Kesihatan

Manfaat Halba untuk Wanita yang Ramai Tak Tahu

Beberapa tahun yang lalu, pernah tular di media sosial mengenai manfaat halba sebagai petua mengurangkan berat badan. Namun, terdapat kajian yang mendapati bahawa halba bukan sahaja bagus untuk mengurangkan berat badan, malahan memberikan manfaat kepada kesihatan. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan manfaat halba untuk wanita terutama dari segi kesihatan dalaman.

Segala maklumat berkenaan dengan khasiat halba ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Hello Doktor, theAsianparent dan beberapa laman web lain.

Apa Itu Halba?

Sebelum Sis Min kupas lebih lanjut tentang manfaat yang terkandung dalam halba ini, Sis Min nak kongsikan serba ringkas tentang halba. Halba merupakan sejenis pokok rempah yang berasal dari Timur Tengah. Daunnya berwarna hijau muda dan dijadikan sebagai herba. Manakala, bijinya dijadikan sebagai rempah dalam masakan.

Manfaat Halba untuk Wanita

#1 Memudahkan Proses Menstruasi

Halba adalah bahan yang memudahkan proses menstruasi dan melegakan simptom yang berkaitan. Bagi wanita yang sering mengalami masalah senggugut, disarankan untuk mengambil air teh halba. Hal ini dikatakan demikian kerana, halba dikenali sebagai emmenagogue, di mana ia merupakan sejenis ubat yang membantu bagi melancarkan haid.

Berdasarkan laman web Hello Doktor, terdapat sebuah kajian yang mengatakan wanita yang mengalami masalah haid (senggugut), telah mengambil kapsul serbuk biji halba tiga kali sehari untuk tiga hari pertama haid selama 2 bulan. Kesannya, kesakitan akibat haid hanya berlaku dalam tempoh yang pendek dan simptom yang dialami juga berkurang.

#2 Mengurangkan Simptom Menopaus | Manfaat Halba untuk Wanita

Halba mengandungi diosgenin dan isoflavones estrogenic yang sama dengan hormon seks wanita, iaitu estrogen. Dr. Gabriel Tang Pei Yung melalui laman web Hello Doktor, mengatakan sekiranya wanita kehilangan hormon estrogen, ia boleh menyebabkan menopaus. Oleh itu, pengambilan halba dapat membantu mengurangkan simptom menopaus seperti perubahan mood, kemurungan, kekejangan, dan rasa lapar yang tidak normal.

#3 Menambah/Menggalakkan Pengeluaran Susu Badan

Berdasarkan laman web theAsianparent, halba membantu dalam penghasilan susu ibu. Sebuah penyelidikan yang dijalankan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, menunjukkan bahawa pengambilan teh halba membantu penghasilan susu badan bagi wanita yang menyusukan. Selain itu, pengambilan kapsul ekstrak halba oleh ibu yang menyusukan, dapat meningkatkan kualiti susu kerana ia mengandungi magnesium dan vitamin.

#4 Menurunkan Berat Badan | Manfaat Halba untuk Wanita

Umum mengetahui, halba digunakan sebagai petua untuk menguruskan badan. Hal ini dikatakan demikian kerana, berdasarkan laman web Root of Science, halba mampu mengurangkan rasa lapar, sekali gus mengurangkan pengambilan lemak sehingga 17%. Pengambilan halba secara konsisten mampu memberikan rasa kenyang dan mengawal daripada pengambilan kalori berlebihan yang boleh mengakibatkan kenaikan berat badan.

#5 Membantu Mengawal Diabetes

Manfaat halba untuk wanita mahupun lelaki yang seterusnya adalah membantu mengawal kencing manis. Berdasarkan laman web Hello Doktor, mengatakan bahawa terdapat sebuah kajian yang menunjukkan sekiranya biji halba ditambah dalam pemakanan pesakit diabetes, ia mampu menurunkan tahap glukosa dalam darah.

Hal ini dikatakan demikian kerana, halba mengandungi serat semula jadi (galactomannan) yang mampu memperlahankan penyerapan kadar gula dalam darah. Tambahan pula, acid amino 4-hydroxy isoleucine yang terkandung dalam biji halba ini mampu mengawal pembebasan insulin. Justeru, ia dapat membantu mengelakkan penurunan dan kenaikan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

#6 Mencegah Kanser Kolon | Manfaat Halba untuk Wanita

Halba mempunyai ciri antikarsinogenik dan mengandungi steroid diosgenin dalam pencegahan kanser usus (kolon). Tambahan pula, halba mengandungi saponin, hemiselulosa, mucilage, tannin, dan pectin yang berperanan membantu merendahkan tahap kolestrol.

Halba juga mampu menghalang garam hempedu daripada diserap oleh kolon. Berdasarkan laman web Hello Doktor, terdapat kajian yang menunjukkan halba adalah sejenis herba antikanser serta membantu menggalakkan apoptosis (the process of programmed cell death).

Resipi Air Teh Halba

Terdapat banyak manfaat halba untuk wanita yang telah dikongsikan. Jadi, mari tengok pula resipi untuk membuat air teh halba, iaitu air kesihatan seperti di bawah:

Bahan-bahan

  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai (dititik)
  • Setengah biji lemon (air perahan)

Cara Penyediaannya

  1. Mula-mula, rebus air, halba, halia, dan serai sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, tutupkan api dan biar seketika sehingga air rebusan menjadi suam.
  3. Kemudian, tapis air rebusan dan perahkan lemon ke dalam air tersebut. Kacau sebati.
  4. Siap dihidangkan!

Mudah sahajakan penyediaan air teh halba ini? Jadi, mulai hari ini marilah sama-sama kita mengamalkan air teh halba ini untuk mendapatkan khasiatnya. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil di Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

1 day ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

4 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago