supaya enjin kereta tidak mengalami kerosakan yang teruk.

#3 Flush Petrol/Diesel Kenderaan

Kedudukan tangki minyak kereta adalah rendah. Jadi, berkemungkinan besar air banjir akan masuk ke dalam tangki minyak. Oleh itu, anda perlu membuang segala minyak dan menggantikan dengan minyak yang baru untuk elakkan sebarang risiko.

Sumber: Carput

#4 Cabut dan Keringkan Komponen Kereta | Panduan Penjagaan Kenderaan Musim Banjir

Perkara yang seterusnya yang perlu anda lakukan ialah mencabut dan keringkan komponen kereta seperti ECU (Electronic Control Unit), radio, HUD display dan infotainment.

#5 Keluarkan Air daripada Enjin

Menurut Carput, air perlu dikeluarkan daripada enjin. Walau bagaimanapun, bukan semua kenderaan sesuai mengikut cara yang sama. Misalnya, ada yang boleh dipam keluar dengan mencabut spark plug ketika enjin dihidupkan. Ada juga kereta yang tidak boleh berbuat demikian. Oleh itu, sebaiknya anda menghantar kereta ke bengkel/pusat servis.

Bukan sahaja enjin boleh rosak jika dimasuki air, malahan bateri juga boleh menjadi rosak. Hal ini dikatakan demikian kerana, air yang masuk ke dalam bateri menyebabkan komposisi elektrolit-asid dalam bateri mengalami gangguan.

Jalan Dibuka Berperingkat | Panduan Penjagaan Kenderaan Musim Banjir

20 Disember 2021, PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataannya menerusi Twitter bahawa Plaza Tol & Persimpangan Bertingkat Shah Alam dibuka semula secara berperingkat kepada laluan trafik.

Berikut merupakan tabung untuk membantu warga Klang dan Shah Alam yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku. Marilah kita bersama-sama membantu dan meringankan beban mangsa banjir.

Sumber: Twitter

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian berkenaan dengan panduan penjagaan kenderaan musim banjir pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini memberi manfaat kepada anda supaya dapat menjaga kenderaan apabila musim banjir berlaku.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil di Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

2 days ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

4 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago