Kemahiran menggunakan Microsoft Office pada masa kini merupakan satu keperluan bagi sesuatu pekerjaan yang dimohon. Kali ini, Sis Min nak kongsikan kemahiran Microsoft Office dalam resume, kerana banyak kelebihan yang boleh anda dapat jika anda mahir menggunakan Microsoft Office.
Jika anda mahir dan berpengalaman dalam menggunakan Microsoft Office, anda boleh masukkannya ke dalam penulisan resume sebagai kemahiran tambahan. Hal ini kerana, kebanyakan syarikat amat memerlukan pekerja yang mahir dalam Microsoft Office. Sekali gus membolehkan majikan dapat melihat kemahiran yang anda ada terutama dalam penggunaan software.
Semua maklumat berkaitan dengan Microsoft Office ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Kerjaya dan Edu Bestari.
Microsoft Office ini merupakan salah satu software atau perisian yang terdapat dalam komputer dan mempunyai fungsi yang amat penting dalam menyelesaikan pelbagai kerja-kerja pejabat. Sebagai contoh, membuat dokumen, surat, membuat slip gaji, mengira peratus dan sebagainya.
Secara ringkasnya, kepentingan kemahiran Microsoft Office ini merupakan perisian yang digunakan untuk memproses, menyimpan dan menggabungkan data dalam bentuk dokumen. Data tersebut akan diproses dalam bentuk huruf, gambar, jadual dan nombor.
Walau bagaimanapun, anda mesti pernah mempelajari Microsoft Office ini semasa zaman persekolahan, kan? Disebabkan anda telah mempelajari perisian asas seperti Microsoft Word dan Power Point, jadi, tidak sukar untuk anda memahami fungsi perisiannya. Tambahan pula, Microsoft Word dan Power Point ini perkara yang asas yang sememangnya perlu anda ketahui.
Terdapat beberapa jenis Microsoft Office yang boleh digunakan dalam kerja-kerja pejabat. Oleh hal yang demikian, jika anda mahir menggunakan Microsoft Office, anda boleh masukkannya ke dalam resume seperti berikut:
Microsoft Word ini biasanya digunakan untuk membuat dokumen dan komunikasi secara profesional. Jika anda mahir dalam menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat, minit mesyuarat, laporan dan memo, anda boleh memasukkannya ke dalam resume.
Berikut merupakan cara untuk masukkan kemahiran ini ke dalam resume:
Microsoft Power Point ini digunakan untuk membuat pembentangan slaid secara profesional dan teratur. Hal ini kerana, dalam Power Point anda boleh menambah elemen dinamik seperti gambar, grafik, visual data dan video. Tambahan pula, jika anda betul-betul mahir menggunakan Power Point, anda boleh menggunakannya untuk mengedit video. Anda boleh pilih video tutorial untuk mengedit video di link ini.
Berikut merupakan cara untuk masukkan Power Point sebagai kemahiran Microsoft Office dalam resume:
Microsoft Excel biasanya digunakan untuk membuat lembaran hamparan perniagaan (spreadsheet) yang disusun mengikut baris dan lajur bagi memudahkan kerja menganalisis dan memaparkan data.
Anda perlu memasukkan kemahiran menggunakan Microsoft Excel jika anda mempunyai pengalaman membuat spreadsheet, format sel dan menyusun data ke dalam baris dan lajur.
Cara berikut menunjukkan bagaimana anda boleh masukkannya ke dalam resume:
Kebiasaannya syarikat menggunakan Microsoft Access untuk mengambil dan menganalisis maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Access ini membolehkan syarikat untuk menguruskan pangkalan data dan menyimpan maklumat. Microsoft Access ini mempunyai sistem pengurusan data yang mesra pengguna, hal ini membolehkan pengguna menyusun data mereka dan berkongsi dengan pekerja lain.
Berikut merupakan cara untuk masukkan kemahiran Microsoft Office dalam resume:
Microsoft Outlook digunakan sebagai platform e-mel untuk berkomunikasi dengan staf, pelanggan dan pihak lain. Komunikasi menjadi lebih mudah dengan Microsoft Outlook kerana kemampuan untuk menjadualkan e-mel, aturan inbox, dan membuat janji temu di kalendar.
