Selain daripada rumah bersih dan berkilat, kediaman yang berbau wangi dan segar juga akan memberikan ketenangan kepada para penghuninya. Ada sesetengah orang menginginkan rumah kediamannya berbau harum, tetapi alahan terhadap wangian perfume. Oleh itu, terdapat beberapa jenis bunga yang berbau harum yang boleh ditanam di sekitar kawasan rumah bagi mengeluarkan bau harum bunga yang asli.
Tanaman bunga di sekitar rumah sudah sebati dalam kehidupan masyarakat tempatan, terutama masyarakat Melayu. Jika anda perasan, masyarakat Melayu amat menggemari menanam pokok bunga di sekeliling rumah, terutama pokok bunga yang mengeluarkan bauan. Nak tahu apa jenis bunga yang sering ditanam dan dijadikan sebagai hiasan rumah? Mari ikuti kupasan lebih lanjut. Segala maklumat yang bermanfaat tentang kediaman ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Impiana.
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasmimum sambac merupakan spesies tanaman berbunga putih yang mudah dijaga dan tumbuh dengan mekar. Walaupun bunga melur ini kecil, namun mampu mengeluarkan bau yang harum dan kuat.
Haruman bunga melur telah menjadi satu elemen penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia, terutama dalam acara keagamaan. Masyarakat India gemar menggunakan bunga melur dan dijadikan sebagai bunga kalung, terutama waktu sambutan Hari Deepavali.
Selain itu, bunga melur juga dikatakan tanaman yang sering kali ditanam di tanah perkuburan Islam. Namun, bunga melur telah digunakan secara meluas dalam industri kosmetik. Misalnya pembuatan minyak wangi. Oleh itu, bunga melur sangat sesuai ditanam di kawasan rumah agar wangiannya dapat mengharumkan kediaman.
Bunga kenanga atau nama saintifiknya Cananga Odorata sangat terkenal dalam masyarakat tempatan sejak berkurun lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, bunga tradisional ini mengeluarkan bau harum yang semerbak, malah ia bertambah lebih harum apabila tiba waktu senja.
Masyarakat dulu sering kali memetik bunga kenanga dan disimpan dalam lipatan pakaian agar pakaian berbau harum. Oleh hal yang demikian, penanaman bunga kenanga amat sesuai ditanam di sekeliling rumah.
Polianthes tuberso atau juga dikenali sebagai bunga harum sundal malam merupakan sejenis pokok berumpun dan bentuknya persis seperti bunga lily. Namun, bunga harum sundal malam ini mengeluarkan bau yang harum walaupun telah dipetik daripada pokoknya. Keharumannya akan kekal walaupun ia layu dan kering.
Bunga harum sundal malam ini sesuai dijadikan sebagai pokok kediaman rumah, kerana bau wangian yang dihasilkan dipercayai mampu menenangkan hati, mengubati insomnia, dan influenza.
Bunga mawar atau ros tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan, khususnya dalam kalangan wanita. Haruman bunga mawar yang lembut dan menenangkan selalu dikaitkan dengan bunga cinta yang sentiasa mendamaikan. Oleh itu, bunga mawar sesuai diletakkan di dalam rumah sebagai hiasan atau dijadikan tanaman di luar rumah. Baunya yang tidak terlalu kuat, sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian.
Murraya paniculata adalah nama saintifik bagi bunga kemuning. Bunga kemuning ini berbatang pendek dan berdaun rimbun. Daunnya yang rimbun bertingkat, berwarna hijau licin, tidak berduri, dan berakar mampu mengeluarkan bau harum. Malah, ia lebih harum apabila di waktu malam. Pada peringkat awal, bunga kemuning berwarna kehijauan, lalu bertukar warna putih apabila sudah mekar.
Bau harum daripada bunga kemuning mempunyai ciri sebagai penenang, pemati rasa, dan penghilang rasa. Oleh itu, sekiranya anda sering merasakan kerisauan, tekanan, atau kebimbangan, bunga kemuning adalah terapi yang terbaik untuk ditanam di sekeliling rumah.
Bunga melati antara bunga yang cantik dan mempesonakan. Daun bunga melati berbentuk bulat, kecil, dan berwarna hijau. Bunga melati yang berwarna putih dan bersaiz kecil, mampu mengeluarkan haruman yang lembut, nyaman, dan tenang serta memikat sesiapa yang menghidunya.
Bunga kemboja putih sesuai dijadikan salah satu elemen dekorasi kediaman kerana warnanya yang putih dan di bahagian tengahnya berwarna kuning keemasan. Lazimnya, bunga kemboja putih akan berbau harum, namun ada yang tidak mengeluarkan sebarang bau. Oleh itu, pilihlah bunga kemboja putih yang mengeluarkan bau harum agar boleh ditanam di sekeliling rumah. Bukan sahaja mengeluarkan bau harum, tetapi ia dapat mencantikkan lagi kediaman anda.
Bunga tanjung amat sinonim dengan masyarakat tempatan, khususnya masyarakat India dan Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bunga tanjung akan dijadikan sebagai kalung leher dan hiasan kepala oleh masyarakat tempatan kerana mempunyai bau yang harum. Tambahan pula, bauan daripada bunga tanjung lebih tahan lama. Malahan, wangi harumannya juga masih boleh dikembalikan walaupun ia sudah kering. Jadi, bunga tanjung amat sesuai ditanam di sekitar kawasan rumah.
Cestrum nocturnum (night-blooming jasmine) adalah nama saintifik bagi bunga jasmin. Bunga jasmin sesuai ditanam berhampiran dengan laluan masuk kediaman seperti berhampiran pintu utama, tingkap, atau pagar rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana, keharuman bunga Jasmin dapat dirasai ketika melintas di hadapan pokoknya menuju ke dalam rumah. Bunga Jasmin akan menguncup di waktu siang, namun ia akan mengembang mekar, serta mengeluarkan bau yang lebih kuat di waktu malam.
Bunga kembang Cina atau dikenali juga sebagai melur Cina ini mempunyai bunga berwarna putih dan berbau harum. Keharumannya dikomersialkan menjadi minyak wangi. Tambahan pula, bunga kembang Cina ini sesuai dijadikan tanaman kerana bentuknya yang seakan-akan bunga mawar serta mempunyai banyak kelopak.
Sis Min perasan, kebanyakan bunga-bunga yang mengeluarkan bau harum ini adalah daripada bunga-bunga yang bersaiz kecil dan berwarna putih. Bunga berwarna putih yang melambangkan kesucian amat sesuai di tanam di tepi rumah dan dijadikan pokok hiasan di dalam rumah bagi menggambarkan suasana yang damai dan sederhana.
Jadi, anda bolehlah memilih bunga yang menjadi pilihan anda. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita
Hai, anda! Kalau anda tengah cari idea nak mula perniagaan kecil dari rumah, Sis Min…
Hai, anda semua! Sis Min tahu ramai yang tengah mencari cara nak jana pendapatan tambahan…
Hai, semua! Sis Min nak kongsikan beberapa tips dan idea makanan cepat dan sihat untuk…
Hai, semua! Sis Min nak kongsi sikit hari ni tentang peralatan dapur penting untuk memasak…
Kalau tanya Min mana tempat makan masakan panas yang sedap, harga berpatutan rahmatan lil-al-amin dan…
Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau,…