Kesihatan

Klinik Gigi Shah Alam Terbaik – Klinik VADC

Siapa yang duduk di area Shah Alam dah boleh mula Google klinik gigi Shah Alam terbaik lah. Terutamanya untuk hal – hal gigi yang dah tertunda lebih setahun semenjak bermulanya zaman Covid ni. Bukannya apa, selepas pengumuman penting oleh Perdana Menteri pada petang Ahad 10 Oktober 2021, rakyat Malaysia dah boleh mula menarik nafas lega.

Apa maksudnya? Kehidupan sehari-harian beransur pulih seperti zaman sebelum Covid, walaupun sedikit. Bagi yang dah lama sangat terperuk dekat rumah, dah boleh dah lah nak buat pelan untuk bercuti ke. Takpun melawat ayah dan ibu di kampung ke kan…

via MEME

(nak meluru lari balik rumah macam Forrest Gump ni jenguk orang tua di kampung tu tak salah, tapi amalkan SOP dan jaga keselamatan untuk kepentingan bersama ya)

… Okay berbalik kepada hal gigi tadi. Ambil peluang keemasan ini untuk buat temujanji di klinik pergigian untuk urusan tertangguh. Contohnya, appointment bersihkan gigi scaling setiap enam bulan sekali tu. Ataupun kalau dah rasa ada gigi berlubang, lebih baik cepat – cepat jumpa dengan doktor gigi walaupun tak sakit. Kalau gigi geraham tu yang berlubang, lagilah kena segerakan. Bukannya apa, Sis Min terbaca artikel tentang sakit gigi berlubang ini dan rawatan boleh menjadi lebih kompleks jika melarat.

Gigi adalah antara aset paling berharga. Kalau tak ada, maka susahlah nak makan sebab tak boleh mengunyah. Jika sakit, maka meranalah satu muka pun boleh turut sakit kan. Kalau gigi tak sama rata atau warna tak putih, kita boleh jadi auto segan nak bercakap one to one dengan orang kan?

Bila kali terakhir tuan puan buat dental checkup ya?

Bagi yang berada di sekitar Shah Alam, Setia Alam, Subang, Bukit Jelutong dan Kota Kemuning, ada satu klinik gigi yang servisnya terbaik dan dah lama beroperasi sehingga jadi pilihan ramai – sampai yang dari jauh pun sanggup datang dapatkan rawatan!

Klinik Gigi Shah Alam Terbaik – Bakal Menemui Anda Pada Tahun 2021!

Klinik gigi Shah Alam terbaik yang dimaksudkan semasa Sis Min menulis artikel ini belum officially buka lagi. Tapi bila bertanya kepada ownernya, memang tak lama lagilah. InsyaAllah sebelum tahun 2021 ini berakhir.

Elemen terbaik tu datangnya daripada reputasi klinik pergigian HQ dan cawangan lainnya sebelum ini. Sampai orang dari jauh luar daerah pun sanggup datang tau! (Era Pre-Covid).

Abang ni sanggup dapatkan servis scaling walaupun dari jauh. Besarnya pengaruh dan reputasi VADC ni.

Penerangan lanjut mengenai VADC adalah seperti di bawah ya. Baca sampai habis ya – confirm tak menyesal!

Haha.

Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) – Dahulunya dikenali dengan nama Klinik Pergigian Nazurah

Klinik utama (kiri) dan cawangan (kanan) sedia ada Klinik Pergigian Verde Amani yang terletak di Klang, Selangor.

Pemilik bersama Klinik Pergigian Verde Amani sekarang adalah Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi dan Dr. Verde Wigid Putra.

Dr. Rabi’atul Adawiah binti Subahi, atau lebih mesra dipanggil Dr. Ruby (kiri, duduk) dan Dr. Verde Wigid Putra, (kanan, berdiri).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, dahulu Klinik Pergigian Verde Amani Dental Care (VADC) dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah (KPNZ).

Memiliki klinik pergigian sendiri tidak pernah ada di dalam perancangan Dr. Ruby dan Dr. Putra sebenarnya. Namun, mereka diberi peluang dari pemilik lama untuk mengambil alih klinik KPNZ secara milikan tunggal pada Mei 2016. Tanpa pengalaman, Dr. Ruby dan Dr. Putra mula belajar cara menguruskan perniagaan.

Klinik VADC yang asalnya bermula dari cawangan utama Raja Nong, Klang kini telah berkembang sejak dari itu. Daripada hanya ada cawangan kedua VADC terletak di Bandar Botanik di Klang pada Julai 2021, cawangan ketiga di Shah Alam bakal beroperasi tidak lama lagi pada tahun 2021.

Klinik gigi Shah Alam ini bakal memberikan servis terbaik, seperti cawangan – cawangan VADC yang lain juga!

“Now Everyone Can Smile” – Nilai Teras utama yang diterapkan VADC tidak mengecewakan. Patutlah VADC ramai follower di media sosial. DAn tak mustahil akan jadi klinik gigi Shah Alam Terbaik juga.

Rata-rata yang datang dan menerima servis doktor gigi VADC ramai yang berminat sebab nampak iklan dan komen orang lain akan servis mereka. Dan nyata memang tidak menghampakan, walaupun datang dari jauh.