Cara memasukkannya ke dalam resume:
Microsoft Skype amat diperlukan bagi sesebuah syarikat bagi memudahkan komunikasi dua hala untuk berbincang dengan pelanggan serta mengadakan mesyuarat penting syarikat. Skype digunakan secara dalam talian walaupun di mana jua anda berada.
Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan Microsoft Skype, boleh masukkannya sebagai kemahiran Microsoft Office dalam resume. Berikut adalah caranya:
Microsoft OneNote membolehkan pengguna menggabungkan tugas dan projek secara virtual. Penguna juga boleh memuat naik gambar, dokumen, nota, rakaman, dan video serta boleh berkongsi dengan rakan sekerja yang lain. Anda boleh log masuk Microsoft OneNote ini menggunakan akaun peribadi atau akaun syarikat.
Cara memasukkannya ke dalam resume:
Microsoft Publisher merupakan software yang boleh digunakan untuk membuat bahan penerbitan secara kreatif seperti risalah, iklan, buletin dan lain-lain. Software ini mempunyai ciri yang membolehkan pengguna menghasilkan reka bentuk yang kreatif. Misalnya, mengedit tipografi, customize layout, dan mengedit gambar. Microsoft Publisher juga menyediakan template yang lengkap mengikut keperluan reka bentuk pengguna.
Cara masukkan Microsoft Publisher sebagai kemahiran Microsoft Office dalam resume:
Anda sudah pun tahu apa itu Microsoft Office dan juga jenis kegunaanya. Jadi, ada beberapa jawatan yang amat memerlukan kemahiran menggunakan Microsoft Office ini. Jika anda memohon jawatan seperti di bawah, anda boleh masukkan kemahiran Microsoft Office dalam resume anda.
Akauntan amat memerlukan Microsoft Excel bagi membuat perbelanjaan, pengiraan kos, pengiraan peratusan serta carta yang memerlukan formula yang ada pada Microsoft Excel. Akauntan juga perlu menggunakan Microsoft OneNote untuk berkongsi dokumen dengan pekerja lain.
Pembantu tadbir biasanya menggunakan Microsoft Office bagi menyusun jadual dan mencatat janji temu melalui kalendar dalam Microsoft Outlook. Pembantu tadbir juga akan berkomunikasi menggunakan Microsoft Outlook dan membuat dokumen dalam Microsoft Word.
Guru biasanya menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel dan Power Point untuk menyediakan bahan pembelajaran, menyusun laporan kelas, menguruskan markah pelajar dan memasukkan data peribadi pelajar. Pada musim pandemik ini, guru-guru juga menggunakan Skype untuk membuat kelas secara dalam talian bersama-sama pelajar.
Microsoft Word digunakan untuk menyusun dokumen dan pegawai pemasaran juga menggunakan Power Point untuk membuat pembentangan hasil jualan. Selain itu, pegawai pemasaran menggunakan Microsoft Publisher untuk membuat bahan iklan.
Microsoft Excel amat penting bagi penganalisis data. Hal ini kerana ia sesuai digunakan untuk membuat formula, mengeskport data dan sebagainya.
Berikut merupakan cara untuk memasukkan kemahiran Microsoft Office ke dalam resume anda dengan lebih jelas.
Anda boleh tentukannya dengan menggunakan tahap kemahiran berdasarkan pengalaman anda.
Anda juga boleh masukkannya dengan penggunaan skala:
Anda boleh baca selanjutnya mengenai cara masukkan kemahiran Microsoft Office di sini.
Anda boleh masukkan kebolehan anda menggunakan Microsoft Office pada bahagian kemahiran seperti berikut:
Sangat mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat reka bentuk bahan bercetak, memformat dokumen, membuat surat dan laporan serta menggunakannya untuk membuat bacaan pruf.
Sangat mahir dalam menyunting butiran carta, memformat grafik, mengedit julat, membuat jadual dan mengatur data dalam Microsoft Excel.
Jika anda inginkan panduan menulis resume yang betul, anda boleh baca di link ini. Bagi wanita pula, jika anda inginkan tips temu duga, boleh baca di sini.
Sis Min harapkan agar perkongsian kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda. Apa-apa pun, Sis Min doakan semoga anda berjaya!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…
Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi…