Kesihatan

Menahan Bersin Sangat Bahaya, Kenapa?

Pada musim pandemik ini, apabila ada orang lain bersin berdekatan dengan kita, kita pun mulalah risau dan panik. Risau sebab tak tahu sama ada orang itu terkena atau pembawa jangkitan virus COVID-19. Kadang-kadang tu, kita sendiri pun risau nak bersin sebab takut dengan COVID-19 ni. Jadi, selalu jugalah tahan bersin kalau berdekatan dengan orang lain. Tapi tahu tak bahawa menahan bersin sangat bahaya kepada diri sendiri?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bersin merupakan hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba. Bersin mengeluarkan bahan iritasi daripada hidung. Sebagai contoh, kita menghidu bau bahan tumisan cili kering akan menyebabkan hidung tergganggu, maka terhasillah bersin.

Perasan tak bila kita bersin, kita akan rasa lega dan puas? Hal ini dikatakan demikian kerana, bersin merupakan satu anugerah daripada Allah kerana bersin dapat mengeluarkan penyakit daripada tubuh badan. Oleh itu, kita disarankan untuk mengucapkan syukur “alhamdulillah” apabila bersin. Ini menunjukkan bahawa kita amat bersyukur dengan bersin yang Allah berikan.

Segala maklumat yang berkaitan dengan bersin ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan laman web lain.

Faktor Berlaku Bersin | Menahan Bersin Sangat Bahaya

Penyebab berlakunya bersin ini boleh terjadi dalam tiga kategori, iaitu alahan, jangkitan virus, dan bahan iritasi kepada hidung.

Alahan

  • Debu
  • Debunga
  • Kulat

Jangkitan Virus

  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan

Bahan Iritasi kepada Hidung

  • Asap
  • Bau yang kuat

Kesan Menahan Bersin | Menahan Bersin Sangat Bahaya

Terdapat beberapa kesan buruk akibat perbuatan menahan bersin ini. Menahan bersin sangat bahaya kerana boleh mengakibatkan gegendang telinga pecah, saluran pernafasan pecah, dan merosakkan saluran darah. Sebagaimana dalam akhbar Harian Metro yang mengatakan seorang lelaki mengalami kerosakan saluran darah otak bengkak.

Hal ini dikatakan demikian kerana, lelaki tersebut telah menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulutnya secara rapat bagi mengawal bersin. Hal ini mengakibatkan letupan kecil pada bahagian leher terjadi. Oleh hal yang demikian, tekaknya berasa sakit, bengkak dan berlaku perubahan suara. Boleh baca lebih lanjut di sini untuk tahu apa yang berlaku pada lelaki tersebut.

Bersin melibatkan tekanan yang tinggi dan kuat berlaku di dalam dada. Jadi, sekiranya kita menahan bersin, ianya boleh mengakibatkan patah tulang rusuk dan merosakkan diafragma. Boleh tengok kesan menahan bersin seperti gambar di bawah.

Sumber: KKM – Perbuatan menahan bersin sangat bahaya.

Berdasarkan apa yang terdapat pada gambar di atas, dapatlah disimpulkan bahawa bersin itu sangatlah bahaya jika ditahan. Oleh hal yang demikian, lepaskan sahaja bersin itu, tetapi perlulah beradab ketika melepaskan bersin terutama apabila berada ditempat awam.

Adab ketika Bersin

Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya supaya menutup muka dengan tangan atau kain bersih dan mengalihkan wajah ke arah lain yang jauh daripada orang ramai atau makanan. Hal ini kerana, ketika bersin kuman akan keluar menerusinya. Kita juga disarankan supaya merendahkan suara ketika bersin agar tidak mengganggu orang lain yang berada disekeliling. Perkara ini sudah termaktub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraira RA:

“Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, Baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suara.”

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Tambahan pula, Allah lebih menyukai orang yang bersin kerana bersin mengeluarkan penyakit sebagaimana dalam hadis di bawah yang telah diambil daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan:

“Sesungguhnya, Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.”

– Riwayat Al-Bukhari (6226)

Cukup sekadar itu sahajalah perkongsian mengenai menahan bersin sangat bahaya pada hari ini. Sis Min harapkan agar kita tidaklah menahan bersin kerana bersin itu satu pemberian daripada Allah bagi mengeluarkan penyakit.

Jika kita kerap bersin dan rasa gatal pada hidung dan tekak atau selesema, silalah berjumpa doktor atau membuat ujian saringan COVID-19. Hal ini kerana, kita masih perlu berwaspada pada musim pandemik ini, kerana salah satu tanda jangkitan COVID-19 adalah selesema.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

7 hours ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago