Fesyen

Koleksi Raya Pereka Fesyen Malaysia

Bagaimana agaknya rupa koleksi busana raya oleh pereka fesyen Malaysia pada tahun ini? Jom Sis Min bongkarkan!

Haaa, tidak lama lagi Ramadan bakal berkunjung tiba dan kemudian akan disusuli oleh Syawal yang penuh riang ria! Sesungguhnya kedua-dua bulan yang penuh keberkatan ini teramatlah dinanti-nantikan kehadirannya oleh setiap umat Islam.

Di samping beribadah ketika Ramadan, pasti ramai juga yang akan memulakan misi pencarian busana raya untuk digayakan pada pagi Syawal nanti kan? Jadi, jom Sis Min kongsikan beberapa koleksi raya oleh pereka fesyen Malaysia yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Manalah tahu kot ada beberapa koleksi daripada pereka fesyen Malaysia ini yang menarik minat anda ke kan? Nanti bolehlah ‘add to wishlist‘ siap-siap. Hehe

Pereka Fesyen Raya Malaysia 2023

Ramai pereka fesyen Malaysia telah pun menghasilkan koleksi terbaik mereka bagi memeriahkan industri fesyen, dengan penghasilan baju raya yang lebih eksklusif. Sudah pasti, mereka juga ingin membantu semua para pembeli berasa puas hati dengan reka bentuk dan gaya fesyen terkini.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat dengan lebih lanjut antara koleksi raya oleh para pereka fesyen Malaysia ini.

1. Alia Bastamam | Koleksi Raya Pereka Fesyen Malaysia

Siapa sahaja yang tidak mengenali pereka fesyen terkemuka, Alia Bastamam (Alia B) yang sudah berjaya mengeluarkan baju ready-to-wear (RTW) sejak sedekad lebih ini? Haaa, Alia B sememangnya dikenali dengan rekaan baju-bajunya yang mewah dengan perhatian khusus, serta reka bentuk yang menawan dan tersendiri.

Untuk Aidilfitri 2023 ini, beliau telah mempersembahkan 24 koleksi raya yang terdiri daripada elemen estetik, serta terdapat ciri-ciri dan tafsiran ultramoden pakaian tradisional. Menampilkan sentuhan beliau yang anggun dan halus, koleksi raya Alia B yang diberi nama ‘Forever‘ ini boleh anda lihat dan dapatkan sendiri di sini.

2. Rizman Ruzaini

Sumber: Rizman Ruzaini

Seterusnya ialah koleksi raya 2023 daripada Rizman Ruzaini. Koleksi ini menampilkan gaya yang bersih dan kemas, tetapi tetap kelihatan mewah apabila dipakai.

Koleksi ini mempunyai lebih daripada 20 pilihan dengan warna-warna utamanya yang berasaskan pastel lembut, serta terdapat juga beberapa set baju kurung berasaskan warna hitam dan putih untuk tampil lebih berkeyakinan apabila dipakai, yang boleh anda pilih. Untuk melihat dan dapatkan koleksi Rizman Ruzaini, anda boleh klik di sini.

3. Fuzana Mokhtaza

Sumber: Fuzana Mokhtaza

Siapa sahaja yang tidak mengenali pereka fesyen pilihan semua para pembeli, Fuzana Mokhtaza ini? Kalau anda nak tahu, Fuzana Mokhtaza telah menjadi sebuah jenama yang dikenali warga tempatan oleh kerana reka bentuk koleksinya yang klasik dan sesuai digayakan di pelbagai jenis acara.

Untuk koleksi kali ini, ia diberi nama Naluri Collection dan terdapat 9 fesyen baju yang sedia dipakai pada hari raya nanti untuk anda pilih. Untuk info lanjut, anda boleh dapatkan di sini.

4. Afiq M

Sumber: Zalora

Pereka Fesyen Afiq M juga turut memperkenalkan beberapa koleksi raya yang berunsurkan pop superkromatik terang. Penampilan si pemakai pastinya tampak lebih moden dan tidak berlebihan jika dipakai ketika hari raya nanti.

Koleksi hari raya keluaran beliau juga dijangkakan untuk terus muncul selepas musim perayaan tau! Kalau anda berminat, anda boleh lihat dan dapatkan koleksi Afiq M di sini.

Risau kalau baju raya yang dibeli agak nipis tapi tak nak pakai petticoat dan camisole sebab nampak bulky? Boleh order one piece inner disini!

Jom Dapatkan Koleksi Raya Terbaik oleh Para Pereka Fesyen Malaysia!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom start survey beberapa fesyen daripada para pereka ini yang mungkin menjadi pilihan hati anda. Kalau anda memang sejenis yang gemar busana sedondon bersama keluarga tercinta di pagi hari raya, maka pastikan anda dapatkan koleksi tersebut segera ya! Kalau lambat nanti, takut melepas pula hehe

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Koleksi Raya Pereka Fesyen Malaysia” kali ini! Jika anda nak baca lebih banyak artikel menarik, boleh baca di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

Sis Min

Recent Posts

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

6 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

6 months ago

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga

Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…

7 months ago

Tema Warna Baju Raya 2024

Sis Min rasa, ramai yang masih belum decide tema warna baju raya 2024 yang ingin…

7 months ago

Tips Kekal Bertenaga Walaupun Berpuasa

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, ramai orang yang cuba mencari cara dan tips kekal bertenaga…

7 months ago

Cara Masak Rendang Paling Mudah | Resepi Khairul Aming

Setibanya di penghujung ramadhan ini, Sis Min pasti ramai suri rumah yang tercari-cari cara masak…

7 months ago