Clean, Care & Comfort” – Nilai teras yang diterapkan di kesemua premis VADC yang menjanjikan keselesaan kepada semua pesakit mereka

Ruang menunggu klinik VADC yang dilengkapi televisyen dan air minuman

Apabila mula melangkah ke dalam klinik ini, pesakit akan disambut dengan bunyi alunan zikir dan ayat Al Quran yang dipasang. Secara tidak langsung, ia menambah ambien selesa dan ketenangan hati, sesuai dengan susun atur ruang menunggunya yang memang sedia cantik dan tak putih klise macam sesetengah klinik.

Ada ruang khas yang didedikasikan untuk pelanggan atau pesakit untuk mengambil gambar Instagram di semua cawangan. Nice touch!

Selain daripada ruang menunggu, bilik rawatan dan tandas, di premis ini juga terdapat ruang mainan untuk kanak-kanak serta kerusi roda untuk pesakit yang memerlukannya.

Dan yang paling penting, di cawangan utama VADC juga terdapat bilik dengan mesin x-ray besar dan kecil untuk membantu untuk membuat pemeriksaan gigi dengan lebih lanjut.

X-ray penting untuk untuk mengesan kerosakan gigi, memeriksa status kesihatan mulut, mengenalpasti samada terdapat kaviti/karies baru pada gigi serta melihat tahap status kesihatan gusi serta menilai pertumbuhan rahang dan kegigian terutamanya pada kanak-kanak.
Sumber: FB Page VADC

Harga rawatan di klinik gigi Shah Alam (bakal dibuka) yang terbaik!

Sebelum Sis Min terangkan kenapa, mari tengok dulu anggaran harga rawatan di klinik gigi ini:

  • Dental X-Ray RM99 ~ RM250
  • Dental Check & Consultation (Pemeriksaan gigi dan konsultasi) RM25 ~ RM49
  • Scaling and Polishing (Rawatan cuci karang gigi) RM99 ~ RM199
  • Fillings (Rawatan tampalan gigi) RM99 ~ RM149
  • Extraction (Cabutan gigi) RM99 ~ RM249
  • Preventive (Sealant / Flouridetray) RM60
  • Airflow / EMS (RM99)
  • Minor Oral Surgery: Membuang gigi geraham (wisdom tooth) RM399 ~ RM799
  • Orthodontics (Braces / Pendakap gigi) RM6999 ~ RM7999
  • Routine checkup (Outpatient braces) RM200
  • Debond braces (RM299)
  • Teeth whitening (Pemutihan gigi) RM200 ~ RM699
  • Implant (Tanam gigi) RM5999
  • Dentures (Rawatan Gigi palsu) RM100 ~ RM1398
  • Cosmetic veneer (Veneer gigi) RM199 ~ RM799
  • Dental Crown (Sarung gigi) RM699
  • Maryland bridge (RM799)
  • Dental Bridge (Jambatan gigi) *subjek dengan rawatan
  • Root Canal Treatment (Rawatan akar gigi) RM999 ~ RM1999
  • Retainer (RM249-RM499)
  • Electrocutter (Potong gusi) RM99 ~ RM199

Jika tuan puan ada niat nak betulkan alignment gigi dan pakai braces, pakej yang disediakan VADC adalah antara pakej klinik gigi di Shah Alam dan Klang yang terbaik. Antara sebabnya adalah:

  • Tiada deposit dikenakan
  • Bayaran bulanan yang rendah
  • Tiada cas tambahan dikenakan jika bracket tercabut atau wayar tercucuk
  • Pelbagai pakej menarik bergantung kepada keadaan gigi
  • Rawatan tanpa had untuk cuci gigi, tampalan dan cabut gigi.

VADC juga menawarkan rawatan PERCUMA untuk pemeriksaan selepas menerima rawatan tertentu. Jaminan juga diberikan untuk perawatan gigi selama sebulan. Malah, jika pesakit berminat dan terpilih, VADC ada menyediakan sebuah program referral di mana, pesakit berpeluang untuk menerima POTONGAN HARGA rawatan sebanyak RM10!

Klinik gigi Shah Alam (coming soon) terbaik ini juga menawarkan penolakan dan rebat rawatan yang berbaloi tau!

Dan sebelum Sis Min terlupa, VADC juga adalah klinik panel untuk:

Jadi, dekat mana lokasi klinik gigi VADC Shah Alam (bakal) terbaik ini, nanti mereka akan war-warkan di akaun media sosial mereka tau, jadi follow mereka ya supaya tak terlepas notification 🙂 Oh ya, follow juga akaun TikTok mereka yang penuh informasi tentang perihal gigi tau!

Sementara nak tunggu branch klinik gigi Shah Alam terbaik ini buka, boleh juga kalau nak pergi klinik utama VADC atau cawangannya yang lain dulu disini:

Cawangan Jalan Raja Nong, Klang

Cawangan Bandar Botanik, Klang

Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan, anda boleh hubungi VADC untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp


Penafian: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani Dental Clinic.

Sis Min

Recent Posts

Panduan Mulakan Perniagaan Kecil Rumah

Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…

3 hours ago

Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate

Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…

2 weeks ago

Makanan Cepat dan Sihat untuk Keluarga

Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…

3 weeks ago

Peralatan Dapur Penting Untuk Memasak Harian

Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…

3 weeks ago

Tempat Makan Sedap di Kulim | Restoran Pegaga

Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…

7 months ago

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…

8 months ago