Ada sesiapa yang suka makan oat? Oat sememangnya kaya dengan serat dan mengenyangkan. Oat amat sesuai diambil oleh mereka yang ingin diet atau tidak sempat bersarapan di waktu pagi. Mari teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai jenis oat dan kebaikan pengambilan oat. Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis oat dan bukan semua jenis oat ini sesuai untuk diambil selalu?
Baru-baru ini, Sis Min ada terlihat satu video mengenai resipi oat yang boleh dijadikan pelbagai menu. Ada yang menggunakan oat untuk menggantikan nasi. Malah ia juga menggantikan nasi goreng dan disebut sebagai oat goreng. Menarik kan? Jom lihat video resipi ini di sini.
Berdasarkan laman web Root of Science, oat mengandungi komposisi nutrisi yang seimbang dan merupakan sumber karbohidrat serta mengandungi protein yang berkualiti. Oat juga mengandungi asid amino yang seimbang.
Berikut merupakan khasiat oat pada kesihatan:
Anda boleh baca di sini untuk penerangan lebih lanjut mengenai khasiat oat ini.
Tahukah anda bahawa kadar penyerapan oat berbeza-beza mengikut jenis? Semakin halus oatmeal, semakin cepat kadar penyerapannya ke dalam badan, lalu akan diserap ke dalam darah dan menjadi gula. Ini menunjukkan bahawa oat yang mempunyai tekstur halus adalah yang paling cepat diserap menjadi gula. Oat yang halus mengandungi indeks glisemik yang sangat tinggi dan boleh mengakibatkan paras gula dalam darah semakin tinggi. Anda boleh baca lebih lanjut untuk mengetahui kadar penyerapan oat di laman web SirapLimau. Oleh itu, anda perlu ketahui jenis oat yang bagus untuk kesihatan badan terutama yang sesuai untuk diet.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengatakan bahawa oat segera merupakan oat yang paling banyak diproses. Mula-mula, oat ini akan dimasak, dikeringkan, digelek, dilenyek, dan dipotong kepada kepingan yang halus supaya mudah dimasak. Hanya perlu tambahkan air panas pada oat segera dan boleh dimakan.
Oat segara atau instant oats ini mempunyai tekstur yang halus. Jadi, semakin halus oatmeal, maka semakin cepat diserap ke dalam darah menjadi gula. Hal ini menunjukkan bahawa oat segera mengandungi indeks glisemik yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan terutama bagi mereka yang ada diabetes. Baca penjelasan lebih lanjut mengenai oat segera di sini.
Quick oats merupakan oat yang dipotong kurang halus berbanding oat segera. Tempoh memasak bagi melembutkan oat jenis ini lebih kurang 2 hingga 3 minit. Walaupun oat jenis ini mempunyai kandungan serat yang tinggi, namun quick oats tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Hal ini dikatakan demikian kerana, oat jenis ini mempunyai nilai indeks glisemik yang tinggi, iaitu 83 sama nilainya seperti nasi putih. Anda boleh baca penjelasan lebih lanjut di sini.
Rolled oats merupakan oat yang telah digelek dan dilenyek tetapi tidak dimasak semasa pemprosesannya. Proses yang dijalankan ini bertujuan menstabilkan kadar minyak dalam oat supaya oat tahan lebih lama untuk disimpan. Rolled oats mengambil tempoh masa selama 5 hingga 7 minit untuk dimasak.
Rolled oats mengandungi serat yang bagus untuk menstabilkan kandungan gula dalam badan serta mengenyangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai indeks glisemik bagi rolled oats ini adalah sederhana, iaitu 58 sama nilainya seperti brown rice.
Jenis oat dan kebaikan yang seterusnya ialah steel cut oats. Steel cut oats merupakan oat yang paling kurang diproses. Ia dipotong secara kasar dan apabila dikunyah, rasanya kenyal seperti kekacang. Tambahan pula, nilai indeks glisemiknya juga sama seperti rolled oats, iaitu 58. Steel cut oats ini mengambil tempoh masa agak lama untuk dimasak, iaitu 20 hingga 30 minit. Selepas tempoh masa ini, oat ini boleh dimakan seperti biasa. Tambahkan sedikit buah seperti pisang, strawberry atau blueberry untuk hidangan yang lebih sihat.
Dr. Zubaidi Hj Ahmad menyarankan untuk mengambil rolled oats dan steel cut oats kerana kadar penyerapannya lebih lambat dan nilai indeks glisemik juga lebih rendah berbanding instant oats dan quick oats. Bagi anda yang ingin mengamalkan pengambilan oat untuk diet, ambil satu atau dua sudu besar oat pada waktu pagi dan malam supaya lebih kenyang.
Sekarang, anda pasti sudah tahu jenis oat dan kebaikan seperti yang Sis Min terangkan di atas. Jadi, ada tak yang dah mula membuat keputusan untuk memulakan pemakanan oat dengan betul? Kalau ada, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic bekalan oat terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…